akhir-akhir ini,
mak banyak berfikir.
banyak.
berfikir.
mungkin itu juga salah satu sebab mak selalu sakit ye dak?
mungkin itu juga salah satu sebab mak selalu naik darah ye dak?
wah.
bila dalam kereta, kadang-kadang mak memandu.
kadang-kadang mak jadi boss.
mak lebih suka memandu, sebab mak akan berjaga.
sebab kalau mak jadi boss, mak akan tidur.
tidur dalam kereta adalah tak cool oke.
satu kerana bila terjaga, muka suami mak macam incredible hulk sebab tak puas hati mak boleh tidur dan dia kena berjaga. muka sedemikian boleh mengundang balah yang lama. sekian.
dua kerana bila tidur, mak tak dapat nak perhati keadaan sekeliling. mak tak dapat lihat perangai kereta sebelah. mak tak dapat mengomen cara kereta hijau tu bergerak. tak dapat.
jadinya, kesimpulannya, in a nut shell kata, mak suka memandu.
ada satu hari, mak memandu.
mak rasa macam semua dah gila.
semua memandu secara tak keruan.
yang kiri nak masuk kanan, tak bersignal.
yang depan kereta melilau-lilau.
yang belakang bagi-bagi lampu nak laju.
yang kanan memandu perlahan bagai memandu pada lane kiri.
pernah sekali, semasa dalam trafik jem, mak terpandang rear mirror.
kereta belakang, pemandunya perempuan.
dia menyanyi. penuh perasaan. mimik muka siap segala. mulut besar (nyanyi lagu ning baizura kot).
mungkin cara dia hilang bosan waktu jem.
mak?
pernah gelak seorang bila dengar DJ HotFM buat lawak.
mesti ingat mak gila gelak seorang.
oke. ini bukan advetorial untuk HotFM.
sy suka jadi boss!
ReplyDeleteboleh tdo!
hahaha
saya juga suka jadi boss...
ReplyDeleteboleh tido pakej ngan mengigau siap! driver kata comel! oh suka suka... :p
sama la..suka drive jgk..waktu drive je yg boleh diuji tahap kesabaran ni setinggi mana..hehe :)
ReplyDelete