dari apa yang aku baca, apa yang aku dengar, khabarnya anak malang ini sering didera dari dulu lagi. walaupun matinya di tangan teman lelaki ibunya yang durjana, tetap ada yang mengatakan bahawa penderaan tersebut bukan hanya dari sisi lelaki itu tetapi ada juga dari tangan ibu muda itu sendiri.
selalu jika kita lihat kepada permasalahan, dari segi logiknya, harus kita melihat kepada puncanya terlebih dahulu. seperti pelajar membuat permasalah matematik. membuat uji kaji di makmal. membuat hipotesis. semuanya harus bermula dari asas.
maka asasnya disini, aku lihat agak goyah. tidak stabil. pincang.
si ibu masih punya suami, belum diceraikan, tetapi telah bersekedudukan dengan teman lelaki itu lebih kurang 6 tahun.
suami si ibu, berada dalam penjara kerana kesalahan membunuh.
si ibu pula menyara kehidupan dengan bekerja sebagai promoter di Ibu Kota. TETAPI, ada juga sumber yang mengatakan bahawa pada malamnya si ibu membuat 'part time'.
teman lelaki menghantar si ibu pergi dan pulang dari kerja 'part time'nya.
teman lelaki dikatakan 'menjaga' si ibu itu tadi.
si ibu dan teman lelaki juga telah mempunyai anak luar nikah berumur setahun lebih dan seorang lagi bakal menjenguk dunia ini sedikit masa lagi.
parah??!!
itu asas keluarga tersebut.
lihat pula hari kejadian.
teman lelaki itu dikatakan memakai kasut bola. kamu tahukan kasut bola. tapaknya penuh dengan 'duri'.
teman lelaki menyuruh anak malang mengutip bola tersebut ditengah padang.
anak malang memegang bola dan teman lelaki menendang bola tersebut semasa bola masih tegap peluk didada.
dan selepas itu, bermacam-macam lagi lah serangan tanpa belas yang dilakukan terhadap anak malang tersebut.
dan pengakhiran.
si ibu menangis syahdu. orang-orang sekeliling melihat penuh sayu. sedikit sebanyak tertipu dengan topeng palsu.
aku tidak tahu mengapa. tapi aku secara peribadi kurang mempercayai si ibu. asas goyah. kejadiannya ngeri. topengnya palsu.
sedikit demi sedikit kebenaran cerita ini mula diketahui umum.
bagaimana mereka boleh berkesedudukan sehingga punya anak luar nikah.
apa kerja ibu yang menampung hidup mereka dari dahulu.
semua mula diketahui umum.
mana mahu diletak muka. masih lagi mampu memutar kata.
dunia terpegun dengan kisah benar penuh derita ini. bagaimana anak kecil berumur 3 tahun itu dapat memikul beban itu. didera. dipukul. ditendang. dilambung.
apa sudah hilang sisi perikemanusiaan dalam hidup. mana pergi belas kasihan. mana pergi kata simpati. mengapa hati mengalahkan binatang. mengapa muka bertopeng syaitan.
dunia sudah tidak selamat. dunia sudah gelap.
p/s ~
masih belum terima hakikat kenapa saksi-saksi kejadian tidak membantu anak malang itu.
te :
ReplyDeleteaku juga.
semua org berpusu2 mahu membantu si ibu yg kononnya sudah insaf!!
tapi hati aku sakit melihatnya.
Satu nyawa menjadi taruhan!!
aku harap si ibu juga di seret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat! Mustahil dia tidak tahu.
ada kesan luka lama pada arwah!!
mak saya cakap...kalau tak sayang syafia umairah..bagi la dia yang jaga..jgn pukul sampai mati..sakit tau..
ReplyDeleteCIAN DIA.SANGAT TRAGIS
ReplyDeleteorg laen yg x mmpu nk ade anak, doa sgt2 nk ade anak.. yg ade anak, diterajang lak anak tu... patut ke?? smoge tuhan bagi petunjuk kat mak budak tu.. huhu
ReplyDeletesusah nak ckp....
ReplyDeletesinggah kejap
ReplyDeletepenat...
haaa..
ReplyDeletemasih gak taley terime yang kenapekah mereke yang melihat itu tak mahu membantu..
apekah?
mcm ape je sume yang tgk..
sume pon terlibat..
iskk
menatang babi punya lelaki. boleh plak rembat bdak tu
ReplyDeleteted| ~
ReplyDeletesemua terpedaya lakonan mantap ibu muda tuh..
alvin ~
ReplyDeletekakak cakap, bagi kakak je la, kakak pun nak anak sangat sangat sangat :)
CC ~
ReplyDeletetakde otak itu orangss kot kan..
sipisenan ~
ReplyDeletesaya diantara orang yang nak sangat anak..huhu..
sha ~
ReplyDeleteshhh...bisik saja :)
brutalsolo ~
ReplyDeletejemput minum :)
amie ~
ReplyDeletesetuju kata adik..
oranglidi ~
ReplyDeletememang vavi la itu orang lalalalalala..
elok dia pun kena tendang camtu gak, kasik rasa skit..
Salam Ziarah.
ReplyDeleteSeminggu baru berlalu. Satu kes lagi semalam..
ustazcahaya ~
ReplyDeletebetul kat selangor kan..