Aku berada di sana.
Berada di Pahang saat air mulai naik ke seluruh Kuantan.
Aku tak tahu aku dikategorikan sebagai bertuah atau malang kerana merasa pengalaman begini.
Ya, sekurang-kurangnya aku nampak penderitaan mereka dan bersyukur dengan keselamatan yang tiada henti diberikan Tuhan kepada aku dan rakan-rakan saat air naik itu.
Aku juga pasti, keselamatan aku dijamin atas doa-doa orang-orang disekeliling aku.
Doa tanpa henti dari ibu dan ayah aku -- yang tak henti-henti menelefon tanya aku di mana.
Doa tanpa henti dari suami -- yang sedih bila tahu aku terperangkap di Kuantan.
Doa tanpa henti dari adik-beradik -- yang main-main dengan aku bahawa Kuantan bakal jadi bandar macam dalam Silent Hill (banyak sangat main game abang aku ni)
Aku yakin, selamatnya aku di atas awan yang tak tahu boleh turun mendarat atau tidak, dijamin oleh doa-doa tersebut.
Mendarat sahaja aku di KLIA, nampak sahaja Qalesya dan Suami yang setia menanti di pintu balai ketibaan, buat aku sebak, buat aku menangis, kebesaran Allah -- aku selamat dari terus terperangkap di Kuantan.
Melihat sahaja muka Qalesya, dipeluk suami di tengah-tengah orang, buat penat di bahu aku terbang di bawa angin.
Selepas seharian bermesyuarat dan mengharung air, aku masih gagah memandu kereta pulang ke rumah dari KLIA ke Semenyih. Suami beria-ia mahu pandu, tapi aku kasihan pada dia dan Qalesya yang menunggu aku di KLIA dari jam 7 hingga 12 malam. Jadi, biarlah aku pandu. Melihat mereka tertidur di sebelah aku, buat aku tersenyum sepanjang jalan.
Saat aku sampai di rumah, saat aku baring di atas tilam, aku peluk Qalesya. Aku masih tak percaya yang aku dah melalui satu hari yang dasyat.
Menaiki kapal terbang, menuju ke negeri yang sedang hujan lebat -- mencari bala. Kapal terbang tak dapat turun mendarat kerana cuaca yang teruk, maka berlegarlah kami di atas awan. Sekejap-sekejap kapal terbang bergegar, mengundang jerit kecil dari para penumpang -- aku? hanya mampu tutup mata dan ingat pada Dia.
Aku tak pasti berapa lama aku di atas awan, yang aku tahu keadaan di atas sana -- yang aku nampak hanya putih awan -- putih seputih-putihnya -- bercahaya terang -- putih -- sampai aku berbisik, aku dah mati ke? -- kenapa yang aku nampak hanya putih.
Tiba-tiba pilot mengumumkan bahawa ada sedikit masalah dan kapal terbang tak dapat mendarat lagi dan akan terus berada di atas awan. Pilot sendiri semasa mengumumkannya, suaranya kedengaran gugup. Ya Tuhan, pilot pun gugup. Kami??
Aku tak tahu bila -- tapi tiba-tiba kapal terbang bergegar dengan kuat, ke atas ke bawah ke kiri ke kanan gegaran -- dan aku dapat rasa tujahan ke bawah -- aku terfikir nak terhempas ke? aku hanya mampu tutup mata, dan mengucap.
Tiba-tiba, terasa hentakan dan aku nampak landasan. Kami mendarat! Para penumpang bertepuk tangan. aku? aku nangis. ok sekian!
|
masa sampai |
***
silap, tak habis lagi.
aku tak habis lagi penat sebab takut masa mendarat tadi. bila Bob, driver Pahang datang ambil aku, katanya jalan dah mula dinaiki air.
Memang ya -- sepanjang jalan, kiri dan kanan air mula naik. Kami terus ke Cherating -- dan sepanjang jalan hujan turun dengan lebat. Bob bawa dengan perlahan -- sebab kami tak nampak langsung jalan. Tapi tuntutan tugas, buat aku dan Bob gagahi juga ke Cherating.
Habis meeting dalam pukul 1.00 tengahari, kami makan dan aku mula berkira-kira untuk pulang. Tapi boss aku sempat pujuk untuk stay di Cherating kerana hujan lebat. Tapi aku bertegas mahu pulang kerana aku datang sehelai sepinggang tanpa bawa baju lebih.
Aku pula tengok Bob dah mula resah mungkin teringatkan anak-anaknya di pejabat.
Jadi aku pergi ke Bob dan aku kata, 'kita balik ke Kuantan dulu, apa-apa hal kita dah di Kuantan'.
Dan pengembaraan aku bermula.
Bob pagi itu dah tergerak untuk pindahkan anak-anaknya (3 bulan seorang, 3 tahun seorang) ke pejabat. Kawan-kawan di pejabat yang tolong tengokkan anaknya.
Jadi, aku rasa hatinya memang kuat dan tabah untuk balik ke Kuantan dan meredah banjir kerana teringatkan anak-anaknya.
Okey, ini alah satu video pada pagi itu masa kami on the way nak ke Cherating.
Aku terpaksa keluarkan video banjir ini satu persatu sebab -- entah aku pun tak tahu kenapa, bila aku nak upload dia kata error. So aku akan keluarkan one by one ya. jangan bosan hee.
ini waktu nak pergi Cherating.
hujan lebat tanpa henti.
***
and i came back for this smile.
|
muka bangun tidur :) |