Tabungan

03 March 2010

warna warni wangi busuk cantik buruk

kamu bangun pagi, kamu rasa gembira, kamu rasa penuh semangat, rasa macam ada singa mahu melompat keluar, kamu mandi dengan senyum tempek di muka, kamu kenyit-kenyit mata depan cermin, muncung-muncung mulut macam model, kamu joget-joget macam sehati berdansa, pendek kata kamu gembira. orang putih kata, 'happy'..

tapi, sampai pejabat, ceria kamu hilang begitu saja. belon tulis gembira, belon warna merah, belon berbau strawberry, yang kamu ikat di jari telunjuk, tiba-tiba pecah, meletup begitu saja..

jarum yang mencucuk pula ada banyak jenis..

ada yang dari jenis pentadbir yang punya banyak warna diri. sekejap merah menyala mahu menyinga. sekejap warna merah jambu tersenyum. sekejap warna biru tanda benar dia tegas.

dari jenis rakan sebaya yang punya banyak sisi. belah kanan, sanggup dia tumpangkan bahu untuk menangis. belah kiri, sanggup dia berbisik kata nista kepada orang lain sehingga orang lain menyisih kamu.

dari jenis unggas-unggas yang sesekali datang terbang dekat telinga. kasi gatal sikit telinga. garu-garu. tepis-tepis. lalu lari. datang beri masalah. kemudian terbang pergi tinggal bunyi desing saja.

dunia penuh warna.
dunia penuh nada.
itu yang dinamakan dunia.

kalau semua warna merah. pasti tiada lampu isyarat. pasti semua kenderaan tegun tak bergerak.

bunga bau wangi.
sampah bau busuk.
kalau sampah bau wangi. dah tentu tak dipanggil sampah.
kalau bunga bau busuk. itu bunga taik ayam namanya :)

kenapa mesti ada cantik dan buruk.
itu semua hanya sis berlawanan.
semua kejadian ada sebabnya.
walau buruk pasti ada lebihnya.
walau cantik pasti ada kurangnya.

hidup ini biar seimbang.
cari sisi salah.
imbang sendiri supaya kembali sama rata.

semua atas diri.

p/s ~
semua atas diri.
guna akal wahai wanita abd mutalib.
jangan cepat mengalah.

16 comments:

  1. Salam WI. Penggunaan metafora yang baik dan bersahaja dan ada impak jika dihayati. Dalam kehidupan suami isteri pun perlu ada pertentangan minat dan cita rasa. Jika tidak hidup akan hambar dan mendatar. Jika di rumah langsir warna biru, kusyen warna biru, cat pada dinding warna biru, perabot warna biru, keadaan rumah tidak akan berseri, seperti berserinya blog ini, simple dan menarik...

    ReplyDelete
  2. btol 2..sye skong sgt2..
    smpi lpe nk komen amende...

    ReplyDelete
  3. kalau sampah bau wangi..sy nak simpan sampah byk2 dalam umah.keta.bilik air.mahkamah. dan bilik ma saya..
































    kalau saya kurus..sy nak tukar nama saya jadi alvon...

    ReplyDelete
  4. tatau nak komen ape..
    indah..
    tu je..
    pandai eh maen ayat..

    ReplyDelete
  5. eh..kal0 sampah wangi..xnak la sapu sampah..hee

    ReplyDelete
  6. bagus la kata2 wanita ni..tersusun.
    suka baca.smpai xtau nk komen ape..
    anyways selamat menempuh hidup seharian.he3..

    ReplyDelete
  7. kadang2 rs benci ngn dunia ciptaan sendiri walaupun cuba bayangkan yg indah2

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah WI.

    Saya datang ke sini dari komen kamu di blog Babah.

    Menarik dan indah bahasa dalam entry ini;-)

    ReplyDelete
  9. alvin ~

    kakak tukar nama aper kalu kakak kurus?? ihiks :P

    ReplyDelete
  10. sha ~ senangkan tak yah sapu..

    sapu bunga lak heee...

    ReplyDelete
  11. lanz ~

    thanks..kata nak rajin update blog..mana nih mana?? :)

    ReplyDelete
  12. Ustazcahaya ~

    salam perkenalan ya :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...