Tabungan

30 November 2011

Pemeriksaan Kesihatan

ya.
mak menunaikan janji untuk menulis tentang pemeriksaan kesihatan yang mak dah buat 2 kali dalam bulan ni.
banyak dah darah mak keluarkan hehe.

oke. ceritanya macam ni.

sebenarnya, mak ada rasa kurang sihat sikit sejak sebulan kebelakangan ni.
tahap yang paling teruk adalah masa mak tengah beli barang dan mak tiba-tiba nak pengsan.
mak rasa badan ni panas.
mak rasa berdebar-debar.
mak rasa degupan jantung mak laju.

kami tak tunggu lama.
encik suami terus bawa mak pergi klinik.
yang peliknya, mak ok.
tekanan darah normal.
degupan jantung normal.
bacaan gula normal.

tapi mak tetap rasa tak sedap badan.

jadi, kami balik rumah, dan mak rehat saja malam tu.
Qalesya, ayah terpaksa tengok.
masa menyusu saja baru ayah kacau mak.

beberapa hari kemudian, sakit tu datang lagi.
mak rasa berdebar.
rasa degupan jantung laju sangat.
tapi mak buat diam.

selepas tu datang lagi.
mak tak tahan, balik pejabat terus singgah klinik dan cek.

oke masa tu memang bacaan darah memang tinggi - 150/90.

terus kena buat bacaan darah 3 kali bagi pastikan samada memang ada darah tinggi atau tidak.

so dalam masa 5 hari tu, memang mak berulang ke klinik.
3 hari untuk buat bacaan tekanan darah.
2 hari lagi sebab nak buat pemeriksaan kesihatan dan ambil result.

ini merupakan pemeriksaan kesihatan yang pertama - malangnya doktor tak buat menyeluruh dan hanya buat untuk ujian hipertensi.

hasil pemeriksaan tu, OK.

memang tiada masalah.

jadi, mak diamkan aje.
malangnya, beberapa hari lepas tu, perasaan tu datang balik.
mak rasa berdebar.
rasa degup jantung laju.
rasa sesak kat dada.
rasa macam-macam.
tak dapat mak nak jelaskan.

jadi mak tak tunggu lama.
mak terus jumpa dengan doktor yang mak memang percaya - doktor bersalin mak.
doktor kat ampang puteri.

dengan dia, memang mak rasa bebas nak bercerita apa pun.
dan dia pun tanya mak, apa lagi yang mak nak buat.
mak kata - mak nak tahu apa sakit mak.
jadi dia kata, dia akan buat sekali lagi pemeriksaan kesihatan PENUH tambah beberapa lagi pemeriksaan kesihatan yang lain.

selain pemeriksaan kesihatan yang asas, dia buat untuk mak pemeriksaan tiga jenis tiroid dan 4 jenis kanser.

Semalam - Selasa - 29 November 2011 adalah hari keputusan pemeriksaan tu dikeluarkan.

keputusannya - OK.

semua oke.
sel darah mak normal.
sel darah putih dan merah seimbang.
tiada tiroid.
tiada kanser.
tiada kencing manis.
sedikit kolestrol yang mana boleh dirawat dengan membetulkan diet pemakanan.

memang tiada apa yang serius.

jadinya, secara sains, memang tiada apa yang dapat menjelaskan keadaan mak sekarang ini.
doktor minta mak berehat.
mungkin stress.

tapi mak terfikir perkara lain........
adakah mak terkena buatan orang.....

wallahualam...

p.s.
jika ada yang terasa hati dengan mak, maafkan mak.
jika ada yang rasa tak senang dengan mak, maafkan mak.
kalau mak ada buat salah dan silap, maafkan mak.
Janganlah tuju-tuju mak macam ni ya :)


Wordless Wednesday #30112011 - 7



Wordless Wednesday #30112011 - 6


Wordless Wednesday #30112011 - 5


Wordless Wednesday #30112011 - 4


Wordless Wednesday #30112011 - 3


Wordless Wednesday #30112011 - 2


Wordless Wednesday #30112011 - 1


Selamat Pagi Rabu - Owh hari ini Wordless Wednesday kan?

sebenarnya, mak ada banyak benda nak kongsi dengan kawan-kawan.
terutama sekali tentang Pemeriksaan Kesihatan yang mak dah buat.
tapi mak tak sempat lagi.

mak nak buat kerja sekejap.
nak buat minit.
nak selesaikan beberapa perkara.
kalau sempat, lunch nanti mak tulis sikit-sikit.

dan semua entri WW hari ni, haruslah auto-publish :)

oke ya :)

26 November 2011

Qalesya Alia - 1 tahun 10 hari

Ya. 1 tahun 10 hari.

Qalesya sudah boleh berjalan.
Qalesya sudah ada 7 batang gigi.
Qalesya masih menyusu badan walaupun tidak secara eksklusif.
Qalesya masih seperti dulu, jenis yang tak meragam, jenis yang tak merengek. Harap kekalkan perangai baik dia ni ihiks.


Published with Blogger-droid v2.0.1



SALAM MAAL HIJRAH.
Published with Blogger-droid v2.0.1

25 November 2011

Sesi mengimbau kenangan lalu : Part 1 : Zaman anak dara

hari ni tergerak nak baca balik entri-entri dulu.

tadi terjumpa entri masa kami ke konvokesyen adik di Darul Quran.

time ni anak dara lagi. tapi memang emak aku dah tau yang aku berkawan dengan nazri.
jadinya masa ni, mak suruh nazri ikut kami ke Darul Quran.

hok ni, gambar saja, termasuk la gambar kami dinner kat The Ship Kampung Baru.


yang ini aktiviti kerja. assignment first aku masa start keje dengan TM. sangat best. sebab di sinilah aku kenal kawan-kawan aku yang still member baik sampai sekarang. best giler time nih.



masa aku memula masuk kerja kat TM dulu, salah satu tugas aku ialah pelantikan. jadinya, kalau ada interview di pejabat negeri, aku kena pergi. so negeri-negeri yang aku pernah pergi dulu ialah:



masa dedulu gak, aku kira aktif la gak kan hahaha. ada la jugak join sukan-sukan ni:


Oke, pernah juga jadi MC untuk satu majlis makan malam!!

dan kita tutup sesi mengimbau kembali kenangan lama ni dengan cinta-cinta yaaaa awwww!!



ok. nanti mak sambung bila dah jadi bini orang lak. hehehe.

retweet - tweet - tweet - ada mak kisah??!!

ceh. macam marah aje rupanya.
tak le marah.
saje aje buat tanda seru tu.
saja wat gempak.
walau tak gempak mana.

oke.
sila berhenti melalut.

mari kita melalut yang sebenar.

***

Twitter sekarang ni dah glamer.
sama glamer dengan Facebook.

dan dalam Twitter ni, aku tengok ada beberapa isu semasa yang kengkadang rasa nak tergelak pun ado.

isu pertama:
penggunaan bahasa

Twitter ni simple.
lebih simple daripada Facebook.
nak hupdate status dengan jaya memang lebih senang dengan Twitter.
dan pengguna Twitter mak tengok memang pukul rata, kebanyakannya budak-budak muda.
budak-budak muda maksud mak di sini ialah budak berumur belasan tahun, bermula dari seawal 12 tahun ke atas.

dannnnnnnnnn.....kebanyakan bebudak comel ini suka meng-hupdate status dalam bahasa inggeris.
gempak siot inggeris diorang.
mak dulu, seingat mak, masa darjah 6, memang takde nyelah nak sembang dok dalam bahasa inggeris.
memang menggunakan bahasa ibunda saja.
tapi bebudak zaman sekarang, lebih gemar berbahasa inggeris daripada bahasa ibunda kesayangan kita nih.
takpelah, masing-masing punya kehendak kan.

isu kedua:
status merepek.

kadang-kadang, kelakar juga baca status-status dalam Twitter.
yang ni sama la juga dengan status dalam Facebook.
kekadang, pergi beli air sirap dekat gerai pun boleh jadi status.
nak pergi toilet pun boleh jadi status.
atau senang cerita, setiap pergerakan memang boleh jadi status lah.

sekali lagi, mak rasa ini atas masing-masing juga.
dah kalau diri sendiri yang willing nak berkongsi rahsia dengan orang.
apa the salah the nya.....
layanzzzzz.

isu ketiga:
bila tak RT, merajuk.

wakakakakaka.
ini la paling kelakar.

eh korang paham tak maksud RT.
RT maksudnya retweet.
maksudnya lagi, tweet kita tu, akan di tweet sekali lagi oleh orang lain.

ok senang cite macam ni la.
mak bagi satu situasi oke.

kau orang follow satu artis.
kau orang tweet artis ni tiap-tiap hari.
kau orang selalu juga balas tweet dia tiap-tiap hari.
tapi malangnya.....
dia tak pernah RT tweet kau orang, tak pernah reply tweet kau orang.
haaaa....
sentap tak?

mak sentap oke!!

(kantoi mak selalu tweet artis tapi tak pernah layanz)
haha.

macam ni lah.
kau orang follow artis.
artis kan sibuk.
dah tu ramai followers lak tu.
mana la nak reply satu-satu kan.
jadi bersabar sajalah.
kalau betul sayang dan support artis tu, follow aje lah twitter mereka.
jangan diharap balasan.

(ayat pujuk diri sendiri nya lah tu pun!)

Hari Antarabangsa - Menangani Keganasan Terhadap Wanita

25 November 2011 telah ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Hari Antarabangsa - Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

oke.
oleh kerana mak seorang wanita yang bernama Wanita, maka keganasan tidak boleh dilakukan kepada mak pada hari ini ye kawan-kawan.

sila berlaku baik.
sila berlaku sopan.

dan Encik Mahmud yang suka menyeksa mental saya......., anda adalah dilarang menghampiri saya pada hari ini.

Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Wanita Mutalib.

p.s.
nak bersama-sama menyambutnya.
pi sambut kat sini.
.
.
.
.

Entri sebelum tidur : apa yang sedang dia fikirkan

Qalesya memang masih menyusu badan. Walaupun dia tidak dapat menyusu secara ekslusif, namun tetap aku bersyukur dia masih mahu menyusu dengan mak dia yang tak boleh produce banyak susu ni.

Jadi, seperti malam-malam yang lain, memang kebiasaannya, untuk tidurkan dia hanyalah dengan menyusu badan.

Puas menyusu, tidurlah dia. Paling kurang pun, setengah jam dia dah boleh tidur.

Macam sekarang ni, Qalesya dah pun lena tidur di sebelah aku.

Cuma semasa dia menyusu tadi, aku tengok saja gelagat dia.

Kadang-kadang, dia berhenti menyusu sekejap, mata statik, seolah-olah sedang berfikir.

Lantas aku pula berfikir, 'apalah yang sedang kamu fikirkan?'....
Published with Blogger-droid v2.0.1

24 November 2011

Hadiah birthday Qalesya from Aunties di pejabat mami.

Yes.
Kemeriahan birthday Qalesya masih terasa.
Selepas dapat hadiah daripada Auntie Aha berupa sehelai skirt comel, hari ini Qalesya dapat pula patung Barney.

Patungnya besar......




menyanyi lagi......


I love you.
You love me.
We are happy family.
With a great big hug and a gift from me to you.
Won't you say you love me too.


Tq auntie-auntie.
Qalesya suka sangat.
Published with Blogger-droid v2.0.1

saya memang buruk siku. bak balik trofi tu!!

tahniah.
awak menang peraduan ini.

*seminggu selepas*
kami minta maaf cik, kami kena ambil balik hadiah ni kerana kami silap kira undi. pemenangnya orang lain.

ha. amik kaw.
buruk siku punya orang.
dah bagi ambil balik.
eee. shame on you.

nak buat macam mana.
itu kenyataan dan isu panas ketika ini.

baru saja selesai anugerah tersebut, dah kecoh pasal trofi harus dipulang semula kerana......penganjur.....salah kira undi.

macam kelakar kan kome ni.
anugerah bukan anugerah budak paling pandai dalam tadika...kot.
tapi ini anugerah industri muzik Malaysia.....kot.
boleh pulak kau orang main salah-salah kira.

macam tak profesional gitewwww....dowh.

yang tukang kira undi tu, kau orang ambil budak lepas UPSR ke kira?

okey..okey..
mak minta maaf..memang susah kira oooooo..undi undi ni....datang dari serata pelusuk negeri oooooo..ingat senang ke nak kira........dowh.

tapi bak kata mak sebentar tadi.
ini bukan anugerah budak tadika.

kena serius sikit kot...

dowh...

kadangkala, tak semua benda kita perlu cerita pada semua

semua benda nak ambil tahu.
ada, memang ada manusia yang jenis macam itu.

pada aku, kelakar.
kau tak kenal dia, tapi kau nak tahu semua benda tentang dia.

ada sesetengah orang, tak suka bercerita banyak benda pada orang yang mereka tak kenal, pada mereka yang baru saja jumpa kembali atau pada mereka yang tak berapa disukai.

tapi, ada sesetengah orang juga, tak faham-faham konsep 'ketidakselesaan' tersebut.

asyik, terus-terusan bertanya itu ini.

kita sejujurnya perlu hormati pendirian individu lain.

sekiranya, individu tersebut, memang mahu berkongsi. jadi apa salahnya. tak apalah, kalau dia memang suka bercerita.

tapi kalau dia tidak mahu bercerita, jadi hormatilah pendiriannya.

mungkin dia ada sebab untuk tidak bercerita.
mungkin dia ada sebab untuk berahsia.

jangan kerana dia berahsia, kamu anggap dia sombong, kedekut maklumat, itu ini.

kamonlah.

apa-apa pun.
aku memang begini pula.

aku suka bercerita.
selagi perkara itu tidak memalukan keluarga aku, aku kongsilah sedikit sebanyak.

tapi masih, rahsia tetap rahsia.

bak kata Dato' Siti, biarlah rahsia.

p.s. apa motif entri aku hari ni?

23 November 2011

Wordless Wednesday #23112011 - 2



Published with Blogger-droid v2.0.1

Wordless Wednesday #23112011 - 1


Tutorial : Perasan tak, Perasan tak??!!!!

Ate kome...
Mak tanya ikhlas ni.
Kome perasan ke tak.

Ateeeeee...

Idak kome perasan??

Betui kome tak perasan...

Sampai ati kome nih.


Hahahaha.

Ate tengok le umah mak ni, kan ke dah bercat baru.
Pintu, tingkap semua mak cat kan.

Ni semua hasil pujukan, rayuan domba Bro Framestone yang kata blog mak ni suram. Sampe ati mike. Tapi takpe, mak amik cakap Bro tu, mak telan, mak cari wallpaper baru, mak cat pintu tingkap segala ikut taste mak yang berjiwa pink ni.

Amek ko.

Oke tak?

Apa-apapun terima kasih kepada Bro Framestone sekali lagi. Kalau tak kerana kata-kata beliau, mak taklah cat baru rumah ni kan kan.

Dan kat sini, mak nak bagi puji-pujian dan kredit kepada semua blog tutorial yang mak dah singgah dan guna ilmu yang mereka beri.

Walaupun mak ambil ilmu mereka senyap-senyap, namun mak memang dah niat bila mak dah berpuas hati dengan blog ni sedikit, baru mak reveal, dengan sapa mak berguru.

So ini adalah diantara guru-guru gelap mak *ala-ala kekasih gelap gitewwww*.

Cikgu Pertama:


semestinya Sutera Kasih. Kat sini bersusun segala jenis tutorial. Apa saja. Kamu nak? Search aje. Memang best. Cik Sutera Kasih, mak la penyumbang traffik kamu tiap2 hari tau. Sila review blog mak ni ha. hehehehe.

Cikgu Kedua:


Cikgu saya yang ni, dia takde letak banner. Ke saya yang tak reti cari, entah ler. tapi memang saya tak jumpa la banner cikgu.

Papepun, terima kasih cikgu :)

Cikgu Ketiga:


Cik Farah kita ni ha. Owh yang ni memang cute sesangat. Sangat senang nak cari tutorial yang kita nak dalam blog dia. Terima kasih Cikgu!!

Cikgu Keempat:

Cik Solehah. Awww. Kebanyakan coding yang mak tak jumpa dalam tutorial lain, akan mak jumpa dalam blog tutorial yang ni. Again, terima kasih bebanyak cikguuuuu :)

oke. yang ni pun saya tak jumpa banner cikgu. sori cikgu. :p

Cikgu Kelima:

Cik Edriena Hazelina kita ni ha. Pun, mak tak jumpa banner. Awww. Sori cikgu!! :)


Cikgu Keenam:



yang ni baru jumpa, namun, tutorial dia semua best-best. dan mak pun ada amik sikit-sikit barang dari blog dia. halahai. time kasih banyak Cik Tyra sayang!! :))




sebenarnya, banyak lagi blog tutorial yang kita boleh pergi. Yan penting kena rajin blogwalking. Mak pun tak larat nak senarai satu-satu, tapi memang kalau kamu orang masuk blog-blog di atas, kamu orang akan jumpa blog-blog tutorial yang lain-lain.

Selamat berjaya men-transform blog anda.

Apa ingat Malaysia aje leh transform.

anda pun boleh.


EEceewaaaHH!!

MasterChef Malaysia - Penyingkiran demi Penyingkiran

Siapa tak ikut Masterchef Malaysia?
Rata-rata, mesti ramai yang ikut siri McM ni kan.

Memang dah lama minat siri McM ni, dari yang Amerika punya, sampai ke Australia, sampailah ke Malaysia sendiri.

Memang teruja bila ada Masterchef siri Malaysia. *teruja nok*
Yelah, nak tengok juga masakan apa yang boleh kita buatkan.
Maklumlah, kalau 'omputih', masakan dia orang memang selalu berasaskan daging, ikan, ayam, sayur.
Macam Malaysia, kitakan ada pelbagai masakan tradisi, jadinya nak tengok jugalah, bagaimana dia orang olah makanan-makanan ini jadi satu 'signature dish'.

Dan memang adat siri realiti, mesti ada penyingkiran demi penyingkiran yang dilakukan.
Tapi yang istimewa dalam McM ni, ada ramai yang tarik diri sebelum berjuang.
Namun, ada yang tarik diri, bukan sebab saja-saja nak tarik diri, tapi sebab memang ada masalah.

Mak tak dapat nak korek yang belakang-belakang punya cerita, cuma mak dapat korek penyingkiran pertama yang berlaku dalam Dapur McM sampailah yang terkini.

Apa-apa pun, kredit kepada Astro : McM untuk semua info dan gambar-gambar yang mak 'pinjam' ni.


Penyingkiran Pertama.



Namun, Zeri dah mengejutkan semua orang dengan kesanggupan dia menyeksa ikan dengan menggoreng ikan tersebut sampai hangus. *amik ko*
Alasannya, dia sengaja buat begitu sebab nak masuk ujian Penyingkiran. Kiranya memang dia nak keluar sangat dari McM. Sebab apa mak tak tau. Takkan nak masuk MLM kot. Ke ada tempahan baju yang urgent. Maklumlah, dia kan pereka baju nikah Farah AF2. Apa-apa pun, tindakan dia menggoreng ikan sampai hangus memang membuatkan juri-juri marah dan memang dengan hati terbuka mempersilakan Zeri keluar.



Penyingkiran kedua.



Penyingkiran ketiga.



Penyingkiran keempat



Penyingkiran kelima



Dan seterusnya semasa Saiful, Zahin, Deena, Nik Michael dan Felix melalui Ujian Penyingkiran semasa Episod 26, McM membuat kejutan yang pertama dengan mengumumkan, tiada penyingkiran.

Terselamat Nik Michael mak ni. *hahahaha*



Apa-apa pun, kita tengok malam ini macam mana.

Malam ni masa untuk mencuba buah-buahan.

Ha makan kau puas-puas.

Buah-buahan baik untuk kesihatan.


22 November 2011

Si pemunggah tegar



Baru dapat kaki.
Baru dapat berdiri dengan kuat.
Tapi sebab nak memunggah punya pasal.
Sampai menggeletar kaki tahan berdiri.



Dah punggah dari bakul kecil ke bakul besar.
Dari bakul besar, punggah ke luar pula.



Sudah berubah posisi.
Duduk pula.
Namun masih misi yang sama.
Punggah!



Misi diteruskan.

Takpelah sayang.
Janji kau bahagia.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Mari meneman suami makan



Edisi entri tangkap muat.

Sekian.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Medical Check Up

Harap-harap kami sihat.

Waduh.

Gabra sih.


21 November 2011

Teaser - Lipstick Party Mary Kay



Bro buat lawak.
Mak dah tak larat nak tahan gelak.

Oleh kerana post entri dari handset, mak tak tak tau nak letak link camna.

Tapi, tak yah letak link pun takpa kan.
Sapa tak kenal bro framestone! :)


P.s.
Aku pun tak tau apa maksud teaser. Hahaha.
Published with Blogger-droid v2.0.1

Gol? ada aku kisah?




Baik update facebook.
Published with Blogger-droid v2.0.1

masa untuk merepek

bermula dari hari Khamis lepas sehingga semalam iaitu hari Ahad, mak ada buat banyak *baca : baaaaannnnnyyyyyaaaaakkkkkkkk* aktiviti yang menyeronokkan. *seronok ker??*

hari Khamis petang.

mak dengan tiba-tiba rasa pening.
dengan tiba-tiba rasa berdebar-debar.
dengan tiba-tiba rasa tidak sedap badan.

sebenarnya, sejak kebelakangan ini, memang selalu rasa macam tu.
tapi hari Jumaat lepas, memang dah tak mampu dah nak tanggung jadinya lepas pejabat terus pergi klinik.

cek tekanan darah - 150/90 dan memang jantung mak berdegup laju.

jadi doktor 'saspek' darah tinggi. makanya kenalah berulang ke klinik selama 3 hari untuk buat bacaan tekanan darah tinggi.
dan, kami suami isteri juga buat medical check-up untuk dapatkan keadaan sebenar keadaan kesihatan kami.


hari Jumaat pagi.

pagi-pagi dah terpacak depan klinik.
ambil darah untuk medical check-up dan cek tekanan darah.

oke.
dah turun 110/85.
mak lega sikit.


hari Sabtu pagi.

sekali lagi terpacak depan klinik untuk cek tekanan darah.
130/80.
apa macam?
doktor kata oke.
so mak pun oke jer.
*walaupun aku rasa ia agak tinggi?*

nasib baik doktor hensem.
*tu sebab naik kot?*


disebabkan lega, kami terus pi Nilai 3, kononnya nak membeli cekedes *baca : makanan ringan* untuk dibuat doorgift pada semua anak-anak comel kat Taska Qalesya.
kononnya nak bagi la anak-anak kat situ something sempena ulangtahun Q yang pertama ni.

cekedes lepas.
tapi beg untuk doorgift tak lepas sebab masing-masing dah tak se-bulu.
tutup cerita. balik umah terus. rehat. lagi bagus.


hari Ahad pagi.

Encik Suami keluar sebentar mencari rezeki. *good luck sayang*

Encik Suami balik dalam pukul 12.
Terus ajak Encik Suami pergi attend 'Lipstick Party' anjuran Mary Kay di Jaya33.

best hokey!!!!

tapi Lipstick Party ni, mak buat entri lain ya.


tentang Qalesya.
hmmmm.
memang penyeri betul.
makin pandai ambil hati.
dah pandai cium orang bila tengok orang penat.
semalam, masa dalam perjalanan balik, mak dah terlentuk kat tepi kerusi dia dalam kereta tu.
dia tengok aje muka aku.
pastu dia senyum, terus dia cium sambil sebut kuat-kuat MUAAAAAHHH.
halahai.
sejuk hati mak ni anak oooii.
sila buat selalu agar tekanan darah mak oke ya sayang :)




Ok. terima kasih. -BN iktiraf peranan blogger-

Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November 2011

sudah tidur...

Ok.

Bila namanya post entri dari telefon tangan, itu bermakna, mak tak sempat buka laptop.


Sejak akhir-akhir ini, mak tak sihat.

Semalam memang dah tak larat sangat, terus pergi klinik, cek tekanan darah, naik 150/90.


Pagi tadi, kembali ke klinik, buat lagi cek tekanan darah, dah turun 110/85.


Tapi tetap teruskan ambil darah untuk pemeriksaan kesihatan secara terpeinci.

Esok dapat keputusan.

Berdebar pula rasanya.


Takut, mana tau ada sakit.

Takut, mana tau kot dah sampai masa.

Takut...


Minta-minta keputusan tak adalah benda-benda begitu.


Doakan mak ya kalian.


Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.1

16 November 2011

Catatan Buat Anakku Qalesya Alia - Selamat Ulang Tahun yang Pertama!!

16 November 2010

Pukul 4.00 pagi, mami dah dikejutkan oleh Jururawat kerana dia perlu masukkan ubat dalam pangkal rahim mami supaya senang nak melahirkan kamu nanti.
Lepas tu, mami pakat sambung tidur sebab rasa mengantuk yang amat sangat. 

Pagi bangun seperti biasa, sarapan seperti biasa, dan tidak ada rasa sakit nak bersalin pun.
Pukul 10.00 pagi, Dr.Bee datang jumpa mami dan bertanya sama ada ada rasa sakit nak bersalin ataupun tidak.
Mami jawab tiada.
Mami pun risau juga. Kenapa tak ada rasa nak bersalin ni ihiks.




Pukul 12.00 tengahari, doktor datang semula.
Ditanyanya lagi samada ada rasa sakit atau tidak.
Mami jawab, tak ada.

Jadi dia pecahkan air ketuban mami, dan terus mami rasa sakit.
Sakit nak bersalin.

Jururawat terus datang bawa kerusi roda pada mami dan terus bawa mami ke bilik bersalin.



Mami tak ingat pukul berapa mami mula sakit bersalin dengan teruk.

Yang mami ingat, mami duduk lama sangat dalam bilik bersalin tu.

Dah banyak suara bayi yang mami dengar sepanjang mami berada dalam bilik tu.

Masa mami mula rasa sakit, mami dah tak tahan sangat, sampai mami minta ubat penahan sakit dari jururawat.

Selepas mereka bercakap dengan Dr.Bee, baru mereka suntik satu ubat penahan sakit pada punggung mami.

Sebelum tu mami dah dipesan bahawa ubat tu akan buat mami mengantuk.

Mami tak kisah, asalkan boleh buat mami tak rasa sakit sangat.

diambil pada 16 November 2010 3.47 petang

Masa ni, dah rasa sakit dah. Jururawat pun dah sediakan tempat untuk letak kaki mana tahu kot dah nak bersalin hehe.

Masa tu, mami dah mamai. Sembang dengan ayah pun dah tak betul.

Mami : Abang, bila doktor nak sampai?

Abang : Sekejap lagi doktor sampai la. Dalam setengah jam nurse kata.

*mamai*

Mami : Abang, dah setengah jam dah ni.

Abang : Yang, baru 5 minit awak tertidur.

*mamai semula*

Macam tu sekali mami mamai.
Setengah jam mami rasa, rupanya baru 5 minit berlalu.

Akhirnya mami menjerit, mami kata 'Abang, suruh la nurse datang cek, dah tak tahan dah ni'.
Bial nurse datang cek, rupanya, kepala kamu dah nampak sayang.
Kamu dah tak sabar nak keluar.
Terus jururawat telefon doktor dan suruh datang cepat.
Sekejap saja doktor dah sampai dan bermula pertarungan melahirkan kamu sayang.

Sebelum doktor sampai, jururawat dah mula galakkan mami untuk bersalin.
Jururawat dah mula suruh mami push dan push dan push.
Siap kena marah lagi dengan jururawat sebab cara mami push tu salah.
Yang mami pula dah menangis-nangis sebab tak tahu nak push macam mana.
Nangis sebab sakit lagi.
Macam-macam hee.

Bila Doktor datang, baru semangat sikit nak push.
Kalau nak silap mami, dengan Doktor, 3 kali push saja. 
Kamu dah lahir ke dunia tepat pukul 4.20 petang pada 16 November 2011, sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.





Segar.
Comel.
Anak mami.

Masa doktor jahit luka mami, mami dah tak kisah dah, yang mami tahu, kamu dah hadir dalam hidup mami, datang untuk menyerikan hidup kami.

Maka dari situ, bermulalah kehidupan kamu di dunia ini sayang.

Mami dengan sedaya upaya menyediakan segala keperluan kamu.
Mami akan buat apa sahaja asalkan kamu bahagia disamping kami sayang.
Mami akan sentiasa berada bersama kamu sehingga kamu besar dan boleh berdikari.
Walau apa terjadi, mami akan sentiasa ada buat kamu.

Jom kita imbas kembali perkembangan kamu :)






Kamu ditahan selama 3 hari di hospital kerana penyakit kuning.
Hari Ahad, kita sama-sama balik ke Ipoh sebab mami kena pantang di sana :)



Ihiks.
Letak atas bantal saja.
Dan kamu tidur sepanjang perjalanan ke Ipoh :)


***

Qalesya - Sebulan








Qalesya - 2 Bulan








Qalesya - 3 Bulan





Qalesya - 4 Bulan








Qalesya - 5 Bulan









Qalesya - 6 Bulan









Qalesya - 7 Bulan








Qalesya - 8 Bulan








Qalesya - 9 Bulan








Qalesya - 10 Bulan






Qalesya - 11 Bulan









dan hari ini, Qalesya genap setahun.

Syukur Alhamdulillah. Sekejap saja dah setahun berlalu.
Semoga mami dan ayah panjang umur dan dapat lihat Qalesya membesar.

Semoga Qalesya jadi anak yang baik.

Mami sayang Qalesya.

Ayah juga.

Kami sayang kamu.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...