Tuhan bagi kita dugaan sebab Tuhan sayangkan kita.
persoalannya.
benarkah kerana Dia sayang?
ataupun itu adalah balasan dariNya pada kita yang alpa atas kemewahan yang dah dicurah tanpa rasa jemu?
Tatkala ini,
hati dia masih gundah.
Dia senyum, kenyit mata, lempar ciuman terbang pada aku.
Tapi aku tahu,
hati dia menjerit.
mencari mana salah. mencari mana punca.
dia terlalu hebat.
tidak pernah menunjuk sedih di hadapan aku.
tidak pernah berkata pilu secara jujur dan tulus dari bibir.
mata pandang jalan lurus.
mulut ukir senyum palsu.
aku hidup dengan dia.
bukan sehari dua.
aku tahu lakonan dia.
aku tahu gerak tarinya.
aku tahu corak permainan dia.
sentiasa kelihatan angkuh dan ampuh.
tidak pernah menolak ego luntur ke lutut.
hidung terpacak ke atas menahan kata.
sesekali tekeluar kata-kata makian dari mulut.
aku hanya mampu mendengar dan melihat terus ke mata dia.
berat dugaan dia.
berat bahu menampung beban.
siapalah aku yang hanya mendengar.
sesekali menghela nafas berat.
seberat rasa yang dikumpul di hati.
sesekali lirik senyum pada aku.
tanda dia kuat dalam lemah.
sesekali aku pandang ke luar tingkap,
memikir kata memujuk hati arjuna.
benar.
setiap orang, dugaannya berbeza.
orang kata, pasti ada hikmahnya.
dan hanya itu mampu aku utarakan padanya.
tapi apa hikmahnya.
biarlah Tuhan yang tentukan.
aku tidak pernah lihat dia menindas sesiapa.
tapi aku tidak faham kenapa dia ditindas.
aku tidak pernah lihat dia menyakiti sesiapa.
tapi kenapa hatinya disiat-siat.
kepada dia.
aku disini.
setia berdiri menunggu kamu.
jangan pernah rasa sendiri.
jangan pernah rasa lesu.
kerna aku ada.
hanya untuk buang rasa sendu.
susah senang kita harung bersama.
p/s ~
mohon permudahkan segala urusan.
Amin.
Segala puji-pujian hanya untukMu.
jangan marah kerana aku menulis disini..
aku sayang kamu :)
sentiasa ada disebelah dia moga dia kuat :)
ReplyDeleteakak knapa ni?
ReplyDeletejgn ckp mcm ni dowh
huhuhu
Sayang belilah buku tu:) Elok sangat2 tau:).... beli yang macam dalam gambar kat blog tash tu...
ReplyDeleteianya lengkap. sebab dia ada mcm2 keluaran, tapi ada yang tidak lengkap, cuma membincangkan satu tajuk sahaja, yang ni dia perfect, dikeluarkan oleh AL HIDAYAH, buku setebal 611 mukasurat, ditulis olehDr Aidh Bin Abdullah Al Qarni, harga dia cuma RM 49.00 sahaja. Sangat mujarab untuk ubat hati..Insyaallah
Sabar dan solat dapat meneguhkan iman untuk menguatkan jiwa merempuh segala dugaan dan cabaran.
ReplyDeletemoga sentiasa tabah jalani hidup yg byk dugaan ni. kuat semangat k.
ReplyDeletebanyakkan berdoa...smyg hajat...
ReplyDeletedugaan pasti ada untuk menguji seseorang..
untuk apa? mengapa? pasti ada hikmahnya...
saya pon nak berada di sisi die..boleh??
ReplyDeletenice blog ;)
ReplyDeletesetalh beberapa kali meninjau keruang bisikan jiwa wanita ini, tash temui kesarasian untuk kita bersahabat dengan lebih rapat..Insyaallah.... so tash jadikan wanita sebagai sahabat yang tash FOLLOW.... :) salam persahabatan tulus ikhlas dari Tash...
ReplyDeletebukan balasan sis...
ReplyDeletelebih kurang untuk menyedarkan..
yg alpa...
kerana Allah syg kan hamba-Nya..
sebenarnye.... semua yg kita hadapi ini adalah dugaan semata...
ReplyDeletecuma bezanye.. dugaan seronok @ dugaan sedih
dugaan seronok.... kalu kita sihat...
dugaan sedih... bila kita sakit....
cuma kita je tak berapa perasan....
:)
ReplyDeletekdg2 benar..kita diduga sebab kita lalai..
aduh..
ntahla ita..
hidup...hidup..
klu takde dugaan...
kita tak tau makne kehidupan...
salam...
ReplyDeleteitulah kehidupan..sentiasa mcm tu..
alllah kurniakan ujian dan dugaan sebab Allah sayangkan hambanya..
Dugaan, cabaran dan ujian adalah penambah pengalaman hidup
ReplyDeleteya la..ada hikmah disebaliknya..hikmah yang kita tak mampu huraikan sebab di luar pengetahuan kita..
ReplyDeleteyang penting sekali cara kita hadapi dugaan.. moga tabah ye
ReplyDeletehidup ni biasalah.
ReplyDeletemacam kaler luna.
kadang kadang kena pakai kaler merah.
kaler kuning.
kaler merah jambu.
kaler hitam.
lama lama lawa jugak.
salam,
ReplyDeletesemoga kesabaran memaju perjalanan yang lebih baik dalam hidup kita
sabo je lah kak
ReplyDeleteBig Hug ...
ReplyDelete((Sambil hulur mawar putih ~~))
>>_____<<
~~he need you~~
lelaki
ReplyDeleteadalah insan yang terpaling hebat menyembunyikan emosi.
jadi kita kena pandai ambil peranan..
wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki,yang supaya nanti selalu dekat dihati:)
hantarkan kekuatan padanya redup matamu kakak:)
semoga ada hikmah yg tersembunyi disebalik smua nih~
ReplyDeletepuisi bahasa yang indah,
ReplyDeletesalamm,