Tabungan

28 March 2010

Selamat ditebuk!!

sekarang berada di hospital.
ditemani Encik Nazri yang setia.

ya. aku telah di'tebuk'.
3 tempat di sekitar perut.
hanya untuk membuang sista si penyebab sakit.

masih sakit.
masih sengal.
masih penat.
tapi aku redha.

bila difikir-fikirkan.
apa yang aku minta.
itu lah yang aku dapat.

sejak Isnin lepas.
setiap kali selepas sembahyang,
aku luang masa untuk sembahyang hajat.

hajat aku.
hilangkan sista.
lindungi kandungan ku.
namun tetap aku terima segala kemungkinan dariNya.

hari Sabtu.
hari yang dijanjikan.
kata doktor aku patuhi.
sista harus dibuang.
jika tidak pecah didalam perut dan bertambah-tambah masalah.
dan katanya lagi.
kandungan ku harus dibuang juga kerana berada diluar rahim.

tak putus-putus dugaan.
menangis lagi.
malu lagi.

malu pada Encik Nazri.
tak habis-habis menyusahkan dia.
tapi dia.
sangat kuat.
tidak pernah menunjuk rasa sedih.
hanya tersenyum dan mengatakan semuanya OK.

dan petang itu.
aku dibedah.
pembedahan itu dirakam sepenuhnya.

dan hajat aku untuk dihilangkan sista telah dimakbulkan Tuhan.
walaupun sakitnya Dia saja yang tahu, tapi tetap Dia makbulkan dalam apa cara sekalipun.

dan hajat aku yang satu lagi.
kandungan aku dilindungi, turut dimakbulkanNya.

kandungan aku berada elok didalam rahim.
masih kecil.
awal kandungan.
maka doktor tidak membuangnya memandangkan keadaannya baik saja.

Alhamdulillah.

namun tetap.
aku masih meletak ruang didalam diri untuk menerima segala kemungkinan di masa hadapan.
namun tetap.
aku redha dengan segala ketentuan dariNya.
kerana itu saja yang aku mampu lakukan setelah apa yang berlaku.

aku juga mohon perlindungan buat mami tersayang kerana bekejar dari Ipoh sebaik mendengar perkabaran pembedahan ku.
kalut.
itu saja mampu aku luah.
tapi.
melihat wajah dia sebaik saja sedar dari lena, buat aku terasa seperti kanak-kanak berumur 5 tahun.
gembira tak terkata.

dan Encik Nazri.
yang penat tidur di bangku kayu ditempek senyum ketika tidur.
sayu aku lihat penat dirinya.
tak mampu aku balas pengorbanan mereka.

buat adik ku fairoz dan abang ku faizal yang membawa mami ke sini.
buat adik ku putri yang menemani mami ketika hati nya kacau bilau.
tak terbalas kerisauan mereka.

semua udah selesai.
perut ku masih sakit.
jangan buat aku ketawa.
kerana itu mengundang rasa sakit. :p
jangan bagi aku rambutan.
kerana batuk menarik semua urat perut ku. :p

aku diberi cuti sakit selama 4 minggu.
bagi memastikan perut aku sembuh sepenuhnya.
dan bagi memastikan kandungan ku membesar dengan baik :)

terima kasih di atas perhatian kalian.
terima kasih di atas doa kalian.
tiada apa yang lebih baik dari doa-doa kalian.


p/s ~
ngeri tengok video pembedahan.
sista itu sebesar penumbuk.
bagaimana boleh berada dalam perut?

Alhamdulillah syukur pada Tuhan bahawa aku masih bernyawa :)

18 comments:

  1. wanita...salam hujung minggu

    semoga awk bertambah baik...jaga diri baik2x...semoga cik abg dan keluarga selalu menemani awk...

    ayu doakan kandungan tetap sihat dan membesar dengan baik,,,,

    ayu puji ketabahan awk...keep smile

    ReplyDelete
  2. kak..
    sabar ye kak..
    saya baru bukak blog akak ni..
    tertinggal citer..
    semoga akak baik2 saje..
    semoga baby akak kuat..

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..
    selamat wanita wat tebuk.
    lps ni smoga xde lagi halangan yg akan menganggu perjalanan wanita..
    selamat dpt baby!!he3

    ReplyDelete
  4. kkak te..

    mg kuat n trus tabah

    sayang akak

    indeed!

    ReplyDelete
  5. k.ita, meera doakan k.ita sehat2...
    semoga k.ita n baby sehat dan k.ita dapat jady mommy n meera jadi aunty..haha..

    ReplyDelete
  6. Patutlah saya mencari jiran didepan bilik saya tiada! Saya mcm tertanya2 sekarang. Nasib baik kita berjiran juga di BLOG. Dapat juga tau tentang kamooo!

    Kamoo semoga cepat sembuh ye. Rajin makan ubat. Jangan Stres-stres. Dan sentiasa sihat hendaknya! Semoga tabah dengan pelbagai dugaan ok. Insyallah ada manisnya nanti.

    Senang sentiasa ceria ok. Sumpah kamoo chumel :)

    ReplyDelete
  7. puan wanita yang tabah...kite kenal awak dari dulu seorang yang tabah...jadi terus tabahkan diri anda ye...doa banyak2...semoga segalanya berjalan dengan baik...jaga diri baik2..kim salam kat mami...putri..adik...ngan abang ye..
    pesan sama nazri..kite suruh jaga ita elok2 tau..pape hal kite cr dia dulu...hehehhehehe....
    semoga selepas ni kite semua hanya tersenyum kan...tiada lagi kesedihan...aminnnn...!!!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah sis....
    syukur segalanya...
    doa kan terbaek buat sis...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah semuanya sudah selesai jga kesihatan semoga selepas ini semuanya bertambah baik...

    ReplyDelete
  10. smoge akk akn sembuh!!
    jg kandungan bebaik ea...
    take care akk...
    u such as a very lucky person...
    hargai yg trsyg ea...
    hehehe

    ReplyDelete
  11. tiap satu dugaan pasti ada hikmahnya..jangan pandang yang sekarang tapi yang akan datang.
    tahniah kakak kamu mengandung:)jaga diri baik baik yaa..saya doakan kandungan akak itu selamat dan sentiasa dilindungi:)

    ReplyDelete
  12. kenapalah aku terlepas semua ni?
    Maaf ye Te,
    terlepas pandang!!

    Jaga diri okey!

    ReplyDelete
  13. Kalau Tedi terlepas pandang Akak terpejam mata selama beberapa hari agaknya...namun...after talking to you....I know you will be fine....& the baby too....GET WELL SOON!

    ReplyDelete
  14. hurm..
    alhamdulillah kandungan sis ok..
    semoga sis n bby dlindungi n dberkati sll..amin..
    bykkn bsbr ye sis..
    setiap ksakitan e2 ada hikmahNya..

    ReplyDelete
  15. salam.. baru hari ni dapat ke blog awk... cerita dari awk pun kt dengar tak abis2 lagi... ape pun kita doakan yang terbaik untuk awak.. insyallah segala-galanya akan selamat.. bykkan berehat... ALLAH sentiasa melindungi hamba - hambanya yang sabar dan tabah.. kita sayang awk...

    ReplyDelete
  16. kuatkan semangat yer..
    mungkin ada hikmah disebalik semua nih...
    Semoga cepat2 sembuh

    ReplyDelete
  17. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmat nya. hadapi dengan senyuman ok.. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...