Tabungan

30 January 2013

Bila peminat nombor satu bertanya, hati jadi goyah.

Ya. Aku tutup blog. Kononnya tak mahu menulis lagi. Kononnya-lah. Sepanjang blog ditutup, tangan asyik gatal nak menaip. Maka sibuk meluah kata di Twitter saja. Tapi hati tetap tidak puas. Dah hampir 5 tahun bersama blog ini, takkan mudah aku lupakan ia begitu sajakan.

Sepanjang blog ditutup, ramai yang bertanya, kenapa blog tak boleh dibuka. Ada yang DM di Twitter, ada yang PM di Facebook, ada yang SMS, ada yang hantar e-mail, ada yang WhatsApp. Owh terharu gila aku. Rupanya blog picisan ini ada pembacanya tersendiri. Tapi, aku tetap kental menahan, tak mahu juga menulis lagi.

Hinggalah semalam, peminat nombor satu ini bertanya secara muka ke muka perihal blog ini.

Peminat : Awak masih tutup blog?

Aku : Haah, kenapa?

Peminat : Tulislah semula, saya nak baca.

Okey, disebabkan dia, aku menulis semula.

Lantaklah apa yang kamu semua ingin fikirkan tentang penulisan aku ini. Riak? Takbur? Angkuh? Sombong? Itu semua pertimbangan kamu. Aku begini seadanya. Aku bukannya orang kaya yang perlu angkuh sepanjang masa. Aku bukan perempuan cantik yang riak dengan kecantikan sendiri. Tidak. Aku tak punya apa. Jadi aku sendiri tak pernah jumpa apa-apa sebab untuk riak, takbur, angkuh dan sombong dengan apa adanya.

Terpulanglah ya kawan-kawan. 

My name is Wanita, and this is my story...

p.s.
Lima hari tak bertemu Encik Suami, bila pulang ke rumah, beliau hadiahkan saya jam ini. Hati dah lama terpaut pada jam sebegini, bertali emas dan digital. Sejak tengok drama Adam dan Hawa. Perasan tak adik Ain Hawani, Eja pakai jam begini. Jadi bayangkanlah berapa lama aku mengomel mahukan jam sebegitu. Alih-alih dapat pula *senyum*.

saya hanya ingin sedikit ruang bagi saya mengucapkan rasa terima kasih saya pada Encik Suami kerana belikan jam ini buat saya. Ini bukan riak. Okey?




3 comments:

  1. Cantekkkkk..!
    Bestnye dpt apa yg dihajati =)

    ReplyDelete
  2. Welcome back...! Romantika..romantika... Ala comei comei...kicap nak.. kicap..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...