Tabungan

24 November 2010

SEMENJAK MENJADI MAMI, TAK SEMENA-MENA AKU JADI PENDENDAM GILA!

macam mana dengan tajuk?
gempak sahaja lebih kan?
wakakaka.

sudah seminggu, sejak aku berjaya memegang gelaran 'mami'.
ya, itu gelaran yang aku pilih.
moden?
ahaks. biarlah.
kekadang, mak juga aku panggil mami.
dan sekarang, mami juga dah dapat gelaran baru, 'opah mami'.

Alhamdulillah.
syukur pada Tuhan yang satu.
hidup aku, boleh dikatakan lengkap sudah.

punya suami.
punya anak.

anugerah yang tak ternilai.

getir?
susah?
menakutkan?
perit?

katakan sahaja.
memang itu igauan ngeri.

saat ketuban pecah.
saat darah membuak keluar dari celahan kangkang.

semuanya 'horror'!

masuk ke 'labour room'.
'horror' lagi.

saat kontraksi bermula.
'horror' lagi.

saat encik Nazri menjerit 'PUSH',
'horror' lagi.
*rasa pada saat itu, nak tendang semua orang yang ada di kaki aku*
*senyum menggila*

tapi itu semua kenangan.
kenangan yang takkan pernah boleh dilupakan.

gila mahu lupa semua itu.
saat sakit menggila.
saat terasa baby Q keluar dari perut.
[owh comel tak?mendapat gelaran itu dari seorang rakan.digelarnya anak kami baby Q.comel juga kan?]
saat melihat bayi kami.
saat mendengar tangisan dia.
saat aku dijahit di celahan kangkang.
sekali lagi.
jerit ramai-ramai.
'HORROR'

tapi Alhamdulillah.
segala ke'horror'an *wah perkataan*,
berbaloi-baloi.
kerana aku dan suami sudah punya puteri hati ~ Qalesya Alia binti Syaiful Nazri.

dan sekarang.
udah seminggu.
genap seminggu.

dan aku sentiasa berasa bedebar-debar.
rasa tak sedap hati.
adakah ini normal?
sila bantu aku wahai rakan-rakan ibu diluar sana sekiranya anda membaca.
aku rasa sering gelisah.
bacaan nadi ku tinggi.
adakah ini normal?
sila jawap pertanyaan ini ya rakan-rakan ibu berpengalaman.
aku menanti jawapan kalian. :)

dan ada apa dengan tajuk di atas.
PENDENDAM GILA?

ya.
kini aku seorang pendendam.
dendam aku pada nyamuk-nyamuk di seluruh dunia!
tak habis-habis nak mengacau baby Q.
korang nak kena ya!
nanti korang.
aku beli ridsect bebanyak.
aku kejar korang sampai lubang cacing.
siap korang.
siap!!!!!!!!!!!!!!

p/s ~
aku sangat emo.
mohon bantuan!
:p

14 comments:

  1. Amboi.
    bukan main lagi mami ni.
    Cepat uplod byk2 gambar dekat blog
    kat FB tak puas

    Kim salam gan adik Q.
    Kata dgn dia Ak'hak S bagi Salam
    KAHKAHKAHKAH

    ReplyDelete
  2. wah.......
    congrats sis....
    cpt lar upload....
    b4 sy p india nie...
    mst putih gebu kn...mau tgk.........

    ReplyDelete
  3. salam..

    ieta, tahniah yer.
    ayu tak tahu pun y eita dh bersalin. baby girl...suka2...umai ada kawan.

    maybe eita bersalin, ayu uruskan majlis kawin adik 20hb...

    eita kitaa suka awak gelar mami..

    eita...semua ibu memang mengalami kes mcm awak..ianya normal

    ReplyDelete
  4. Tahniah...

    Sentiasa mengucap kesyukuran kpd NYA ke atas 'rezeki' yg diberi....pasti hati akan tenang..

    ReplyDelete
  5. tahniahhh
    baby girlll
    nak tgkkkk gambooooooooooooooo

    ReplyDelete
  6. rase nak nanes..
    kerana gembira...
    semuanye selamat...

    ReplyDelete
  7. hai...
    alhamdulillah..syukur selamat jadi ibu.tahniah2..jadi la mami yg maintain..hehe

    ReplyDelete
  8. Try mosquito Patch..tampal je kat area clothing baby...nyamuk tak kacau..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..
    tahiah ye ita!!
    walaupn aku blom pernah jd seorg ibu lg..tp rasa2nya mcm hampir faham kot kegembiraan yg ko rasa tu..tahniah sekali lg sbb m'bawa kelahiran baru ke dunia!!

    ReplyDelete
  10. kak tata...
    letak la gamba Q&A tu byk2 kt sini...
    nak tengok... :)

    ReplyDelete
  11. baru kesempatan baca blog..sibuk pindah rumah..btw,congrats!
    mmg persaan resah gelisah pas bersalin tu mmg ada..bykkan berzikir k?sbb syaitan suka cucuk kita lagi2 kita tgh berdarah nifas.hehe.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...