Tabungan

12 November 2010

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 1

yakin sangat lah zaman dulu?

tak la dulu sangat.. *senyum*
sekadar nak mengimbas masa mula-mula disahkan mengandung dulu.. *senyum lagik*

masa kandungan yang pertama, sangatlah mencabar. hmm. mencabarkah? mencabar la juga. ^-^
masa itu, aku dah tak datang bulan mengambang selama 3 bulan lebih.
tapi masalahnya, bila buat ujian air kencing memang negatif.
akhirnya aku dan suami buat keputusan untuk pergi ke hospital untuk buat cek-up.
masa itu aku memilih untuk pergi ke hospital Kuala Lumpur.

biasalah kalau dah namanya hospital kerajaan, memang dari mula letak kad dah berjam-jam menunggu.
dah hampir sejam menunggu, baru dipanggil nama, itu pun rupa-rupanya sekadar untuk diberitahu bahawa aku diletakkan dalam perjumpaan yang seterusnya dalam masa 2 minggu lagi. *gila*

masa itu memang kecewa betul. memang keluar muka masam mencuka kedua-duanya. baik aku dan encik nazri.

tapi, 2 minggu kemudian, kami tetap datang semula.
dan selepas menunggu berjam-jam lagi, akhirnya dapat berjumpa dengan doktor.

masa jumpa, doktor tu sedikit pun tak pandang aku.
aku ceritakan semua simptom.
tak datang bulan.
selalu kencing malam.
perut macam buncit sikit.
dan tanpa pandang muka aku, dia suruh aku  buat ujian air kencing.
dan seperti yang dijangka, negatif lagi. kecewa lagi.
masuk semula bilik doktor.
dan paling tak boleh lupa.
dia kata pada aku.
'you makan banyak, memang la perut buncit'
O.M.G.
sadis.
boleh dia kata begitu pada aku.
dan seterusnya, dia beri aku pil perancang keluarga dengan tujuan untuk buat aku kembali datang bulan.
aku sangat sangat sangat kecewa dengan layanan tersebut.
aku keluar dengan muka masam mencuka, sekali lagi!
aku memang tekad takkan ke HKL lagi.

besoknya aku ke pejabat, berkongsi cerita tersebut dengan kawan-kawan.
mereka memberi cadangan agar aku pergi membuat imbasan *scan* di klinik swasta.
aku bersetuju. dan aku tak tunggu lama. petang itu juga aku ke klinik.
izinNya, memang benar aku mengandung, 5 minggu!
nasib baik aku tidak ambil pil perancang yang diberi doktor HKL itu. nasib!

namun kisah gembira tersebut tidak lama, sebulan kemudian, aku pergi membuat pemeriksaan di klinik yang sama, tetapi aku disahkan keguguran.
kandungan ku berhenti membesar ketika umurnya 6 minggu tanpa aku sedari.
aku dinasihatkan agar membuat DnC.
dan aku dirujuk semula ke HKL.
berdasarkan kisah silam, aku menolak dan memohon agar dirujuk ke Hospital Selayang.

petang itu juga aku terus ke Hospital Selayang dengan harapan agar boleh melakukan proses DnC tersebut dengan segera. malangnya, aku sekali lagi diletakkan temu janji 2 minggu lagi. gila! janin sudah mati didalam. diletak lagi temu janji 2 minggu? apa hospital kerajaan semua begini?

kecewa dengan tindakan hospital tersebut, aku dan suami terus ke Ampang Puteri. berjumpa dengan Dr.Bee Hang Wing.satu-satunya doktor gyne yang bertugas hari itu. dan aku terus diminta untuk datang keesokan harinya untuk proses DnC. aku ceritakan apa yang terjadi di Hospital Selayang, dan nyata dia kecewa kerana katanya janin tersebut sudah tidak bernyawa selama 3 minggu, jika dibiarkan rahim ku akan rosak dek asid yang dikeluarkan janin tersebut. MasyaAllah.

maka, keluarlah duit ribuan di situ, hanya kerana hospital kerajaan menolak kes-kes bodoh macam kes aku ni!

selepas proses itu.Alhamdulillah, rezeki datang lagi. aku disahkan mengandung, 2 bulan kemudian ^-^

yang itu, aku cerita dalam entri lain ya. perut sakit. mohon direhat.

p/s~
sat sat mami baring la ni.
ihiks ihiks.

12 comments:

  1. Alhamdulillah murah rezeki kan, tapi memang tak patut, hospital2 tersebut. Lega u comment, I rasa teringin sgt nak makan angin, lepas geram dlm blog ler hehehe... tapi sibuk dgn baby, tapi best Alhamdulillah n mengidam baby girl pulak. U dah brp bulan?

    ReplyDelete
  2. moga kali nieh la mase nye...
    dimurahkan rezeki...
    semuanya selamat...
    ameen...

    hospital kerajaan...
    n semua berkaitan kerja kerajaan...
    kebanyakkan nye suck....

    ReplyDelete
  3. sbb tu sy xmo kje hosp krjaan t...opssss...
    jhtnyer...
    tp family suh kje gak if dpt interview..

    npe lar pgurusan cm2...
    bkn nk jg nyawa org nmnyer...

    ReplyDelete
  4. saya pun penah kene dengan hospital kerajaan dan semi kerajaan.same jugak cmtu.

    i found a lump in my breast the i do checkup.

    tapi bodohnye kene tunggu berbulan2 bukan utk operate but utk scan saje.

    demiit kan?=+=

    ReplyDelete
  5. hampeh tul hosp kerajaan..huh..ok nanti sambung ye

    ReplyDelete
  6. salam kenal,
    kunjungan balas... ok, now i dah folo u.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam.... kucing kat sebelah tu sama cam kucing saya... hehe.. terubat rindu...

    ReplyDelete
  8. salam kakak..
    selamat mengandung buat kakak..
    semoga kakak sentiasa ayu ketika mengandung..

    ucapan mengandung ini dibawa oleh alvin yg tak mengandung..

    ReplyDelete
  9. salam kak yng cek tu doc ke dog..nak gaji saja

    ReplyDelete
  10. babypose ~ Alhamdulillah dah 37minggu, tunggu masa je fren :) kiter baby girl, so nnt try untuk boy la plak :p

    ms ~ ye la dik, frust kakak :|

    nana ~ tu la dik, kakak tak paham? takkan la pengurusan diorang mmg gitu? sangat2 tak paham..

    shema ~ aduyai, berbulan2 dik? tgk, bahaya tu, still berbulan2...

    miss ~ oke dik nak sambung dah nihhh :p

    mLD ~ thanks fren :)

    dwaty ~ kucing awak dah takde yer? sowi :| salam kenal :)

    alvin ~ adik!!!!!! bz eh skarang, thanks ya!! :p

    brutalsolo ~ itu la pasai.. its all about money ONLY!

    ReplyDelete
  11. memang akak...
    dah xyah frust...
    akak kene kuat jew skang....

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...