pendek kata, bercampur baur lah perasaan aku tadi.
haish. takyah la dipanjang-panjangkan atau dicerita dengan lebih lanjut sebabnya, walaupun blog ni tak ramai orang baca, tapi sedar-sedar kang, ada aje yang terasa. maknanya dalam diam, ramai jugak ye pembaca senyap aku ni. wakakaka. mak perasan nok. sila abaikan perasaan indah ini.
yang pastinya, aku rasa terkilan sungguh dengan perangai si senior itu. mana la nak maju? tak boleh salah sikit. dah nak melenting. apa? bila kata senior aje, maka yang junior takleh la nak bersuara langsung? maknanya si junior takleh la nak suarakan pendapat ataupun nak ambil insiatif menerangkan keadaan sebenar. nak dengar cakap senior saja? allo. kami mungkin junior, tapi kami bukan budak kecil. cakap sekali cukup. kami faham. tak perlu nak ulang-ulang banyak kali.
tempat yang jadi medan perbincangan, kadang-kadang disalahguna. dijadikan tempat untuk menghentam sesama sendiri. macam mana nak maju, kalau asyik nak menyalahkan orang? kenapa tidak bersatu-padu? sokong antara satu sama lain? ataupun kalau ada yang salah, cuma la tegur dengan cara berhemah. kata senior? banyak makan garam. takkanlah pengalaman tiada mengajar cara nak beri pendapat dengan tidak menyakiti mana-mana pihak.
ok. faham. kamu memang lantang bersuara. tapi jika berada dalam satu kelompok yang sama, kenapa tidak kita bersatu padu? kenapa mesti nak tuding jari sana sini?
aku cukup tak faham dengan orang yang asyik nak menyalahkan orang lain. tak faham betul dengan spesis ni. kenapa la langsung tiada dalam fikiran tu untuk cuba fikir perasaan orang lain, bebanan orang lain, tekanan kerja orang lain.
janganla asyik nak fikir kepentingan diri sendiri, kesenangan diri sendiri, tapi sampai menyakitkan hati orang lain.
mungkin kamu senior. banyak pengalaman. banyak makan garam. dah tahu macam-macam benda. dah lalui macam-macam jalan. jadi, hanya kerana itu, kamu fikir kamu sahaja yang betul?
aku sesekali tidak menidakkan apa jua yang kamu katakan. malah, aku menyokong pendapat BERNAS kamu itu. namun kata-kata kamu yang terakhir itu benar-benar menyakitkan hati aku.
kalau kamu rasa tidak dihormati selepas ini, jangan ditanya apa sebabnya.
kalau aku memalingkan muka daripada kamu bila saja aku bertembung dengan kamu di atas jalan, jangan ditanya mana hilang rasa hormat itu.
kalau kamu rasa kamu patut dihormati, tanya diri kamu, adakah kamu menghormati orang lain seperti mana kamu ingin dihormati.
cermin diri dulu. adakah kamu sempurna, sebelum kamu sibuk menempelak orang lain.
p.s.jangan perlekehkan saya!
xslh jika seorg junior mnegur senior..
ReplyDeletemnusia bkn perfect pn kn..
jgn igt bl dh jd seniooorrrr tu,ley bangga dri...
bl nk maju if xnk dgr pdpt org yg jjuuuunior nie...
weeeee
sbr kak...xmo mrh2...
t bby Q tkt..:D
sape makan garam dulu pon...
ReplyDeletebukan sempurna...
sedaq naaa...
selfish betul tu ! yang baca pun naik geram jugak ni..
ReplyDelete