Tabungan

11 January 2016

Cha dan Autism

11/366
Pertama sekali - azam aku untuk update sekali sehari dah musnah. Tapi takpe, aku akan qada dua entri ni dalam bulan ni juga haha. So maknanya, aku akan pastikan ada 31 entri dalam bulan ni, qada termasuklah 5 hari yang aku terlepas tu. Maknanya aku ada 7 entri kena update sebelum Januari 2016 tamat untuk memastikan blog aku at least ada 31 entri dalam bulan Januari. Apa ke hei nya aku gigih nak explain kat kome ni haha!
***
Pagi tadi Cha ada appointment kat HUKM. Cha punya appointment untuk check up autisme dia. Appointment dia pukul 9. Tapi aku lambat sebab singgah opis dulu. Dah singgah opis dah tentulah sana panggil sini panggil. Lagipun aku lupa nak prepare GL. Dan aku tertinggal fail Cha dalam almari kerja aku, jadi nak tak nak kenalah naik ke bilik juga.
Aku sampai kat Klinik Psikiatri Kanak2 dalam lebih kurang jam 10.15 pagi. Nasib baik hari ni tak ramai orang. Klinik pun agak tenang. Ada beberapa patient aje lagi tinggal. Mungkin untuk slot pagi. Mungkin untuk slot jam 11 pagi, patient belum sampai.
Cha macam biasa, pergi main dekat area playground sementara menunggu giliran dia.
Dalam lebih kurang jam 11, nama Qalesya pun dipanggil. Mula2 dia tak nak masuk sebab dia ingatkan doktor nak cuci luka dia (semalam dia jatuh). Tapi bila dia tengok dalam bilik doktor ada mainan, dia terus masuk.
Doktor panggil dia untuk duduk tepi dia. Tapi dia buat tak tahu sebab dia dah ada mainan di tangan. Itu lah Cha. Kalau dah ada benda yang dia suka atau benda yang dia fokus, dia memang dah tak peduli pada orang lain. Tapi lepas beberapa kali panggil, baru dia duduk.
Doktor cuba bersembang, tapi yelah macam aku cerita hari tu, Cha memang tak ada 2 way conversation.
Last2 doktor kata tak apa, biar dia main dan mak pak aje explain.
So aku pun explain la main concern aku iaitu pelajaran Cha dan main problem aku iaitu tak ada status tentang perkembangan Cha.
Aku bagitau doktor yang aku nak prepare school Cha tahun depan tapi untuk daftar Cha di pendidikan khas, Cha kena ada confirmation yang dia memang autism. Lepas tu Cha kena isi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan barulah kami boleh pergi Jabatan Pendidikan untuk daftar Cha.
Bila kami explain pada doktor begitu, doktor terus tanya kenapa kami tak buat lagi kad OKU. Kami bagitahu yang doktor tak pernah determine keadaan Cha. Setiap kali kami datang, pendapat selalu berbeza-beza. Kejap kata Cha autism. Kejap kata idak. Jadi kami sendiri kadang2 give up. Tapi memandangkan sekarang ni Cha dah 6 tahun dan memang ketara development dia lain dari kanak2 sebaya dia, kami minta juga doktor conclude apa sebenarnya keadaan Cha dan minta dia isi borang assesment JKM tu.
Alhamdulillah hari ni kami dapat doktor yang berani buat keputusan. Dia cakap sekali pandang dah boleh determine Cha ni autisma. Sebabnya kalau Cha normal, dah tentu Cha boleh dengar arahan dia untuk duduk sebelah doktor tadi - kata doktor.
Cumanya dia kata, Cha dikategorikan dalam Mild Autism. Sebab dia masih boleh berkomunikasi dan dengar simple instruction.
Jadi dia cakap dia akan isikan borang JKM tu dan bila dah siap kami boleh datang ambil dan uruskan dengan JKM dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Lepas tu kami pun mengadu pada doktor yang sejak kami datang PPUKM dari pertengahan tahun 2014 dulu, kami tak pernah dapat slot untuk Speech Theraphy. Jadi dia minta untuk kami terus ke klinik ST tu untuk cek apa masalah sampai kami tak diberi slot.
Jadi tadi kami terus ke klinik tersebut, nasib baik aku ingat tarikh2 aku datang ke PPUKM, jadi aku terus mention tarikh last aku datang. Diorang terus cek dan rupanya ada note yang kata aku tak bagi surat rujukan. Aku cakap memang masa aku datang ceramah ibu bapa aku tak bawa surat rujukan, tapi lepas tu aku ada datang dan hantar ke kaunter pendaftaran. Then rupa2nya kaunter pendaftaran tak follow up dengan klinik ST maka setahun lebih la kes aku dibiarkan hanya kerana miscommunication tu...
Tak apalah, diorang terus letak tarikh yang paling awal iaitu Rabu ni. Kami pulak eksited. Nak tengok macam ST dijalankan.
Doakan agar Cha terus sihat tubuh badan walaupun dia adamasalah autisma.
Pada aku biarlah keadaan dia begini asalkan dia terus kekal sihat dan boleh bergurau dengan kami.
Kesayangan Cha kami ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...