Tabungan

30 April 2013

Pernah dengar Prettyqalesya.com tak?

Kalau Zalora, mesti kau orang biasa-kan?
Apa kata Fashion Valet? Lagi biasa kan.
Zawara? Erm biasa sangat.

Tapi, pernah dengar Prettyqalesya.com tak?

Sekarang ni tak pernah. Tapi, nanti-nanti kau orang akan biasa. InshaAllah.

Aku sekarang sedang menaik-taraf butik atas talian kepunyaan kami suami isteri.
PrettyQalesya sebelum ini hanya bergerak di laman blogspot dan facebook.
Walaupun hanya bisnes kecil-kecilan, aku berpuas hati dengan jualan dan permintaan yang sentiasa ada daripada pembeli semua.

Disebabkan itu, aku terfikir untuk buat kemas-kemas web aku, up-grade, make-up, cantik-kan agar lebih ramai membeli dengan aku.

Dan konsep Zalora, Zawara dan Fashion Valet menjadi pilihan aku.

Di Prettyqalesya aku ada menjual pelbagai jenis pakaian, dari rambut hingga ke kaki (bukan hujung kaki kerana aku belum jumpa supplier untuk kasut dan sebagainya *-*), dan sudah tentu aku masih maintain dengan haruman Victoria's Secret (aku jual gred AAA, harap maklum).

Di Prettyqalesya juga ada aku jual produk kesihatan SHAKLEE kerana ya, aku memang pengedar Shaklee yang sah.

Kini web aku masih dalam pengemaskinian dan sedang disusun stok-stok, inshaAllah awal bulan Mei, ada soft-launch untuk butik online kami ini.

nantikan ya!! Mode business is on baby!!

Moh membeli-belah dengan Prettyqalesya ya!!

sedikit teaser untuk rakan-rakan!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.































.
.
.
.
.
.
.
.
.



































amacam oke tak?





hik hik.






21 April 2013

betul ke ni? esok?

ini adalah Sticky Entri.
sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.
kalau ada.
hahahaha.
 
 
 
 
 
 
 

20 April 2013

sikit saja lagi. tak sabarnya nak bagitahu.

ini adalah Sticky Entri.
sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.
kalau ada.
hahahaha.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

19 April 2013

Dah dekat dah!!

 
ini adalah Sticky Entri.
sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.
kalau ada.
hahahaha.




Tunggu saya tak?

 
ini adalah Sticky Entry ya anak-anak.
untuk entri terkini, boleh tengok di bawah
:)








18 April 2013

Casa del Rio - Melaka

Looking for a hotel in Melaka?
Looking for a hotel that can give you the feeling of 'home sweet home'?
At the same time you are looking for something historical yet adventerous.
Then I would like to suggest Casa del Rio in Melaka.



-senyum-



waduh intro tak menahan!

haha.
tapi betul, kalau jejak saja kaki ke Casa del Rio, amboi! feeling tourist terus mai. haha.

Secara peribadinya, aku mahu datang semula. Sebab semalam aku datang bukan untuk bermalam pun, cuma dapat tumpang sekejap di bilik kawan dan perasaannya................sangat best!!

Okey, kita mulakan saat aku jejak kaki ke Casa del Rio kay.


Masa aku mula-mula sampai, tiada orang yang sambut. Tiada orang dekat tangga (tak ada pintu sebab dia buat konsep open space). Tapi bila mula masuk ke ruang legar, dah ada dua tiga staff yang menyambut, tolong angkat beg, nak teman sampai ke bilik. Oke servis dah nampak OK.

Aku terus ke bilik mesyuarat sebab slot aku start pukul 11.00 pagi yang mana masa aku sampai ialah pada pukul 10.30 pagi.

Sepanjang perjalanan aku ke bilik mesyuarat, aku mengamati konsep rekaan mereka. Memang sangat vintage. Sangat antik. Sangat ke-portugis-an. Which is sangat classical dan sangat elegan. Aku tak tahu nak kata apa lagi tapi memang super cantik konsep mereka.

Dan kat sana, wangi sangat!! Mana-mana ceruk pun, bauan memang sangat penting kat sana. Memang rasa tenang sokmo!!

Bilik mesyuarat tiada masalah. Facilities okey. Sesuai untuk buat meeting ya rakan-rakan kerajaan :)

Makanan. Not bad. Cuma pada aku tak banyak pilihan. Aku pun tak makan banyak. Sebab rasanya macam semua lauk biasa saja, tak ada yang wow untuk aku cuba. Aku lupa nak tangkap gambar makanan!! Grrrr.

Bilik.
The best part!
Yelah, bagi orang yang memang mencari keselesaan semasa travelling, bilik tidur adalah penting. Bagi siapa yang backpackers, memang tak kisah pasal bilik. Cuma aku kalau travel, biarlah duduk sekejap pun, aku memang suka kalau bilik adalah selesa.

Dan bilik mereka ternyata selesa.
Besar oke biliknya.
Bathroom dia amboiiiiii besar gila, boleh buat satu bilik lagi sebenarnya hik hik.

Dan apa yang aku jumpa dalam bilik adalah ini.





apa istimewanya buku ni?
oke tengok gambar dibawah.




fahamkan. buku ini khas untuk tetamu yang menginap di bilik tersebut untuk ceritakan pengalaman menginap di Casa del Rio dan pengalaman mereka di Melaka secara keseluruhannya.

aku tak buang masa. aku pun sibuk nak titipkan sesuatu untuk Casa del Rio!



haha. sibukkan. tulis ID instagram paling tak boleh blah. hehe.

dalam bilik pun aku tak berapa tangkap gambar sangat sebab bukan bilik aku kan. maafkan aku. haha. tapi no worries, at the end of this entry, I will put a link to Casa del Rio kay!

Okey, sebelum pulang, aku naik ke rooftop sebab kat atas ada swimming pool. Aku pun macam, pergh sempoi gila swimming pool kat atas rooftop. Aku pun macam...owh so aku silap, kat bawah tu bukan swimming pool. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

okey, ini gambar 'swimming pool' kat bawah.



macam swimming pool kan! don't blame to be this stooopid. hahahaha. blame the pool! haha.


 




dan ini pemandangan di the real swimming pool atas bumbung!!




dan apa yang ku  nampak di Melaka!!!??


a ship??
hahahahahaha...


okey la. nak balik dah. naik bot jer. babaii!!





Casa del Rio, Melaka 88, Jalan Kota Laksamana 75200 Melaka Malaysia Tel: +60 6 289 6888 Fax: +60 6 289 6999 Email: reservation@casadelrio-melaka.com





13 April 2013

Pregnant.

Aku, bila badan rasa tak sedap, bila perut rasa sengkak, mulalah fikir macam-macam. 

Pregnant ke?

Kalau betul, separuh hati kata - tolonglah memang pregnant.

Tapi separuh lagi hati kata - janganlah, janganlah pregnant. 

Aku bukan apa. Aku bukan tak sedia. Sedia. Memang sedia sangat. Setiap kali tengok Cha main seorang diri, rasa sayu sangat. Sepatutnya dia dah ada kawan untuk main.

Tapi, aku tak boleh nak pregnant lagi. Duit tak cukup. -sedih-

Ramai yang kata - mengandung saja, rezeki akan datang bersama anak. Benar. Aku setuju benar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (bersatunya sperma dengan ovum), kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah) seperti itu pula. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) seperti itu pula. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan roh di dalamnya, dan diperintahkan untuk menulis empat hal, iaitu menuliskan rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya..." (Hadis Riwayat Bukhari)

Anak yang dianugerahkan olehNya datang dengan 4 perkara dan salah satunya ialah rezeki. 

Ya. Benar. Tapi aku sebagai ibu, mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak aku dan Dia tahu itu. -senyum-

Tak apalah. Jika ada rezeki dan yang paling penting diizinkan olehNya, mengandunglah aku nanti.

Kalian selalu tanya bila aku nak mengandung lagi---kan?

Aku lagilah tak sabar nak mengandung lagi.

-sengih-

Okeylah.

Selamat malam.

Assalamualaikum.




Sent from my iPhone

12 April 2013

Orang sakit tahap kesabarannya memang senipis bawang tau!

Salam.

Perkara utama yang kalian patut tahu pada hari Jumaat yang mulia ini adalah - aku MC.

Maka untuk mendapatkan MC, wajiblah kita ke klinik ye dak. Takkan ke Tutti Fruti pula.

Pagi tadi, ingatkan nak hantar Cha ke Taska dan balik terus singgah ke klinik. Tapi tak jadi sebab bila tengok muka dia tengah tidur tu, teringat hari yang aku tinggalkan dia sampai pukul 12 malam baru ambil tempoh hari. Ya! Rasa bersalah aku tak habis-habis lagi. Jadi aku decide untuk patah balik ke Semenyih dan pergi klinik bila Cha dah bangun.

Elok saja sampai rumah, dia bangun sambil sengih-sengih bila tengok aku ada di sebelah dia. Aku pun mandikan dia, siapkan dia dan keluar balik pergi klinik dekat rumah saja.

Aku tak tahulah kenapa hari ni doktor tu bad mood. Seingat aku, doktor ni baik orangnya. Sentiasa senyum. Tapi tadi, dia tak senyum langsung. Cha tegur-tegur dia pun dia masih buat tak tahu saja.

Ke dia ingat aku ni saja-saja nak ambil MC? Mentang-mentang hari ni Jumaat, dia ingat aku nak ngelat ke? Padahal memang aku tak sihat kot. Nurse kat klinik tu siap tak jumpa rekod aku sebab lama sangat tak datang klinik. Pfft. Ya, ini adalah MC pertama aku tahun ini. Aku pernah berazam tak nak ambil MC tahun ni. So, sudah punah azam itu hehe.

Selesai saja check-up, keluar, ambil ubat dan aku terus pergi kedai bersebelahan kononnya nak beli nasi ayam.

Aku tercongok kat sebelah stall nasi ayam tu, orang-orang kedai tu sorang pun tak pandang aku.

Aku dah la tak sihat. Tak larat nak berdiri lama-lama. Aku panggil sorang minah ni, tunjuk pada stall nasi ayam, buat muka paling haram dan sekadar mengangguk saja tanda ambil maklum. Pastu blah buat tak reti balik.

Diulang, aku tak sihat so aku takde masa nak layan muka macam tu. Aku tarik Qalesya dan aku terus pergi ke kereta. Bila aku dah sampai ke kereta, dengar dari belakang minah-minah pelayan kat situ kecoh-kecoh tapi sebab apa aku tak tahu. Lantaklah.

Nak bagi panas lagi, aku ambil kereta terus aku park kedai depan kedai tadi tu dan beli makanan kat situ.

Aku tengah tak sedap badan jadi kesabaran aku nipis senipis kulit bawang. Tunggu lama sikit pun jadi baran haha. Apalah ita ni.



Sent from my iPhone

05 April 2013

Nuffnang sangat manis!

Okay........

Nuffnang sangat sweet okay!

Mereka hantar reminder untuk semua nuffnangers supaya jangan lupa bayar cukai pendapatan.

Suweet.. :)




Sent from my iPhone



Pretty Qaleysa - Palazzo




okey.
 
Palazzo in dah house!!
 
 
Check it out di Pretty Qalesya OSBC ya :)
 


Jom jenguk Pretty Qalesya saya :)


Saya ada jual shawl.

Jemputlah jenguk blog Pretty Qalesya ya.

Petang skit kang, saya akan upload palazzo. Jadi kegilaan sekarang.

Jemput ya, singgah Pretty Qalesya :)

Teaser sikit..



ada banyak lagi.

jemputlah. jemputlah.

:)

03 April 2013

Orang berhijab, tak pandai speaking.

Pakai tudung, nampak kampung -- mungkin. Pakai tudung, nampak tak educated -- mungkin.

Haha.

Kenapa? Bila kita pakai tudung, kita akan nampak sedikit down-grade? Okey macam nilah. Aku rasa bertudung, nampak kampung sebab kalau kita pakai tudung, kita tak boleh pergi clubbing, kita tak boleh berjemur tepi pantai sambil pakai bikini atau even short pant, kita tak boleh nak menari joget lambak kat kenduri sebab nampak buruk bebenor.

Agaknya, itu sebabnya pakai tudung, nampak kampung dan a little bit nampak naif.

Jadi faham tak sekarang, kenapa hijabista itu wujud? Sebab nak mengelakkan pendapat-pendapat ni wujudlah. Bukan kerana nak berfesyen semata. Tapi kerana hendak nampak outstanding dan confident bila berada di khalayak ramai. Sekurang-kurangnya, bila kita well dress, kita tak rasa down berada dengan golongan bijak pandai ni. Aku ambil contoh, Maria Elena, Rina Salleh, Nur Sakinah dan yang aku paling admire Puan Dena Bahrin, ini semua wanita berhijab yang pada aku sangat-sangat pandai bergaya dan masih mengikut tatacara muslimah.

Bak kata Fynn Jamal, kalau semua orang nak jadi Siti Nurhaliza, siapa nak jadi Jaafar Onn? Eh?! Maksud aku, bolehlah nak admire orang, tapi..., still jadi diri sendiri lebih baik.

Eh apa aku melalut ni? Haha.

Oke so main point nya macam ni.

Pakai tudung tak semestinya tak boleh cakap omputih.

Macam tadi, aku kursus dan fasilitator dia deliver dalam bahasa inggeris. Tapi setiap kali dia pandang aku, usaha lebih nak translate pada bahasa melayu. Bila pandang orang lain, rilek ja cakap omputih.

Haha.

Rilek la encik fasilitator. Saya mungkin nampak bodoh, tapi saya faham apa encik cakap.

Saya nampak bodoh, sebab saya ngantuk, sedap sangat makanan kat hotel tu hahaha.

Peace!

Silap.










Aman --- !




Sent from my iPhone

Parlimen bakal bubar?

BN adakan mesyuarat khas esok

Kuala Lumpur: Tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan hari ini diperkukuhkan lagi dengan perkembangan terkini dan beberapa program yang dirancang oleh Barisan Nasional (BN) untuk beberapa hari akan datang.

Selain mesyuarat Kabinet hari ini yang dikatakan akan menjadi mesyuarat terakhir untuk penggal ini, BN akan mengadakan mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, esok.

Malam Sabtu ini pula BN dijangka mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan melancarkan jentera pilihan raya dalam majlis khas di Stadium Putra Bukit Jalil, membabitkan kehadiran kira-kira 10,000 orang dari seluruh negara.

Secara langsung di TV

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam mengesahkan mesyuarat khas BN akan diadakan esok, tetapi butiran majlis melancarkan manifesto hanya akan diputuskan dalam mesyuarat itu.

Namun, BH difahamkan persiapan majlis melancarkan manifesto dan jentera pilihan raya BN sudah diatur termasuk menyiarkannya secara langsung menerusi televi-syen.

Petanda Parlimen akan dibubarkan seawal hari ini semakin jelas berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet hari ini dengan pakaian berwarna gelap dan tali leher seragam warna merah untuk sesi bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sesi bergambar

Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet adalah kelaziman sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Sementara itu, ada yang menyatakan Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2013 di Brunei pada 25 dan 26 April, tetapi kehadirannya bukan kemestian kerana Menteri Luar boleh menghadiri persidangan itu seperti yang pernah diamalkan sebelum ini.

Berikutan itu, kemungkinan Parlimen dibubarkan hari ini atau selewat-lewatnya dalam tempoh beberapa hari akan datang makin hangat diperkatakan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian yang dijangka diadakan dalam bulan ini.



Sumber Berita Harian


P.s. sejak bila aku ambil berat pasal politik ni hehe.


Sent from my iPhone



02 April 2013

Kufur Nikmat

Setiap kali kita bangun tidur, kita bersyukur pada Tuhan kerana masih berpeluang untuk terus menumpang nafas di bumiNya. 
 
Setiap kali kita berdoa, kita mohon agar hari ini lebih baik daripada hari semalam. Kita mohon agar dilipat gandakan rezeki. Dipermudahkan urusan.
 
Aku tidak tahu apa doa kalian, tapi itulah doa aku, mohon agar dipermudahkan apa jua urusan.
 
Tadi aku terbaca satu status di Facebook, memohon agar dilipat gandakan rezeki.
 
Itu common-kan? Mohon agar dimurahkan rezeki. Tonggang tonggek sembahyang mohon untuk dimurahkan rezeki. Tapi apa jadi bila kita tidak mendapat apa yang kita mohon.
 
Rezeki kita diambil orang.
Peluang kita diambil orang.
Orang naik pangkat, kita masih dibangku lama.
Orang dapat ke luar negara, kita masih dalam bilik di pejabat tak bergerak ke mana.
 
Di situ hati mula marah. Kenapa-lah aku tak pernah bernasib baik? Apalah malang nasib aku diduga begini? Yang senang makin senang. Yang susah ni, sakit kepala fikir mana nak cari duit nak beli susu anak.
 
Di situ syaitan ni-rojim mulalah menyelit-nyelit dalam hati yang tengah panas. Ya -- marah pada takdir. Ya -- marah lagi. Apa guna sembahyang lima waktu kalau Tuhan tak tolong kamu. Nah! Jangan lagi buat semua tu, buang masa kamu, baik kamu pergi bersuka-ria. Kata syaitan ni-rojim.
 
Bagi hati yang lemah, yang tiada istiqamah, jalan  yang lurus mula berliku. Namun bagi hati yang kuat semangat, dilawannya syaitan ni-rojim tersebut dan terus berada pada jalan yang benar.
 
Aku pernah terfikir. Kita ini meminta itu ini pada Tuhan. Tapi pernah tak kita bagi apa yang Tuhan minta kita buat padaNya. Taat padaNya.
 
Kita hendak orang menghormati kita. Kita kena hormat orang dulu -- baru orang hormat pada kita. Sama juga konsepnya, beri apa yang Tuhan mahu, inshaAllah Tuhan akan beri pada kita apa yang kita mohon.
 
Ini tidak. Kita mohon Tuhan permudahkan urusan, murahkan rezeki, tapi kita sendiri leka dan lalai terhadap perintah dan suruhanNya. Solat lima waktu - lengah-lengahkan atau tak buat langsung. Disuruh tutup aurat - tapi ingkar.
 
:)
 
Aku ini, tak pandai menyusun kata. Aku dah tulis panjang-panjang, tapi tak tahu nak buat ending camanaaa. Haha.
 
Aku letak gambar sajalah ya?! :)
 
 
 
 

Nutriferon pula.

Kita orang perempuan ni ada satu masalah. Asal period saja -- moody. Asal period saja -- moody. Kadang-kadang tak boleh salahkan diri juga sebab...masa kita period ni la, hormon dalam badan tak berapa nak seimbang. Bila hormon dah kelibang-kelibu (bahasa aku), mulalah jadi moody tu.
 
Tapi jangan risau. Ada satu supplement, memang dah terbukti secara klinikal boleh mengurangkan simptom-simptom tu.
 
Selain daripada masalah kegelisahan (moody) tu tadi, supplement ni boleh membantu mengurangkan kekejangan semasa haid, sakit-sakit belakang, sakit payudara dan macam-macam sakit semasa period.
 
Tapi jangan salah faham, supplement ni, bukannya untuk orang perempuan saja. Tak tak tak. Supplement ni banyak fungsinya. Selain daripada untuk mengurangkan stress dan PMS tu tadi, supplement ni ada Interferon semulajadi yang mengandungi polisakarida yang mana ia merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
 
Dan untuk sesiapa yang mahu kelihatan muda (siapa tak mahu kan?) supplement ni membantu melambatkan penuaan.
 
Kalau baca semua kebaikan supplement ni, rasa macam hospital/klinik boleh katup, tak payah beroperasi-kan? Haha.
 
Kita hanya berusaha, yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah swt jua. Hanya dengan izinNya, inshaAllah usaha kita ini berhasil. Hanya doa dan tawakal mengiringi apa jua usaha kita kan.
 
Dari tadi asyik sebut supplement, supplement saja kan? Apa nama dia sebenarnya. Nama dia ialah Nutriferon :). Nutriferon ni paten eksklusif yang dipaten oleh Shaklee. Kedai-kedai biasa tak ada tau.

 
 
Jujur aku bagitahu, aku sendiri -- dulu -- tak tahu kebaikan Nutriferon ni. Maklumlah, kita sebagai ejen, takkan nak cuba semua kan? Tapi bila sendiri dah tahu, terus order satu untuk cuba. Alhamdulillah, setakat ini kalau selsema atau rasa nak demam, terus saja telan ini, dah kurang bergantung pada panadol.

Boleh juga rujuk pada testimoni-testimoni pengguna sedia ada. Macam kat bawah-bawah ni.
 
.
.
.
.
.
 
 

 




wallahu'alam.

jadi, sekali lagi -- apa kebaikan Nutriferon ek? mari mak rumuskan. meh meh.

1.  Mengukuhkan sistem imun.
2.  Melawan kanser dan tumor.
3.  Melindungi dari influenza.
4.  Meringankan stress dan kelesuan.
5.  Melambatkan penuaan.
6.  Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.
7.  Mengurangkan masalah berkaitan menopaus dan PMS.

inshaAllah.

Kalau rasa nak cuba, boleh hubungi saya Wanita Mutalib 017-2350404 atau e-mail saja ke wanita.abdmutalib@gmail.com inshaAllah mak boleh cuba bantu :)




saya bukan ah-long. saya cuma mahu no-long. hik hik.





 

01 April 2013

Manja

Masa aku menulis ni, Qalesya dah pun tidur. Sepatutnya, aku pun kena tidur, bukan senang nak tidur petang pada hari Isnin kan? Haha. Tapi malangnya, mata tak mengantuk. Mungkin sat-sat lagi ngantuk la teeeww.

Masa aku menulis ni pun, opah atuk palam dan masu dah pun on the way pulang ke Ipoh. Kalau ikut hati mengada gedik aku ni, memang aku dah bungkus balik sama. Tapi apakan daya, punya tugas di pejabat dan punya suami yang menunggu.

Aku pun tak faham dengan keluarga aku ni. Keluarga aku ni, manja, sangat manja, manja antara satu sama lain. Ya, kami memang sangat bergantug hidup antara satu sama lain. Mungkin kerana sejarah hidup kami yang penuh duka dari suka, maka bila dah besar, kami cuba create lebih kisah suka dari duka.

Macam mami (opah), memang dia sangat manja dengan kami anak beranak. Mungkin kerana dia membesar sebagai anak yatim piatu sejak kecil lagi, maka dia sangat manja dengan sesiapa saja yang boleh manjakan dia. Kasihan mamiku. Jangan risau mami, selagi kami hidup, manjalah berlebih-lebih dengan kami. Kami memang suka.

Macam tadi, Qalesya menangis bila tengok opah dengan atuk dah masuk kereta palam. Aku sebenarnya nak nangis juga tadi. Ikut hati memang aku nak saja balik ipoh dengan mereka. Tapi bila terfikirkan kerja, terfikirkan boss (gulp), terfikirkan itulah satu-satunya sumber rezeki, maka aku pun telan saja sedih tu, kuatkan diri lambai-lambai mami.

Sabarlah hati.

Sabarlah hati.

Sabar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...