Tabungan

18 January 2016

Dugaan nak pi speech therapy

18/366

Minggu lepas, hari Rabu - 13 Januari 2016 - adalah hari pertama Qalesya (dan juga kami) pi buat speech theraphy (terapi pertuturan). Sebelum nak pergi ni, macam2 dugaan kami sebenarnya. Meh aku cite. Haha!

Mula2, pada hari Isnin tu yakni 11 Januari 2016, kami ada appointment dengan doktor psikiatri. Untuk pengetahuan kalian, budak2 autism memang kena check up dengan doktor psikiatri. Bukanlah sebab depa gila. Tapi kan ke sebab autism ni adalah salah satu kecacatan mental. Jadi, gu-nya haruslah doktor psikiatri. Walau apapun, cian Cha, techik lagi dah kena jumpa psikiatri.

Tapi pada aku sebenarnya masih sedikit beruntung sebab Cha hanyalah mild autism. Sebenarnya kalau tak pi doktor pun takpa aku rasa. Tapi sebab aku risau dia tercicir waktu belajar. Tu aku usaha nak masuk gak dia dalam sekolah khas. Well, setiap ibu lebih mengenali anak masing2 kan. Dan dalam keadaan Cha ni, hmm aku tahu tahap dia takat mana. Jadi.....kena juga usaha sesuatu untuk dia. Aku ni tak berduit sangat. Kalau tak bolehlah pi sekolah berbayar. Tapi apalah daya kan... ini ja mampu..

Isnin tu, kami sampai lambat. Tapi sebelum tu memang aku dah call dan bagitau aku akan lambat. Nasib baik la nurse2 dekat klinik tu semua baik2. Cuma depa pesan jangan lebih jam 11 sebab tu time appointment orang lain. Tang tu kami tak risau la sebab memang boleh sampai sebelum 11, kami cuma tak boleh nak sampai jam 9, tu ja..

Masa kami sampai, klinik memang dah agak lenggang. Hanya tinggal 2-3 patient ja. Dan pada pemerhatian aku patient tu jenis yang severe autism. Salah seorang dari patient tu budak laki, badan rangka agak besar, tinggi, tiada eye contact, suka menjerit dan meracau. Qalesya tengah main dekat area playground dalam klinik tu, tiba2 dia datang dan peluk Cha. Aku terkejut. Cha lagi la terkejut. Mak budak tu lagiiiii terkejut. Tapi mak budak tu sikit pun tak mintak maap dengan aku. Mungkin dia pikir - kami sama2 mak budak autism, faham kot. Tak apalah. But on the other hand, Cha sudah takut lah. Hati masih nak main tapi mata asyik kat budak tu sebab takut budak tu datang balik.

Tapi tak lama lepas tu, nama Cha dipanggil. Alhamdulillah. Terus kami masuk bilik doktor.

Jadi untuk ke sekian kali, kami bercerita perkara yang sama kepada doktor. Cuma ada pertambahan maklumat - kenapa aku tak bawak Cha check up selama setahun lebih ni. Jawabnya sebab aku pun pregnant dan ada masalah kesihatan sendiri. Ya... called me selfish. Tapi serius aku terbeban dengan masalah kesihatan semasa mengandung sampai aku tak dapat luangkan masa untuk perkembangan Cha.. (sian cha..)

Selepas explain itu ini itu ini doktor decide untuk tolong isi borang OKU Cha dan dia nasihatkan aku untuk pi balik ke klinik speech therapy tu untuk dapatkan tarikh. Lepas dapat detect yang masalah tu datang dari depa, terus depa letak tarikh aku minggu tu jugak pada hari Rabu.

Nak jadi cita, masa kami tengah lunch masa balik dari klinik tu, taska Aidil call. Katanya Aidil nangis tak henti. Tak selesa katanya. Aku terus susah hati. Terus kami balik Putrajaya untuk pi tengok Aidil. Kononnya nak berjalan2 la dulu. Terus dah takda mood. Tapi sempat la gak kami pi tengok Ikea Cheras. Sempat la lunch meatball dan karipap Ikea yang glamer tu. Haha!

Masa kami sampai, Aidil sempat tidur sekejap dan dah bangun semula. Jadi kami ambil dan terus bawak p klinik. Memang dia demam dan ada kahak. Sepanjang hari dia meragam dannnnnn tak tidur malam. Aku dah ngantuk ya amat. Aidil hanya dapat tidur selepas subuh. Itu pun lepas muntah satu round. So aku decide untuk tak pi kerja hari Selasa tu.

Dah elok2 aku mesej semua orang yang aku nak EL, baru aku teringat yang esok ada meeting penting dan aku tak brief boss lagik. Terpaksalah aku menyusahkan anak2 buah aku. Depa yang terpaksa brief pada boss aku. Terima kasih Zi. Sorry susahkan Zi.

Sepanjang hari aku susah hati. Teringat kerja. Depan mata, Aidil lak tak sihat. Berganda-ganda susah hati aku.

Tapi at least, aku ada dengan dia dan aku boleh make sure Aidil makan ubat ikut waktu. Tak perlu aku susahkan cikgu2 dia.. kan?

So..., esoknya jam 9.00 aku masuk meeting tu. Nasib baik meeting berjalan lancar walaupun ada satu dua perkara yang Dato' DG tegur dan ada perkara yang kena perbaiki. InshaAllah. Mulanya aku ingat nak keluar dari meeting jam 10.30.. Tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan anak buah aku jadi urusetia sorang2. Jadi aku gagahkan juga tunggu sampai habis. Elok jam 11 Dato' dah wrap up meeting. Aku terus bisik pada Zi dan aku terus keluar.

Masa tu Naz memang dah ambil kereta dan Cha dan tunggu aku dekat lobi pejabat. Aku pula terus waze PPUKM. Masuk ja kereta kami terus pecut.

Alhamdulillah, sampai PPUKM jam 11.50.. 10 minit sebelum appointment kami.. (",)

Erm dah panjang.. sesi terapi Cha sambung kendian ye.

Tungguuuuuu......!

(",)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...