Tabungan

28 November 2010

KALAULAH PERASAAN ITU BERBENTUK FIZIKAL.

salam semua.

ya.

kalaulah perasaan itu berbentuk fizikal.
boleh dipegang.
boleh disentuh.
nyata.
jelas.

mudah bukan?

kalau tak suka.
kalau tak hendak.
ambil.
lalu dibuang terus.

tapi hakikatnya.
tidak berbentuk fizikal.

hanya rasa.
perasaan.
yang sangat susah ditafsir.

tambah pula kalau perasaan yang sangat-sangat menganggu minda.

sejak bersalin, aku cuba untuk berfikiran positif.
cuba untuk tidak berfikiran secara keterlaluan.

ku pujuk diri dengan membaca.
mujur ada satu buku tentang berpantang.
hasil tulisan Nurfarahin Jamsari.

dari situ aku mengerti dan memahami beberapa perkara.

secekal mana seorang perempuan, emosi pasti naik turun tatkala selepas bersalin.

jika kamu rasa kamu kuat, ya. tekadkan hati. kerana kamu pasti jua mendapat perasaan tak keruan ini.

kerana apa?
kerana hormon.

ya.
selepas bersalin, hormon sedang berhempas pulas untuk kembali normal.
dan tatkala hormon itu bergerak untuk pergi ke tempat normalnya, emosi seseorang pasti akan terganggu maka jadilah naik turun emosi.

kerana itu lah ada yang dikatakan meroyan.
betul.
meroyan.

maka itu sebabnya perasaan gundah ini tak boleh di layan.

ya.
kena kuat.

aku juga cuba mencari ayat-ayat penenang hati.
dan aku diberi ayat dari surat at-Taubah ayat 128 dan 129.

itu lah yang aku pegang sehari-hari.

aku ingin terus kuat.
terus kuat demi amanah yang diberi Tuhan ini.
terus kuat untuk lihat dia membesar dan berjaya.

p/s ~
hmm.. dah 7 hari tak jumpa Nazri.
rindunya.

6 comments:

  1. salam...eita..tabahkan hatimu sayang..

    jangan ikut sangat perasaan itu...
    kelak binasa badan

    call en nazri cepat..peluk cium untuk beliau..

    ReplyDelete
  2. memang pon kan yang...mudah kalau fizikal..:)

    sabar ye yang..:)

    ReplyDelete
  3. dah bersalin pun dia!

    maaf ya, lewat bagi ucapan tahniah! tahniah kerana dapat beby baru.. Alhamdulillah..

    gembira untuk kawan kawan..

    ReplyDelete
  4. ya, moga sentiasa kuat untuk amanah dari Allah itu..

    semoga dilindungi Allah.. inyaAllah.. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...