Tabungan

09 October 2011

cantik itu subjektif.

seronok. seronok tengok perempuan cantik.

seronok tengok orang lelaki meng-usha perempuan cantik.

seronok tengok orang lelaki tertoleh-toleh 8 kali bila selisih perempuan cantik.

seronok jadi orang cantik kan?

iya. aku...bila tengok perempuan cantik, selalu bisik dalam hati - 'macam mana rasanya jadi orang cantik?'

sebab...maklumlah, aku tidak cantik.

dulu masa sekolah, ada ramai budak baya aku yang cantik-cantik. budak-budak lelaki berebut-rebut dan nombor telefon, berebut-rebut nak buat adik angkat, berebut-rebut nak buat girl-firend.

aku...cuma tengok dari jauh, sambil tolak spek mata atas hidung.

dulu masa zaman universiti, ada ramai pelajar cantik-cantik. abang-abang siswa berebut-rebut minta nombor telefon bimbit, berebut-rebut minta e-mail, berebut-rebut nak buat awek.

aku...cuma tengok dari jauh, sambil tolak spek mata atas hidung....lagi.

pernah sekali, masa aku naik pentas untuk ambil hadiah dekan, ada orang kata, owh itu Wanita, gemuk dan pendek.

ok. aku terima sebagai satu pujian. *walau hati dah berkaca-kaca pecah*

memang tidak pernah sekali dapat rasa jadi orang cantik.

jadi aku berbalik kepada soalan wajib aku, 'apa rasanya ya jadi orang cantik? macam mana nak jadi cantik?'

haha. iya. itu kelakar.

Tuhan sudah menetapkan rezeki masing-masing. sudah tertulis bahagian masing-masing. dan sebenarnya semua orang itu cantik. kerana cantik itu subjektif.

aku sering berkata pada suami, aku mahu jadi cantik. suami aku hanya menjawab, - awak memang cantik.

aku tidak mahu terima jawapan itu sebenarnya, tapi bila difikirkan bahawa cantik itu subjektif, maka aku terima jawapannya itu. mungkin suami aku ada definisi cantik sendiri.

mungkin benar aku cantik.

oke. sila muntah.

1 comment:

  1. dulu xder sape nampak cantek akak....
    tapi adik sentiasa nampak n rase cantek akak...
    sebab itu kamu jadi kakak adik...
    hanya kamu... <3

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...