dah lama tau.
dah lama tak dapat penghargaan.
selalu kena marah aje.
selalu kena buli.
selalu kena gelak.
selalu kena kutuk.
selalu kena tikam dari belakang.
tapi kini berlainan sedikit. *lalalalala*
aku dapat 'award' lah.
*senyum*
pentingkah dapat award?
*kuang kuang kuang*
penting tak penting, bagi aku, tetap, bila kita diberi award, maka maksudnya,
kewujudan kita disedari.
*lalalalala*
betul kan?
ada pendapat lain?
*ihiks*
jadi dengan serendah-rendah hati, aku ucapkan terima kasih kepada para-para pemberi 'award'
Encik Para *senyum nampak gigi putih*
Encik Para ni baik,
dia baru saja aku kenali dalam dunia atas talian ini.
tapi Encik Para sangat rajin menjenguk aku di laman kecil ku ini.
Harap nanti kita terus berkawan baik di dunia ini kay :)
jadi, tampal dulu award.
The award came with request to share
10 honest truths about me:
walau bagaimanapun, 'award' ini datang dengan tugas tau.
tugasnya ialah "10 honest truths about me".
pergh, mencabar!!
*Encik Para-Para, apsal kasik menda ni kat saya eh?*
tapi tak mengapa, permintaan harus dipenuhi..lagi pun, tak salah bersikap jujur..
*tipu skit leh Encik Para-Para yer hehehe..*
wokeh..10 perkara yang benar@jujur tentang saya ~
1. aku seorang Wanita yang bernama Wanita Binti Abd Mutalib.
2. sudah bersuami - Encik Nazri - tapi belum punya anak. *mahu satu wink wink*
3. dulu kerja bank, tapi sangat tak mampu menahan cabaran yang menggunung, lautan berapi yang
luas *cit* maka aku beralih arah, beralih angin, jadi Pegawai Kerajaan. masih mencabar oke.
tau kenapa mencabar? sebab... owh tak boleh cerita. nanti kena 'senarai hitam' *lalala*
*laa baru 3, macam dah banyak, oke sambung lagi..sat eh Encik Para-Para, nak pi mengorek kebenaran jap :)*
4. suka makan coklat dan aiskrim. yang ini dah memang terserlah kebenarannya. bak kata orang -
'see the leg' la.. tahu kenapa 'see the leg'? sebab leg aku dah tak macam leg *lalalala*
5. suka main bowling. ada bola sendiri. tapi masih tak pandai main. tak konsisten. cepat penat.
markah cepat jatuh. praktis banyak kali pun, masih tak jumpa corak permainan sendiri.
*wah!!! ala-ala pro gitu cit* :)
6. suka menyanyi. *malu* tapi suka-suka saja. *lalalalala*
7. suka berjalan. tapi baru sekejap berjalan. dah bising sakit kaki. 'again, see the leg la" *ihiks*
8. sangat suka kucing. rumah kat ipoh@kampung, ada la kucing. mintak satu nak bawak ke sini.
tapi mami tak bagi. nak beli. mahal sangat la pulak hehehe..
9. cepat mengelabah. bila rasa-rasa adrenalin tuh penuh tangki, mula la cakap merepek ajer.
10. melatah. full stop. tapi melatah stage satu yang mana korang takkan perasan aku melatah.
*lalalalala*
boleh tak Encik Para-Para :). well. lulus. *sendiri jatuh hukum wakakakaka*
oke next. 10 orang yang akan diperturunkan tugas dan diberi award di atas ini ialah :-
10 orang yang komen paling awal dalam entri sebelum ini dan mereka ialah :-
1. Cikgu
Nur;
2. Adik
Meera yang cute;
3. Adik
Miss... yang rajin komen di laman ini;
4. Bro
Sha...sila buat ye bro hehehe..
5. Adik
Fid yang Rajin unpdate blog;
6. Adik
Meniti Senja juga rajin lawat blog ini, tq :);
7.
Embun di tengah malam :) nanti kakak lawat kamu;
8. Adik
Amie, sudah baik kah gigi kamu dik?;
9.
apiih; tak sempat lagi nak jenguk dia; dan
10.
saya-arief, pun sat lagi baru nak gi melawat :)
jadi rakan-rakan, silalah jujur sejujur jujurnya demi kebaikan kita bersama.. *lalalalalala*
nanti aku round table, nak semak jawapan korang semua kay :)
p/s#1 ~
again, thanks Encik Para-Para for this award :)
p/s#2 ~
kalian.
aku mohon maaf.
sejujurnya untuk entri 1680 -
itu bukanlah gambar kucing yang ada kat Wangsa Walk tuh.
itu gambar kucing dalam Yahoo Images.
gambar ihsan.
sowee tak letak tag 'itu hanya gambar hiasan'
yang pasti, that kucing lagi cantik dari itu.
jujur.
sowee buat kalian 'confuse'..
sowee sowee..
*jujurkan?*
:p