Tabungan

16 November 2011

Catatan Buat Anakku Qalesya Alia - Selamat Ulang Tahun yang Pertama!!

16 November 2010

Pukul 4.00 pagi, mami dah dikejutkan oleh Jururawat kerana dia perlu masukkan ubat dalam pangkal rahim mami supaya senang nak melahirkan kamu nanti.
Lepas tu, mami pakat sambung tidur sebab rasa mengantuk yang amat sangat. 

Pagi bangun seperti biasa, sarapan seperti biasa, dan tidak ada rasa sakit nak bersalin pun.
Pukul 10.00 pagi, Dr.Bee datang jumpa mami dan bertanya sama ada ada rasa sakit nak bersalin ataupun tidak.
Mami jawab tiada.
Mami pun risau juga. Kenapa tak ada rasa nak bersalin ni ihiks.




Pukul 12.00 tengahari, doktor datang semula.
Ditanyanya lagi samada ada rasa sakit atau tidak.
Mami jawab, tak ada.

Jadi dia pecahkan air ketuban mami, dan terus mami rasa sakit.
Sakit nak bersalin.

Jururawat terus datang bawa kerusi roda pada mami dan terus bawa mami ke bilik bersalin.



Mami tak ingat pukul berapa mami mula sakit bersalin dengan teruk.

Yang mami ingat, mami duduk lama sangat dalam bilik bersalin tu.

Dah banyak suara bayi yang mami dengar sepanjang mami berada dalam bilik tu.

Masa mami mula rasa sakit, mami dah tak tahan sangat, sampai mami minta ubat penahan sakit dari jururawat.

Selepas mereka bercakap dengan Dr.Bee, baru mereka suntik satu ubat penahan sakit pada punggung mami.

Sebelum tu mami dah dipesan bahawa ubat tu akan buat mami mengantuk.

Mami tak kisah, asalkan boleh buat mami tak rasa sakit sangat.

diambil pada 16 November 2010 3.47 petang

Masa ni, dah rasa sakit dah. Jururawat pun dah sediakan tempat untuk letak kaki mana tahu kot dah nak bersalin hehe.

Masa tu, mami dah mamai. Sembang dengan ayah pun dah tak betul.

Mami : Abang, bila doktor nak sampai?

Abang : Sekejap lagi doktor sampai la. Dalam setengah jam nurse kata.

*mamai*

Mami : Abang, dah setengah jam dah ni.

Abang : Yang, baru 5 minit awak tertidur.

*mamai semula*

Macam tu sekali mami mamai.
Setengah jam mami rasa, rupanya baru 5 minit berlalu.

Akhirnya mami menjerit, mami kata 'Abang, suruh la nurse datang cek, dah tak tahan dah ni'.
Bial nurse datang cek, rupanya, kepala kamu dah nampak sayang.
Kamu dah tak sabar nak keluar.
Terus jururawat telefon doktor dan suruh datang cepat.
Sekejap saja doktor dah sampai dan bermula pertarungan melahirkan kamu sayang.

Sebelum doktor sampai, jururawat dah mula galakkan mami untuk bersalin.
Jururawat dah mula suruh mami push dan push dan push.
Siap kena marah lagi dengan jururawat sebab cara mami push tu salah.
Yang mami pula dah menangis-nangis sebab tak tahu nak push macam mana.
Nangis sebab sakit lagi.
Macam-macam hee.

Bila Doktor datang, baru semangat sikit nak push.
Kalau nak silap mami, dengan Doktor, 3 kali push saja. 
Kamu dah lahir ke dunia tepat pukul 4.20 petang pada 16 November 2011, sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.





Segar.
Comel.
Anak mami.

Masa doktor jahit luka mami, mami dah tak kisah dah, yang mami tahu, kamu dah hadir dalam hidup mami, datang untuk menyerikan hidup kami.

Maka dari situ, bermulalah kehidupan kamu di dunia ini sayang.

Mami dengan sedaya upaya menyediakan segala keperluan kamu.
Mami akan buat apa sahaja asalkan kamu bahagia disamping kami sayang.
Mami akan sentiasa berada bersama kamu sehingga kamu besar dan boleh berdikari.
Walau apa terjadi, mami akan sentiasa ada buat kamu.

Jom kita imbas kembali perkembangan kamu :)






Kamu ditahan selama 3 hari di hospital kerana penyakit kuning.
Hari Ahad, kita sama-sama balik ke Ipoh sebab mami kena pantang di sana :)



Ihiks.
Letak atas bantal saja.
Dan kamu tidur sepanjang perjalanan ke Ipoh :)


***

Qalesya - Sebulan








Qalesya - 2 Bulan








Qalesya - 3 Bulan





Qalesya - 4 Bulan








Qalesya - 5 Bulan









Qalesya - 6 Bulan









Qalesya - 7 Bulan








Qalesya - 8 Bulan








Qalesya - 9 Bulan








Qalesya - 10 Bulan






Qalesya - 11 Bulan









dan hari ini, Qalesya genap setahun.

Syukur Alhamdulillah. Sekejap saja dah setahun berlalu.
Semoga mami dan ayah panjang umur dan dapat lihat Qalesya membesar.

Semoga Qalesya jadi anak yang baik.

Mami sayang Qalesya.

Ayah juga.

Kami sayang kamu.




12 comments:

  1. selamat hari ulangtahun Qalesya..jadi anak yg solehah ok :)

    ReplyDelete
  2. selama hari lahir baby Q...ihiks. dah besar dah. dari aunty D..

    ReplyDelete
  3. hepi bday baby Q!!!!
    :)

    rambut die mmg lmbt pjg ek..?

    ReplyDelete
  4. baby Q...happy bufday.. dah genap setahun Q dah...

    sekejap jer kan ..rasa setahun ni...mcm baru semalam jer first time tgk muka dia kan...

    ReplyDelete
  5. So sweet....Hepi Birthday Baby Q....nnt jumpe bole main ngan abg afiq n afif yea....:)

    ReplyDelete
  6. entah mengapa.. ku mengalirkan air mata melihat.. membaca entri ini..
    tersentuh di hati kecil ini...

    khas untuk baby Q juga..
    semoga segala pengorbanan ibu mu ini di kenang hingga ke syurga.. betapa ibumu bertarung dengan nyawanya untuk melahirkan kamu.. =) semoga kamu membesar dengan baik..menjadi anak yang solehah.. kebanggaan ibu dan bapamu.. sesungguhnya kamu anugerah yang tak ternilai harganya buat ibu bapa mu...

    muakss to baby Q... =)

    ReplyDelete
  7. happy beday qalesya ~!

    ReplyDelete
  8. glad i was there...almost all the time..
    happy birthday gurl.. paklang syg kamu..

    ReplyDelete
  9. happy birthday qaleesya..comeinya dia...:)

    ReplyDelete
  10. muka x berubah q..:)
    comellllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll sgt!! jatuh cinta auntie sama Q...jatuh sayanggggggggggggggggggggggggggggg byk2 sgt..;)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...