03 April 2013
Orang berhijab, tak pandai speaking.
Haha.
Kenapa? Bila kita pakai tudung, kita akan nampak sedikit down-grade? Okey macam nilah. Aku rasa bertudung, nampak kampung sebab kalau kita pakai tudung, kita tak boleh pergi clubbing, kita tak boleh berjemur tepi pantai sambil pakai bikini atau even short pant, kita tak boleh nak menari joget lambak kat kenduri sebab nampak buruk bebenor.
Agaknya, itu sebabnya pakai tudung, nampak kampung dan a little bit nampak naif.
Jadi faham tak sekarang, kenapa hijabista itu wujud? Sebab nak mengelakkan pendapat-pendapat ni wujudlah. Bukan kerana nak berfesyen semata. Tapi kerana hendak nampak outstanding dan confident bila berada di khalayak ramai. Sekurang-kurangnya, bila kita well dress, kita tak rasa down berada dengan golongan bijak pandai ni. Aku ambil contoh, Maria Elena, Rina Salleh, Nur Sakinah dan yang aku paling admire Puan Dena Bahrin, ini semua wanita berhijab yang pada aku sangat-sangat pandai bergaya dan masih mengikut tatacara muslimah.
Bak kata Fynn Jamal, kalau semua orang nak jadi Siti Nurhaliza, siapa nak jadi Jaafar Onn? Eh?! Maksud aku, bolehlah nak admire orang, tapi..., still jadi diri sendiri lebih baik.
Eh apa aku melalut ni? Haha.
Oke so main point nya macam ni.
Pakai tudung tak semestinya tak boleh cakap omputih.
Macam tadi, aku kursus dan fasilitator dia deliver dalam bahasa inggeris. Tapi setiap kali dia pandang aku, usaha lebih nak translate pada bahasa melayu. Bila pandang orang lain, rilek ja cakap omputih.
Haha.
Rilek la encik fasilitator. Saya mungkin nampak bodoh, tapi saya faham apa encik cakap.
Saya nampak bodoh, sebab saya ngantuk, sedap sangat makanan kat hotel tu hahaha.
Peace!
Silap.
Aman --- !
Sent from my iPhone
Parlimen bakal bubar?
Kuala Lumpur: Tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan hari ini diperkukuhkan lagi dengan perkembangan terkini dan beberapa program yang dirancang oleh Barisan Nasional (BN) untuk beberapa hari akan datang.
Selain mesyuarat Kabinet hari ini yang dikatakan akan menjadi mesyuarat terakhir untuk penggal ini, BN akan mengadakan mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, esok.
Malam Sabtu ini pula BN dijangka mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan melancarkan jentera pilihan raya dalam majlis khas di Stadium Putra Bukit Jalil, membabitkan kehadiran kira-kira 10,000 orang dari seluruh negara.
Secara langsung di TV
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam mengesahkan mesyuarat khas BN akan diadakan esok, tetapi butiran majlis melancarkan manifesto hanya akan diputuskan dalam mesyuarat itu.
Namun, BH difahamkan persiapan majlis melancarkan manifesto dan jentera pilihan raya BN sudah diatur termasuk menyiarkannya secara langsung menerusi televi-syen.
Petanda Parlimen akan dibubarkan seawal hari ini semakin jelas berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet hari ini dengan pakaian berwarna gelap dan tali leher seragam warna merah untuk sesi bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sesi bergambar
Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet adalah kelaziman sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, ada yang menyatakan Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2013 di Brunei pada 25 dan 26 April, tetapi kehadirannya bukan kemestian kerana Menteri Luar boleh menghadiri persidangan itu seperti yang pernah diamalkan sebelum ini.
Berikutan itu, kemungkinan Parlimen dibubarkan hari ini atau selewat-lewatnya dalam tempoh beberapa hari akan datang makin hangat diperkatakan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian yang dijangka diadakan dalam bulan ini.
Sumber Berita Harian
P.s. sejak bila aku ambil berat pasal politik ni hehe.
Sent from my iPhone
02 April 2013
Kufur Nikmat
Nutriferon pula.
Boleh juga rujuk pada testimoni-testimoni pengguna sedia ada. Macam kat bawah-bawah ni.
wallahu'alam.
jadi, sekali lagi -- apa kebaikan Nutriferon ek? mari mak rumuskan. meh meh.
1. Mengukuhkan sistem imun.
2. Melawan kanser dan tumor.
3. Melindungi dari influenza.
4. Meringankan stress dan kelesuan.
5. Melambatkan penuaan.
6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.
7. Mengurangkan masalah berkaitan menopaus dan PMS.
inshaAllah.
Kalau rasa nak cuba, boleh hubungi saya Wanita Mutalib 017-2350404 atau e-mail saja ke wanita.abdmutalib@gmail.com inshaAllah mak boleh cuba bantu :)
saya bukan ah-long. saya cuma mahu no-long. hik hik.
01 April 2013
Manja
Masa aku menulis ni pun, opah atuk palam dan masu dah pun on the way pulang ke Ipoh. Kalau ikut hati mengada gedik aku ni, memang aku dah bungkus balik sama. Tapi apakan daya, punya tugas di pejabat dan punya suami yang menunggu.
Aku pun tak faham dengan keluarga aku ni. Keluarga aku ni, manja, sangat manja, manja antara satu sama lain. Ya, kami memang sangat bergantug hidup antara satu sama lain. Mungkin kerana sejarah hidup kami yang penuh duka dari suka, maka bila dah besar, kami cuba create lebih kisah suka dari duka.
Macam mami (opah), memang dia sangat manja dengan kami anak beranak. Mungkin kerana dia membesar sebagai anak yatim piatu sejak kecil lagi, maka dia sangat manja dengan sesiapa saja yang boleh manjakan dia. Kasihan mamiku. Jangan risau mami, selagi kami hidup, manjalah berlebih-lebih dengan kami. Kami memang suka.
Macam tadi, Qalesya menangis bila tengok opah dengan atuk dah masuk kereta palam. Aku sebenarnya nak nangis juga tadi. Ikut hati memang aku nak saja balik ipoh dengan mereka. Tapi bila terfikirkan kerja, terfikirkan boss (gulp), terfikirkan itulah satu-satunya sumber rezeki, maka aku pun telan saja sedih tu, kuatkan diri lambai-lambai mami.
Sabarlah hati.
Sabarlah hati.
Sabar.





