kalau diikutkan hati, dan merujuk kepada entri sebelum ini, aku katakan mahu menulis sesuatu yang panjang.
malangnya, rasa hati nak meluah rasa tu terbantut atas beberapa perkara yang tak diundang termasuklah campur tangan orang gila yang merosak mood menulis aku. *apa benda aku membebel ni*
pada sape yang membaca komen dalam entri terdahulu, pasti tertanya-tanya kenapa ada yang mengata dan mengutuk ayah aku sebegitu rupa. terpulanglah. orang gila jangan dilayan. betul tak? *serius, tu mmg orang gila, aku tak tipu*
jadi untuk entri kali ini, aku rasakan tak payahlah menulis luahan rasa tu dulu. biar redha dulu. kalau tengah marah, mmg syaitan senang nak merasuk. memang senang nak hambur kata2 yang sememangnya kadang2 diluar jangkaan masing2.
yang pasti, minggu lepas, minggu yang amat menyesakkan dada.
melihat mami menangis.
melihat ayah menangis.
melihat semua orang kelam kelibut.
dan rahmatnya, penyatuan semula satu keluarga yang dah lama berpecah belah sana sini.
benar.
setiap musibah pasti ada rahmat.
dan ku harapkan rahmat ini berpanjangan. amin.
minggu lepas, aku sedikit emo. ditekan sana sini. tidak pernah rasanya menaip sambil mengigil tangan. menahan marah yang meluap-luap.
tak pernah rasanya menangis dalam hati. mahu menangis secara nyata. tapi aku tidak mahu dilihat lemah. namun sakit tetap sakit, dipanggil budak satan. dan yang turut menjadi mangsa, anak dalam kandungan ini. beluum lagi menjengah dunia, namun dah didoa yang bukan2. hati mana tidak sakit?
hasilnya. tekanan darah ku naik. 130/90. dan aku mendapat sakit. selsema. sakit kepala. batuk. demam.
tadi, ada pemeriksaan kesihatan seperti biasa.
mula2 buat CTG. anak ku sihat. ALHAMDULILLAH. jantung nya sihat. dah dikesan ada bebarapa kontraksi. maklumlah kandungan dah berumur 36minggu 5hari.
kemudian berjumpa dengan dr.bee..
baby dah berat 2.9kg. sihat. pipi makin kembang. sentiasa bermain mulut. comel. sungguh comel. walau hanya dihubung dengan skrin hitam putih, ku yakin bayi ku comel. *senyum*
dan paling tak tahan, berjumpa dengan dr.wahab.
kenapa tak tahan?
sebab kami suami isteri kena marah daaaaa.
katanya.
"kamu sekarang dah 36minggu. dah nak bersalin. kalau kamu tak jaga kesihatan, bagaimana nak bersalin? jangan main2. ini anak yang pertama. kena jaga dengan baik. nak bersalin ni macam nak pergi berperang. kena ada stamina. kalau mak sakit, baby sihat, tak guna juga. kalau baby lahir ke dunia, tapi mak tak bernyawa, apa keseronokannya? dengar cakap saya. makan semua ubat yang saya bagi. kamu sakit kerana tak mengikut prekripsi yang saya bagi. jangan main2. kamu kena sihat. saya bagi kamu masa 2 minggu. kiter jumpa lagi nanti. saya nak pastikan kamu sihat sebelum kamu lahirkan anak pertama ini. ingat pesan saya. makan ubat. jangan main2. jangan malas. suami kena jaga isteri. kalau dia taknak makan, kamu kena marah dia. boleh encik syaiful?"
owh panjang marahnye. aku tergamam. tak pernah kena marah dengan doktor sebegitu rupa. adakah mungkin kerana aku bayar beratus-ratus baru aku dijaga sebegitu rupa. *tak baiknya pikir begitu!* aku rasakan mmg kerana dia doktor yang sangat2 bertanggungjawab, maka sifat prihatinnya sangat2 terserlah.
encik nazri dah senyap, marah ke aku kerana kena marah dengan doktor. sowi la yayang.. huhu.
keluar dari bilik dr.wahab, kami kena marah lagi dengan pembantu dia. pembantu dia kata, dr. sangat kecewa kerana aku tidak makan ubat seperti yang dipesan. kata pembantunya lagi, dia pasti sangat kecewa kerana dia jarang menyuruh pembantunya itu untuk menyampai pesan kepada penyakit dikaunter. ihiks.
owh.maafkan saya wahai doktor. saya pasti takkan berlengah makan ubat lagi. saya akan habiskan ubat ini semua. maaf. maaf. maaf. saya tahu. ini semua untuk kebaikan saya dan bayi saya. maaf. maaf. maaf.
p/s~
aku mahu makan ubat.
sedut ubat asma.
sat.
jangan kacau.
nanti kena marah ngan doktor lagi.
*senyum panjangggggggg*
uiks jaga la kesihatan..yg lain2 tu cuba jgn pk sgt wlpun susah..yg penting baby ngan mak kena sehat..dah nak dkt sgt tu haihhh..ubat sila mkn k :)
ReplyDeleteyeah~~
ReplyDeleteakak..jangan marah2..jagan tensi0n..
heee
insyaallah bb tu c0mel.. :)
sayangku eita
ReplyDeletekenapa tak dengar nasihat doktor sebelum tu> kan dah kena marah...
wahai sayangku...jaga kesihatan yer,. ini pesanan dari teman alam mayamu..
yang terlalu mengasihi kamu, bb dan en nazri..
take care
Sis.....PADAN MUKA kena marah......
ReplyDeletehuhuhuhuhuhu
just kidding.....
tu lar....awat xdgr cakap doc nie...cian doc tu...
kang xpasal2 doc tu plak kne darah tinggi ooo...
jg ksihatan dri...jg ksihatan bby gak..muahhh...peace...
nak kene marah ngan sye pulak akak???
ReplyDeleteJangan tengok screen computer lama2 sangat.. cepat stress nanti . Byk tengok permandangan indah or jauh, yang cantik2 indah2, nyaman..rehat3x. Tarik nafas panjang2 sambil tengok permandangan tu...good luck wanita!
ReplyDeletejaga diri baek2 sayang plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
ReplyDeleteadik miss ~ baaaiiiikkkk :p
ReplyDeleteadik sha ~ orang asik nak wat akak marah ajer heee...
ayu ~ lupa yu, betul lupa heee :p time kasih ya amik berat... kamoo jaga diri jugak yy yang :)
nana ~ alaaaa...kena marah lagi...ngn adik lak tuuuu heeee :p
ms ~ tak mo tak mo tak mo :p
fendy ~ thankssssss :p orang berpengalaman la katakan heeee :P
sha ~ baiikkkkkkkkkkkkkkkk heeee...
aduhh....
ReplyDeletesini, dengar cakap saya pulak ;p
jangan tak makan ubat yang doktor tu bagi tau! tolong la.. tolong la makan semua ubat tu untuk kesihatan dan kekuatan diri!
nak tengok beby sihat tak?...
mesti nak kan? so dengar cakap saya nih! :)
jgn marah ya.. kita pun tetiba terconcern pula.. emo pulak! hehehe..
kella ~
ReplyDeleteaduh..kena marah lagikkkkkk..
larikkkkkkkk :p