Tabungan

10 November 2011

boleh ke sambut Halloween?

pagi tadi,
ada seorang rakan dalam FB mak bertanya pada mak, apa HUKUM menyambut Halloween?

oke.

mak telan air liur.
sebab mak bukanlah orang yang bijak hukum hakam, tapi sebodoh-bodoh mak, jika berpegang pada ajaran Islam, dah sah-sahlah kita tak boleh meraikan perayaan tersebut.

demi nak membantu, mak pun bukalah pertanyaan tersebut kat FB mak dan mak minta adik mak tolong jawabkan sebab adik mak ni Ustaz.

jadi, baru sekejap tadi, adik mak jawab soalan ini.

kita kongsi bersama ya.



adik mak menjawab mengikut pemahaman beliau.
ditegaskan, ilmu dia tidaklah setinggi mana, namun mak memang selalu meminta pandangan beliau sekiranya mak ada keraguan.

insyaAllah, mana yang baik kita ikut.
mana yang salah dari kita juga dan mohon diperbaiki.



owh.
ini adik mak masa kecil-kecil dulu.
Tuan.......jangan marah :))


2 comments:

  1. mungkin ramai yg tak setuju pandangan sy ini...
    lepas ni, mungkin org akan cakap, camne plak dgn hukum sambut kongsi raya, pegi rumah terbuka Malaysia, ucap deepavali dan sebagainya.. kalo camtu, semua haram la?gitu??
    tetapi itulah hukum.dan tak semua orang sanggup mengikuti kejelasan hukum yg berada di depannya.

    Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim.

    adakah terdapat pandangan yang mengharuskan atau membolehkan kita menyambut perayaan agama lain atau sekurang-kurangnya mengucap selamat kepada mereka?

    Majlis Fatwa Eropah membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

    Antara hujah yg sering digunakan adalah Nabi bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang dibawa lalu dihadapan baginda. Bagaimanapun perlu dijelaskan Nabi sekadar menghormati jenazah tersebut atas dasar kemanusiaan, bukan mengiktiraf akidah agama lain.

    secara umum, diharuskan mengucapkan ucapan tahniah atau selamat menyambut perayaan kepada penganut agama lain, contohnya selamat bergembira, tahniah, semoga dilimpahkan rezeki dan seumpamanya di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan. tetapi tidak boleh mengeluarkan ucapan-ucapan agama tersebut apalagi menyertai ritual agama mereka seperti menyalakan lilin.

    justeru,Majlis Fatwa Kebangasaan tidak mengharamkan rumah terbuka Malaysia, dan dibolehkan menghadiri jamuan mereka dan makan sekali atas dasar saranan pemerintah dan kemaslahatan umum. tetapi masih dilarang tegas menyertai upacara agama mereka. itulah perbezaan menghadiri jamuan perayaan dengan merayakan sambutan..

    adapun untuk halloween tu, dah jelas-jelas kita meniru budaya bukan Muslim, lagi pulak sambutan tu ada unsur syirik dan khurafat (Kristian pun mengaku Halloween bukan dari Kristian, tapi kita Melayu Islam pulak sibuk-sibuk nak join) . takkan la ada org nak cakap "eh, sy datang je, tak sambut sekali" pelik gak, sebab ia bukan jamuan or rumah terbuka pun, mmg sah-sah bertujuan utk meraikan halloween, apalagi dengan dtg pakai kostum dan sebagainya, itu dah jelas kita menyertai sekali perayaan tersebut. so takde tujuan munasabah utk hadir .. nasib baiklah tiada rumah terbuka Halloween kat Msia ni..wAllahuaa'lam..

    ReplyDelete
  2. Innal haramu bayyin, wal halalu bayyin, wa baina huma mutasyabihat. Sangat jelas kan.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...