Lagi sambungan terdahulu :)
Aku selesai melalui pembedahan tersebut pada pukul 9 malam lebih dan kurang.
Aku masih ingat, aku agak tidak waras *baca mamai*.
Yang pastinya, Encik Nazri katakan aku seperti orang gila.
Tidak berhenti-henti bercakap sebelum aku kembali tidur lena.
Kata Encik Nazri lagi, ibu tak henti-henti menangis.
Owh mami. Bukannya saya mati bu :)
Keesokan harinya, bila aku terjaga, Encik Nazri sudah sedia ada di sebelah aku.
Sambil tersenyum dia pegang tangan aku.
Katanya, semuanya sudah selesai. Dan bayi juga selamat.
Alhamdulillah. Pembedahan berjaya itu berjalan lancar dan bayi yang dilihat berada di luar janin sebenarnya masih teguh bertahan.
Dia mahukan aku.
Seperti mana aku mahukan dia. *senyum*
Aku ditahan selama 3 hari disitu.
Aku diberi cuti sakit selama 4 minggu.
Diberi cuti yang lama, agar janin dapat membesar dengan sihat dan selamat.
Itu kata doktor.
Berbayar beribu-ribu.
Jika kerajaan?
Owh aku masih kecewa.
Maafkan aku sekiranya bersikap prejudis.
Namun kekecewaan ku tidak mampu dibendung.
Walau masih, aku tetap ingin mencuba hospital kerajaan sekiranya aku diberi rezeki mengandung buat kali kedua nanti *senyum*
3 minggu, aku di Kuala Lumpur.
Dijaga sepenuhnya oleh Encik Nazri, namun minggu terakhir aku terpaksa pulang ke Ipoh kerana Encik Nazri mempunyai urusan kerja diluar stesen *baca out station*.
Sewaktu aku tiba di Ipoh, adik bongsu ku putri, baru sahaja mahu kebah dari penyakit cacar air.
Tidak sedar dengan risiko yang bakal aku hadapi, aku ditinggalkan dengan rela oleh Encik Nazri.
Dan kesilapan itu sedikit sebanyak mengundang dugaan yang seterusnya.
Aku kembali bekerja selepas seminggu bercuti di Ipoh.
Namun aku cuma sempat bekerja di pejabat selama 2 minggu bila aku dijangkit pula penyakit cacar air.
Sekali lagi, tidak sempat ke hospital berjumpa dengan Dr.Bee, aku segera ke klinik biasa untuk membuat pemeriksaan.
Aku menerangkan bahawa kandungan ku baru berumur 10minggu ketika itu.
Dan dengan selamba, doktor tersebut berkata, baik you pergi ke doktor yang biasa you buat check-up, sebabnya pada usia kandungan begini, selalunya doktor akan advise you gugurkan sahaja'.
Encik Nazri sudah tertunduk dan terdiam.
Aku masih mampu bersabar dan bertanya lagi.
Kenapa doktor kata begitu?
Dan dia menjawab,
'kandungan you belum cukup sifat. virus ini akan menjangkiti janin you. nanti janin you akan bermasalah. mungkin baby you nanti cacat, pekak, tak cukup sifat dan sebagainya. so baik you pergi jumpa doktor you. tiada apa yang saya boleh bantu.'
Ya. Ketika itu aku pula terdiam.
Kami keluar dari klinik, segera menelefon Dr.Bee dan meminta agar dia menunggu aku walaupun klinik akan ditutup pada pukul 1 dan ketika itu sudah pukul 12.45 tengah hari.
Dia bersetuju dan kami bergegas ke Ampang Puteri.
Berjumpa dengan Dr.Bee, sangat menenangkan.
Sedikit pun tidak menyarankan agar kandungan digugurkan.
Sebaliknya memberi pelbagai alternatif, nasihat dan dorongan agar aku kekal berfikiran positif di peringkat ini.
Katanya risiko pasti ada, namun peluang harus diambil.
Kekuatan dia menjadi kekuatan aku jua.
Positif dia, membuat kami jadi positif.
Slip ubat bertukar tangan, slip cuti sakit ku ambil sekali lagi.
3 minggu MC diberi.
Masa diberi untuk memastikan aku kembali sihat dan kandungan dijaga dengan baik.
Sekali lagi berpisah dengan Encik Nazri.
Petang itu terus dihantar ke Ipoh.
Aku juga tidak mahu memberi sebarang risiko kepada Encik Nazri.
Dia sudah menghidapi penyakit ini, namun tetap, aku tidak mahu dia sakit.
Jadi berpisah sementara mahu sihat, itulah keputusannya :)
Dia menghantar aku ke Ipoh, dan aku minta agar dia terus pulang ke Taiping, rumah emaknya.
Aku tidak mahu bersamanya sehingga aku benar-benar sembuh dan tidak mahu kesihatannya terganggu.
Dia akur.
Maka 3 minggu.
Tidak berjumpa Encik Nazri.
Dan 3 minggu juga, aku berdoa siang malam agar kandungan aku sihat sejahtera.
p/s ~
panjang lagi nih.
entri auto publish juga :p