Tabungan

30 December 2010

aku mahu menyibuk lagi.masih tentang elia gf khairul fahmi.hahaha.

update terkini.

alkisah.
pagi tadi aku masuk follower dia dalam 2000 lebih kurang.
jap tadi aku pi melawat sambil bawak pisang dua tandan, follower dia dah ada 3000 lebih dah dekat 4000.

hebat betul penangan piala suzuki aff.
hebat betul penangan khairul fahmi nih.

populariti membuktikan segalanya mungkin kan hee.
eh.baru perasan, aku tak follow lagi.
ayat berbaur jeles lagi. hee.

p/s~
bagaimana mahu glamer dalam masa yang singkat?
sila jadi gf orang yang glamer.
terima kasih.
hee.

p/s~
ayah sedara suami saya seorang pelakon.
leh jadi glamer tak tuh?
hahahahahaha.
letak gambar skittttt.

saya janji kalau saya glamer, saya takkan lupakan awak , awak , dan awak ...

hahahaahahahahahahahahahahahaha.

p/s~ sila faham.
saya sedang hepi kerana saya sudah habis pantang hari ini.
yeay!!!!!

tiba2 dia jadi rebutan ramai. saper lagi. khairul fahmi lah!!

ya. ya.
semalam secara terbuka. aku mengaku pada ayah aku yang aku suka khairul fahmi.
hahahahaa. dasar muka tak malu. laki kat kl tu nak campak mana hahaha.

tapi serius.
sedikit sebanyak, kejayaan si khairul fahmi menjaga pintu gol kita tu la yang buat kita menang semalam.
kalu takda si khairul fahmi tu, mengaku je lah, memang boleh kalah teruk kita.

jadi memang tak heran lah kalu populariti dia naik secara mendadak.
sana sini status fb pasti ada nama dia *termasuklah status haku hahaha*

dan yang paling banyak kena tempias, haruslah GF tersayang hee.
baru sat tadi jenguk blog dia.
katanya, dalam masa yang singkat followers jadi 1000+.
comment beratus ratus.
facebook ramai gila nak add.
perghhh.
memang feymes ames abis lah heee.

korang nak link dia.
takyah la.
aku pasti korangdah follow dia pun heee. ayat berbaur jeles. wakakakaka.

selepas di edit~~~
hah ini link dia weeee :p
tekan sini..


p/s~
erk, encik nazri.... bila nak jadi pemain golf ternama?
boleh saya jadi glamer macam bini tiger wood.
heee.

sana sini orang berkata tentang piala suzuki aff

salam 1 malaysia.
sari berita penting.

hari ini saya abis pantang.
hahahahaha.
akhirnya nok.
walaupun pantang yang tak berapa nak pantang, tapi berjaya jugak la mak abiskan pantang 44 hari ni hehe.
dan besok bolehlah menjalani gaya hidup urban seperti dedulu, walaupun kini kalau nak melepak a&w kena tarik bangku kecik tengah2, tak mengapa, mak rela nok heee..

dan besok, sempena meraikan habisnya pantang mak ni, PM kite dah umumkan cuti sehari. terima kasih PM kerana meraikan kemenangan saya yang berjaya menghabiskan pantang tanpa merungut walaupun sedikit.

apa ko ingat ko diva! PM nak raikan ko sebab habis pantang. perasan. hahahahha.

ya. ya.
semua orang sedang bercakap tentang piala suzuki aff tuh.
yang mana aku pun semalam terpekik terlolong kat ruang tamu sambil opah mami menjaga baby Q dalam bilik tidur heeee.
dan akhirnya, walaupun semalam indonesia menang 2-1, tapi berbekalkan agregat 3-0 sebelum ini, malaysia berjaya menggondol piala tersebut dengan agregat keseluruhan 4-2.

dan hasilnya.
cuti hari jumaat.
ah.
suamiku pulang hari ini yeay.
sebabnya besok cuti weeeeeeee.

terima kasih team malaysia sebab menang piala tuh hee.
rakyat turut merasa hasilnya heeee.

p/s ~
teruja nak tengok tournament tu semalam.
ingat dapat tengok bra laser heeeee.

p/s lagi ~
jatuh cinta dengan goalie khairul fahmi. 
owh dia memang hebat!!!!!!!!!!

21 December 2010

MAK VS MAT REMPIT

salam semua.

hmm. korang tau kan mat rempit tu aper?
tang definisi definisi ni, sorang aje pande, tak lain tak bukan si kuwe tu hee..
paling tak boleh blah masa dia wat entri pasai cuti.. heee.. kelakar la dik.
nanti suh dia bagi maksud mat rempit pulak..
dik kuwe, kalu baca entri ni sila buat satu entri maksud mat rempit kay hehe..

al-kisah,
rumah aku ni, letaknya betul-betul sebelah jalan besar ~ jalan utama lah hee.
makanya, laluan depan rumah, dah jadi laluan utama keluar masuk ke kampung/taman kat sini.
dan makanya lagi, berbagai-bagai jenis kenderaanlah yang lalu kat sini.
lori, geng bas sekolah, teksi, katakan saja, semua lalu kat sini.
termasuklah mat-mat rempit yang baru nak belajar merempit nih.
maklumlah kecik lagi.
halahai suara pun tak pecah lagi la pendek kata.
masalahnya macam mana la mak pak diorang boleh bagi diorang ni motor sebijik dan berlagak pusing satu kampung sambil petttt pettttt pettttt bagai nak rak.
dan oleh kerana diorang ni kecik lagi, haruslah takda lesen kan..
dan oleh kerana takda lesen, laluan depan rumah aku ni la jadi 'port' diorang nak wat lagak ngeri diorang tuh..

sampai lah satu petangggggggg...
mak aku nih memang darah dah sampe tahap hidung dah..
memang dia dah berbulu dah telinga saban hari dengar rempitan syahdu diorang tuh..
tambah lak satu petang tu, dah nak masuk maghrib dah..langit pun dah kuning..orang dedulu kata hantu pun dah berjalan riang dah time tuh..
tapi bebudak zaman sekarang, mana makan menda-menda karut ni..
silap2, hantu tu lebih takut ke diorang hee..
jadi petang tu, dengan mak aku yang dah tahap gaban geram, dengan bebudak rempit junior yang terlajak lepak depan rumah aku, sekali diorang petttttt motor diorang, mak aku tetiba 'berambat' keluar sambil menjerit-jerit......

serius aku terkejut..
aku pun dah tak ingat dah apa mak aku bebel kan hahahaha..
tapi bebudak rempit junior tu pun 'berambat' gak la merempit larik heee..
tapi yang best nya, boleh lak diorang balik pulak sekejap, lalu depan rumah aku lagi sekali, petttt nye motor diorang sekali... tanda melawan la tu konon....
dan sambungan daripada tu, ada satu malam tu, dengar diorang merempit lagi depan rumah..
malam..
berani datang la siang..
dengan aku sekali kuar kot..

kesimpulannya..
itu lah budak-budak zaman sekarang..
pantang ditegur..
dan tak boleh ditegur..
kalau ditegur..
bukannya diorang nak dengar..
lawan lagi ada..
kecik lagi tu..
tapi dah pandai melawan..
bila tengok budak-budak begini, terfikir, macam mana agaknya diorang dengan mak pak diorang, macam mana diorang dengan ahli keluarga diorang..
adakah sama, melawan bila ditegur..

macam mana lagi?
kat sekolah pun sama..
cikgu tegur, haih dilawan balik..
sampe pukul cikgu pun ada..

kalau zaman dedolu, paling kurang pun pancitkan tayar kereta cikgu atau calarkan kereta cikgu..
paling femes kena calar, haruslah kereta cikgu displin..
tu sebab cikgu displin suka pakai kereta buruk, kena calar pun tak la sakit hati sangat..
ce cuba pakai kereta honda civic, kena calar, tak menangis tak berlagu kome hehe.
tak pun paling senang, bawak motor ajer, kalu tayar pancit, sorong aje motor ke workshop kan hee..

eh panjang lak?
layannnnnn. :p

p/s ~
bebudak tu masih merempit sehingga kini.
sekian laporan dari saya. :p

16 December 2010

CATATAN 1 : 30 HARI = 1 BULAN

Salam sayang buat anakanda ku Qalesya Alia binti Syaiful Nazri.

hari ini, 16 Disember 2010, bermakna kamu udah genap 30 hari.
ini juga bermakna udah 25 hari mami tidur bersama kamu sayang.
kenapa 25 hari?
kerana 5 hari kamu berada di hospital gara-gara dijangkiti demam kuning sayang.
5 hari itu merupakan hari yang perit buat mami sayang.
udahlah emosi sememangnya naik turun, inikan pula tak dapat bersama anak yang baru lahir, sakit pula.
namun Alhamdulillah, hari ke-6 kamu dibolehkan pulang, kuning mu jatuh ke paras 10.8, dan terus kamu dibawa pulang ke ipoh kerana kita akan berpantang di sini sayang. 
bersama-sama dengan opah mami.
sepanjang waktu ini sayang, kita tidak duduk bersama dengan ayahmu sayang.
ayahmu bekerja di KL, dan kita tidak boleh duduk di sana susahkan dia.
mari kita susahkan opah mamimu ya sayang *senyum*

sepanjang 25 hari ini, bermacam-macam ragammu yang mami pelajari sayang.
ragammu berubah-ubah dari sehari ke sehari.
ada harinya kamu tidur nyenyak di siang hari dan berjaga di waktu malam.
ada harinya kamu tidak tidur seharian di siang hari dan elok tidur di waktu malam.
tapi kebanyakannya kamu tidak pulas tidur siang dan malam *senyum*

tak mengapa sayang.
itu semua cabaran buat mami sayang.
itu semua buat mami lagi mengenali diri kamu sayang.
bila kamu berjaga, kita boleh bersembang-sembangkan sayang.
walaupun kamu tidak faham, mami pun tidak faham 
*mari kita gelak sayang*

namun, setiap saat bersama kamu sayang, memang sangat berharga.
tidak boleh diulang, tidak boleh disimpan dalam botol sayang.

semuanya kan jadi kenangan.
kerana itu mami memilih untuk menulis di sini sayang.
bila kamu sudah boleh membaca, sudah boleh memahami dunia, ziarah mami disini sayang.
ingat saat ini sayang.
saat dimana mami sangat sedang gembira memiliki kamu.
saat dimana mami dan ayah semakin bahagia dengan hadirnya kamu di antara kami.

cinta tiga segi yang bahagia.
itulah kita wahai anak.
ada kamu, ada ayah, dalam hidup mami.
cinta tiga segi yang halal sayang.

wahai anak.
tiap malam mami berdoa kesihatan dan keselamatan kamu sayang.
tiap malam mami berdoa kesenangan buat hidup kamu sayang.
mami pasti ayah juga begitu.
walau dia jauh, namun kamu pasti sentiasa dalam nafasnya sayang.
kami akan pastikan kamu bahagia, cukup segala.
jika perlu ada pengorbanan buat kebahagiaan kamu, mami akan pastikan mami jadi korban itu.
aduh sayang.
mami terlalu sayang kamu.
itu saja yang perlu kamu tahu.

selamat hari ke 30 sayang.
selamat 1 bulan sayang.
mami tarik seluruh cinta di dunia, buat kamu seorang sayang.

p/s ~ 
hari ini kena pergi klinik kesihatan, kamu bakal mendapat imunisasi kamu 
*senyum*
bertahan sayang.

15 December 2010

SEBAB-SEBAB KENAPA BLOG KORANG TAK GLAMER | HAH AMIK KO!

yes.
aku sebagai blogger picisan yang memang dah perati lama dah.
kenapa blog tidak glamer.
uish.mak buat research ni dah lama nok.
mak buat research ni takde guna mana-mana blog berkaitan melainkan blog mak ni ha semata-mata.wakaka.
tak yah nak gebang-gebang lama.
bertemankan lagu elite yang mak dengar melalui earphone ni, tanpa berlengah meh la mak senaraikan sebab-sebab kenapa blog korang tak glamer.

sebab yang pertama.
menulis syok sendiri.
kenapa ini sebab yang pertama.
eh suka hati mak la nak tulis sebab-sebab ni ikut nombor berapa pun kan. wakakaka.
tapi memang, melalui mata helang mak ni, mak rasa itula sebabnya.
ate, kalu dah menulis ikut syok sendiri aja, tak ikut rentak semasa, mana lah orang seronok nak membaca kan. cerita pasai makan hari ni makan apa, shopping kat mana, dating ngan saper, jumpa artis mana.. kan ke syok sendiri tuh. kalu lah blogger memang terkenal, owh itu tak kisah, memang mak pun seronok membaca nyer. busy body gitewwww.
tapi kalau diperhatikan, mak pun tulis ikut hati gak. mak pun cerita gak, apa mak makan ari ni, jumpa sapa, shopping kat mana, kan.
eh, mak kan tak glamer.
suka hati mak la nak tulis apa.
lariikkkk.

sebab yang kedua.
entah pape bahasa yang korang guna.
ada sesetengah blog, suka sangat la guna short form. *eh tadi kata tak guna mana-mana blog sebagai perbandingan* hantam saja la makcik hehehe.
tapi betui, ada sesetengah blog, suka sangat guna short form.
kkdg ak pn x phm mnda dorg tlis.
kkdg ak rs nk join skali, tp mmdngkn ak x phm pe dorg tlis, ak trus blah jewwwww.
tapiiiii. sekali lagi. kkdg mak pn guna short form jugerrrrrr. korang still phm kan kan kan?? wakakakakaa.

sebab yang ketiga.
takde gambor ker?
sesetengah blogger yang rajin memang suka tempek gambor.
paling kurang pun diorang akan tempek gambor sendiri sambil jelir-jelir lidah, sambil muncung-muncung mulut, sambil kenyit mata sebelah, sambil angkat-angkat kaki sebelah. *eh ada ker?*
again, kalu blogger tu memang terkenal and sememangnya cantik, memang orang takkan kisah.
cuba kalau mak tempek gambor gitu, mesti korang dah ready timba kat sebelah and muntah hijau kan wakakaka. 
cuba bayangkan mak buat gambar gitew, sambil jelir lidah + kenyit mata sebelah + angkat lak kaki sebelah.
sila muntah hijau sekarang.
mak izinkan.
wakakakakakaaka.

sebab yang keempat.
topik.
hah ini sangat la penting. sebenarnya tak banyak beza dengan sebab yang pertama tadi. sebab kalau ada topik yang mengancam jiwa, takdelah asik nak syok sendiri kan. wat la topik-topik yang mengugat otak kanan dan kiri kan. pasai wikileaks ke, pasai persidangan korporat muda yang kedua baru-baru ni ker, pasai FDI ker, KPI ker, NKRA ker. wakakakakakakaaa.
serius, mak pun tak reti nak gebang menda-menda gitew. hahhahahahahaahhaa.

sebab yang kelima.
follower.
ate kome.
kalau follower tu sikit, takyah la nak bising blog tu tak glamer.
kena la rajin blogwalking, bagi komen, ziarah menziarahi sambil bawak buah pisang setandan, minum kopi sesama, baru la berkembang network. ate kalu menulis, tapi tak berjumpa kengkawan, baik jangan menulis. tapi takleh cakap la. mak pun follower bukannya ramai hahahahaahahaha. pastu mak pun jarang la dapat nak melawat balik kengkawan. mana yang drop komen, tu la yang mak melawat balik. mana nak buatnya kan. sowi la yerrrrrrr. wakakakakakakakaa.

mak tak larat la nak tulis dah. mak nak tengok baby Q jap. tapi yang sebab yang last sekali.
korang memang tak glamer nak wat camner. hahahahaahahhaa.
macam mak ni haaaaaaaaaa.
oitttt..... kalu dah tak glamer wat cara tak glamer. jangan nak berangan dapat follower ramai-ramai. peringatan untuk diri sendiri sebenarnya nih hahahahahaha. dah la malas berjalan rumah orang, ada hati nak jadi blogger glamer. larikkkkkkkkkkkkkkkkkk.
p/s~
syukur mana yang ada.
mak sangat2 menghargai kome kome yang datang jenguk mak ni ha.
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
terima kasih!!!!!!! sambil wat gaya Alleycatssssss.

13 December 2010

BERPANTANG | DARI MATA AKU | CEWAHHHHH!

hari ini dah masuk hari ke 27 aku berpantang.
tapi secara jujur, pantang macam tak pantang aje hehe.

makan oke, memang berjaga, berpantang segala.
ini tak boleh, itu tak boleh. memang aku jaga. sebab takut luka dalam perut tak oke lagi.
luka bawah memang macam dah takde pape, tapi yang dalam perut ni sapa tau kan he.

dari segi bertungku segala, itu yang aku 'fail'.
sebabnya, memang tak terkejar segala.
kekadang tungku, kekadang tak.
barut apatah lagi haih.

mak aku kerja. jadi waktu opis memang semua kerja aku kena wat sendiri.
itu yang buat tak terkejar segala.

jadi semasa menda2 semua nih jadi.
aku terpikir tentang diorang2 yang lahirkan anak2 luar nikah nih.

buang anak satu hal.
lepas dah buang tu, camner diorang jaga diri diorang?

maksudku,
macam mana diorang berpantang? heee.
macam mana diorang jaga diri?
macam mana makan diorang?
macam mana emosi diorang?

seingat aku seminggu dua lepas bersalin ari tu, memang emosi tak boleh kawal. naik turun.
jadi diorang ni macam mana?
dengan kekesalan diorang buang anaknya.
dengan rasa bersalahnya.
ke takde rasa semua tu?
tak paham.

macam mana diorang boleh lalui semua tu?

setiap kali aku pandang muka baby Q, aku tertanya-tanya, macam mana diorang ada kekuatan nak buang anak-anak kecil tu?
macam mana diorang ada keberanian nak letak anak-anak kecil tu dalam longkang, tepi tong sampah segala.
tak terdetik ke rasa sayang bila tengok mata anak kecil tu.
atau sekurang-kurangnya kalau takde rasa sayang, rasa kesian pada anak-anak kecil tak berdaya ni?

dah pandai buat, lepas tu boleh suka-suka hati nak buang kat mana saja?

tak boleh blah kata orang sekarang.

lepas tu ada pulak yang boleh melakukan penguguran berulang-ulang kali.
subur betul korang yer.
camne korang berpantang dulu?

itu lah.
korang berpantang tak setiap kali lepas gugur?
setiap kali lepas lahir anak luar nikah?
camne korang jaga peranakan korang eh?
tertanya-tanya betui aku.

p/s ~
ita ni dah melalut nih.
bak kata kuwe ~ melalut ke laut secara berjemaah. weeeeee.

08 December 2010

YA! AKU MEMANG PARANOID! EH? PARANOID TU APA?

assalamualaikum.

ini kisah ibu muda *mudakah?* yang paranoid.
hmm.paranoid tu apa eh?
betul ker penggunaan ayat ni? hee..

tapi itulah aku heee.

alkisah.
baby Q dah tak buang air besar lebih kurang 4 hari.
tapi dia asik kentut ajer *yang baunya memang tak boleh blah* dan asik meneran ajer *walaupun tengah tido | magis!!*

jadi, dapat pulak mami dia yang taknak dengar cakap orang ni, maka kerjanya 2, 3 hari ni asik mengulang klinik ajer.

sabtu lepas ke klinik Dr.Azhar kat depan umah ni ajer.
Doktor ni kata, budak kalau tak berak 2,3 hari sebenarnya normal.
dia baru nak sesuai kan diri dengan usus kecil usus besar dia tuh.
kekadang, ada sampe 7 hari pun ada.

maka si ibu muda ni, legalah skit hatinya.
tapi, bila si anak dah asik meneran sampe merah2 muka tapi tak berak2, hati mana tak gundah gula gulana.

maka si ibu pun memujuk si ayah pergi klinik lain pula.
pun sama juga, kata doktor tu "tak apa, tak de pape ni, tapi takpe, saya bagi ubat skit, malam ni kasi dia makan".

tapi si ibu muda ni pulak takut nak bagi, sebab dia teringat kata seorang doktor lain kat klinik kesihatan pasir pinji, kata doktor tersebut kalau baby less than 3 months, memang tak adviseable untuk makan apa-apa ubat sebab liver dia bukan nya elok lagi.

dah bercanggah pulak.

maka tak makan la ubat yang diberi doktor tu.

pagi tadi, baby Q wat hal lagi.
tengah tido pun dia dok teran teran teran teran sampe merah muka.
si mami tak tido tido tido tido sebab tengok muka merah yang tengah meneran tuh.
si mami dah riso riso riso riso bukan kepalang.

maka pagi ni mami ajak pulak opah mami gi teman hospital pantai puteri, kononnya nak bertanya dengan pakar.
dah doktor klinik kesihatan taknak dengar, klinik biasa taknak dengar, layankan ajer kehendak mami ni gi klinik pakar pulak.

dan hasilnya.

ahaks.
doktor kata.
"baby oke. takde pape."

mami tanyer,
tu yang dia dok teran teran tu kenapanya???

doktor kata,
itu saya buat apa pun, memang tak boleh ubah. 

maksud doktor.
itu mungkin fevret dia, pendek kata dah jadi fevret dia dok teran2 tuh.

huh.
nak dengar doktor pakar baru nak sengih.
mami pun oke hee.
mami dah lega skit.

halahai, kalu mami boleh tanggung rasa sakit Q, memang mami sanggup.
pindah ajer sakit tu pada mami, mami sanggup demi Q.

balik tadi, bukak pulak internet, google "BAYI UMUR KURANG SETAHUN TAK BUANG AIR BESAR".
maka dapatlah jumpa satu laman forum.
tengah bincang pasal anak-anak ahli forum tu yang kebanyakannya mengalami masalah yang sama.
tak berak berak anak diorang tuh.

dan kebanyakannya menjawab,
normal.
ada seorang tu, anak dia tak berak selama 29 days. *uuu..lagi teruk*

dan ada seorang tu kata pakai minyak yuyi.
dan ada seorang tu kata, buat urutan 'i love u' kat perut dia.

so tadi, tengah lepak-lepak ngan baby Q, aku pun main-mainlah perut dia, sambil wat-wat bentuk i love u kat perut dia. pastu baby Q pun cam biasa wat perangai meneran dia tu. aku pun layan je la.

alih2, tengah nak tido kan dia, tercium bau busuk.
sekali baby Q berak daaa.

Alhamdulillah.
berak juga akhirnya.
ni berapa hari pulak la baru nak berak balik ni heeee.

p/s ~ 
berak pun leh jadi entri?

p/s 1 ~
asik jumpa doktor ajer,
jadi doktor kot si Q ni nanti heeee. :p

Amin!

07 December 2010

SALAM TAHUN BARU | APA AZAM TAHUN BARU | KENA ADA AZAM? | AZAM YANG LEPAS? |

Assalamualaikum.

wah.
kembali bersiaran selepas beberapa hari tak kemaskini blog.
maklumlah.
suami tersayang balik sini.
takkan ku lepas satu saat pun lah duduk dengan dia heeee.

baru sat ni telefon, dia dah ada di sg.buloh.
Alhamdulillah, perjalanan lancar setakat ini.

dan kini, kembali berdua la kini baby Q.
sabarrrrrr.
nanti kita balik duduk KL ngan ayah kay.

jadinya, dah beberapa hari tak update.
perkara yang paling terkini.
tak lain tak bukan. tentang Awal Muharam.

ya.
ikut kalendar islam, kita dah masuk tahun baru.

Alhamdulillah syukur pada Tuhan.
Anugerah tahun baru ini, kami suami isteri dah jadi ayah dan mami.
InsyaAllah, kami akan jaga amanah Tuhan ini dengan baik.

Aku mohon serendah-rendah diri ya Allah,berikanlah kesihatan dan kekuatan kepada anak kami.
Sihatkanlah tubuh badannya dan lindungilah dia dari apa-apa penyakit yang membahayakan dirinya. Amin.

macam mana dengan azam?
ada apa dengan azam.

setiap akhir tahun, awal tahun, sana sini orang akan bertanya.

apa azam tahun baru?
azam tahun lepas dah tercapai?
berapa dapat capai?
berapa tak tercapai?
ke tak tercapai-capai?
wakakakakaka.

aku?
azam?

tahun ini aku ada azam.

tahun ini azam aku,

nak jadi mak yang baik. weeeeeeeeeee.
pastu semangat nak kerja, sebab aku ada boss baru yang sangat sempoi.
senang sangat kerja dengan dia.
jadi rasa semangat nak masuk kerja.

oh ya.!
aku layak untuk cuti 90 hari.
cuti bersalin 90 hari tuh.
layak ok! 
*senyum*
aku akan gunakan sebaiknya.
untuk cari nurseri.
dan untuk breast feed dia sebanyak mungkin.

oke.
nak gerakkan baby Q.
nak bagi dia minum susu.

p/s ~
hari jumaat dapat jumpa Nazri balik yeay!

03 December 2010

SAYA TELAH DITAG, SETELAH BERZAMAN TIDAK MELAYAN TAG, MAKA LAYAN KAN AJER WEEEEEE..

TAG NI DAPAT DARI KELLA :) TIME KASIH YER :P

•apa benda paling penting dalam hidup korang?
Benda? leh tukar lain tak? sebab buat masa ini, Encik Nazri dan baby Q yang terpenting dalam hidup aku
*senyum*

•benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
buaian baby Q ihiks ihiks..

•dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
alamak, saya sudah kahwinnnn :p

•adakah korang sedang bercinta sekarang?
owh sedang dan akan sentiasa bercinta, insyaAllah.

•berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sehingga ke akhir hayat insyaAllah. kalau boleh hingga ke 'sana' jua.

•di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
kedai makan! kami suka makan!!!! *sengih*

•novel/buku/majalah terakhir dibeli?
mami & baby ~ tak habis baca pun heee..

•ape nama penuh korang?
Wanita Binti Abd Mutalib

•antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra
emakkkkkkkkk. emakkkkkkk. :p

• namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
tak pernah teringin nak jumpa sesiapa. boleh ker? wakakakaka.

•adakah korang basuh baju korang sendiri?
oh of course. tapi sekarang oleh kerana dalam pantang, maka, mami tolong basuhkan. i love u lah mami heee... :p

•dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
saya mahu pergi Kota Paris. Kota Cinta. owh lomantik!

•pilih salah satu, peluk atau cium.
cium leh? gatal! zasssss.

•beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag
1. dia suka maher zain sekaran nih.
2. kalau tengok blog dia, dia start berblog dari tahun 2008 bulan oktober.
3. nama blog dia MATHARI ~ kenapa tak matahari ya kella? :p

•lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda
1. leh tak nak bubuh gak orang ~ Nazri
2. baby Q
3. Laptop saya
4. Kamera saya
5. Kerjaya saya :)

•lagu yang paling anda suka dan selalu dengar.
lagu GIO ~ OST Lagenda Budak Setan

•lima rakan blogger yang korang nak tag.
ni susah skit. sape rasa nak wat, sila kay :)




p/s ~
yeay dah selamat wat tag!!!
oke tak kella :p

02 December 2010

HATI YANG RETAK? BAGAIMANA MAHU DICANTUM SEMULA?

assalamualaikum.

tadi seperti biasa melawat ted|.
kalau sehari tak jenguk blog dia memang la tak sah hari.

dan hari ini entri dia berlainan sikit.
beliau berbicara tentang hati.
hati yang retak.

hati yang retak, ada pelbagai sebab.
mungkin juga masalah cinta.
mungkin juga masalah kerja.
mungkin masalah rakan-rakan.
mungkin masalah keluarga.

apa jua sebabnya, ku harapkan ted| tabah.

dan ekoran entri ted|, kita nak menyambung sikit ya kawan?
izinkan ya ted| :)

.....................

hati retak seribu.

sesungguhnya aku pernah berada dalam keadaan itu.
situasi yang sangat tidak menyenangkan.
situasi yang sangat menyesakkan dada.
keadaan yang sangat meyusahkan hati dan minda.

dan buat orang yang lemah seperti aku, punca hati retak itu sememangnya kerana cinta.

ya.
aku pernah mencintai seseorang.
sepenuh hati.
namun.
tidak dihargai.

ketika itu.
sememangnya zaman kegelapanku.
aku rasakan bagai tiada cahaya lagi dalam hidup aku.

aku masih seperti biasa.
ke kuliah seperti biasa.
tawa, riang, canda, mesra seperti biasa.
namun hati aku.
kosong.

kenapa.
kerana hati aku retak seribu.
jadi abu.
ditiup angin.
entah kemana perginya.

sampai satu masa.
aku tarik kunci hati aku.
aku lipat secantik mungkin.
aku ikat seribu ikatan.
dan ku buang ke tengah laut.

hati sudah retak seribu.
kunci telah tenggelam ke laut.

ketika itu aku tersenyum puas.

puaskah.

tidak.

aku cuba untuk tersenyum.
walau hakikatnya.
aku menderita zahir dan batin.

begitu kuat penangan cinta 'dia'.
hingga aku begitu gila.

ketika itu aku rasakan memang tiada siapa yang boleh menggantikan dia.

gila!

namun tidak.

setahun.

ya.

setahun aku hidup dalam imaginasi, fantasi, memoryland aku sendiri.
kamarku masih ada gambarnya.
dadaku masih ada getarnya.

namun bila sudah genap setahun, aku beransur hilang gila.
aku rasakan seperti satu dunia mentertawakan aku dalam diam.

bodoh sungguh perempaun itu.
barangkali si lelaki sudah enak bercinta dengan gadis cantik lain.
namun dia menyeksa hati sendiri dengan hidup dalam dunia dongengnya.

aku tersentak.
entah bagaimana.
aku tersedar.
entah bagaimana.

satu pagi aku bangun.
ku buang semua memori.
ku buang semua kenangan.
kamarku bersih dari semua kenangan 'dia'.
diriku kuajar agar cuba melupakan 'dia'.

hari itu aku bangkit.
bangkit dengan satu senyuman ikhlas di muka.
bangkit dengan satu semangat baru.

dan ketika aku berjalan dengan muka terdongak ke hadapan.
aku lihat dia.
ya. dia.
dia yang dari dulu rupanya memerhati aku.
namun kerana aku terlalu menunduk ke bumi. aku tak pernah bertembung mata dengannya.

dan sejak hari itu.
aku cuba membuka ruang kosong itu.
aku cuba untuk menerima si penderma hati itu.

si penderma hati.
penderma hati yang tulus ikhlas.
terlalu naif.
terlalu lurus.

dan kerana naif dan lurusnya, aku tergamam.
dengan naif dan lurusnya, dia datang membawa kunci hati yang pernah aku buang dalam dasar laut tidak lama dulu.

dan dengan kunci di tangan, ruang kosong yang ada, aku menerima si penderma hati tersebut.

dan aku telah bersama dengan si penderma hati hampir 6 tahun.


telah berkahwin dengannya hampir 2 tahun.


dan telah punya permata hati yang berusia 16 hari.



.................................................

sahabatku ted|,

setiap orang pasti punya cerita sendiri.
dan aku pasti, ada penderma hati untuk kamu di luar sana.
aku doakan yang terbaik buat kamu wahai sahabat ku ted|.

p/s ~
sekadar berkongsi. :)


MAHU MENULIS, TAPI TAKDA IDEA

salam.

oke.
baby Q sedang tidur.
mari gunakan waktu itu sebaik mungkin.
sebab bila dia sudah bangun, takde makne nak pandang menda lain, tengok muka Q lagi asyik!
*senyum*

mari membebel.

sekarang ni, setiap kali pandang muka Q, kiter pasti tersenyum sendiri.
tersengih-sengih macam kerang busyuk bagai hee.

mana tak.
sering terpikir.
'owh dah anak aku nih!'
'owh dah tak leh gi karoke?!'
'owh camner kalau ada function waktu malam?'
'owh sape nak jaga dia kalau kiter ada kursus segala?'

wah macam-macam duk hinggap kat kepala.
soalan lebih dari soalan objektif kertas bahasa melayu UPSR tahun 1994 dulu wakakaka.

tapi yang bestnya soalan-soalan yang duk hinggap tu takde jawapan A,B,C atau D atau semua di atas.
seringkali soalan-soalan tu akan datang dengan pelbagai alternatif.

gi karoke?
bawak dia sekali? giler kentang!!!

function waktu malam?
nazri jaga? boleh kah dia?

kursus?
hantar balik kampung? owh sanggupkah nazri, sanggupkah kami?

macam-macam menda la dok fikir sekarang nih.

dan yang paling pening sekarang nih, nak hantar kat mana bila aku dah start keje nanti.

nurseri?
ee..takutnya, dengan bebudak tercekik n kiokkk.
aduhhhhh mintak simpang empat!

pengasuh?
ee..ada tengok tak video klip pengasuh kejam yang mandikan budak tuh?
aduuhhhhh mintak simpang pulai laaaaaaaaaa!

so camner?
semuanya takut?
berhenti kerja jaga anak?
uish, kalau aku orang kaya, boleh la kan??
ini kerja pun setakat cukup kais pagi makan pagi petang. huhu.

jadinya camner.

nak tak nak kena gak la antar nurseri or pengasuh.
yang pasti kami nak hantar kat satu nurseri tu. nurseri tu ada sepupu Q kat situ. dan tak pernah la lagi ada pape keadaan yang tidak menyenangkan. 
tapiii.
masalahnya kami ni dah lambat register.
jadinya masuk waiting list number 6.
uuuuu..
nak kena tunggu orang berhenti dulu baru boleh masuk situ.

hmm.
plan.
kena cari plan supaya ada 6 orang yang stop hantar anak ke situ.

plan 1.
cari jalan supaya mak atau pak diorang pindah keje or transfer.
kalu jadi gitu, mestilah diorang kena cari nurseri lain kan?

plan 2.
cari jalan supaya mak atau pak diorang diberhentikan kerja.
hahahahaahahaha. giler kentang kejam.

plan 3.
hmmmm. 
nnt nak pikir jap.

p/s ~
pecaya ker plan kat atas.
don't lah.
imaginasi purpose only.
wakakakakaka.


01 December 2010

KISAH SI IBU TIRI

salam 1 Disember :)
peringatan untuk diri sendiri, ada sebulan lagi untuk berpantang.
yang mana, 30 Disember adalah hari akhir dan 31 Disember 2010, destinasi pertama aku ialah restoran makanan segera A&W.
sekian.

.........................


mantop update gitu hee.

.........................


kisah si ibu tiri.

sekian lama aku menulis di sini, aku masih lagi tidak berani, tak punya keberanian untuk menulis secara terlalu terbuka.
kebanyakan kisah-kisah di sini hanyalah berkisar kehidupan aku dan orang-orang disekeliling ku semata-mata.
mungkin itu adalah salah sebab kenapa blog aku sememangnya tidak popular dan famous amous.
namun, memang tujuan aku menulis bukan untuk popular, tapi sekadar sebagai peringatan, sekiranya aku lupa, ada tempat untuk aku merenung diri dan mengimbau perkara-perkara yang mungkin akan aku lupa dalam 2, 3 tahun lagi.

dan setelah sekian lama aku menyimpan kisah ini, 
setelah aku berfikir sama ada molek atau tidak untuk aku menulis kisah ini,
akhirnya aku memilih untuk, ya, mencoret kisah ibu tiri ku disini.

aku mulakan dari awal.

sememangnya aku punya seorang ibu tiri.
ayah ku kahwin dua.
mamiku ibu nombor dua.
maka jadinya ibu tiri ku isteri tua ayah.
selalunya bila kita berbicara tentang ibu tiri, rata-rata orang akan terbayangkan Bawang Putih Bawang Merah kan?
namun tidak.
ibu tiri ku tidak begitu.

percaya atau tidak, kami tinggal serumah sejak aku berusia 9 tahun.
ayah ku beli satu rumah sebelah menyebelah.
maka jadinya dalam satu pagar ada dua rumah lah :)

dari kecil, aku, abang dan adik-adik dijaga oleh ibu tiri ku ini.

besarkan pengorbanan dia.
ibuku keluar bekerja.
dan dia duduk dirumah menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anaknya dan anak-anak tirinya.

mana mahu cari wanita sebegini.

tabah.

dari kecil dia menjaga kami.
nak ke sekolah, dia yang menyikat rambut kami.
dia yang membedakkan muka kami.

kecil atau besar, banyak jasa telah ditaburkan.
sedar atau tidak, dia bukan lagi ibu tiri, tapi sememangnya ibu kami juga.

mami juga sering mengingatkan kami, jangan sesekali membezakan-bezakan mereka, kerana dua wanita ini punya tanggungjawab yang berbeza dan menabur bakti dalam cara yang berbeza.

ya. 
itulah yang ada dalam fikiran kami sehingga kini.

kenapa aku tiba-tiba tergerak hati bercerita tentang ibu tiri ku?

ibu tiriku kini sangat uzur.
kalau dulu dia yang mendukung kami, dia yang menjaga kami, tapi kini.....

dia tidak lagi mampu berdiri sendiri.
dia tidak lagi mampu makan sendiri.
dia tidak lagi mampu membasuh badannya sendiri.
dan yang paling aku tidak mampu melihat, dia tidak lagi ibu tiriku yang dulu.

semalam baru lepas ke hospital.
doktor mengatakan otak ibu tiriku semakin mengecut.
dan itulah sebabnya dia menjadi semakin nyanyuk.
ya itulah istilahnya.

aku sendiri tidak mampu pergi melihatnya.
aku sendiri masih naik turun emosi.
maka untuk pergi melihatnya buat aku bergenang air mata.

namun ada sekali aku pergi ke rumahnya membawa baby Q.
dia hanya mampu tersenyum dan ada air mata di hujung matanya.
dia hanya mampu memegang kaki baby Q dan menciumnya berulang kali.

aku sorok air mata ku.
walau dia tidak faham erti air mata ku, namun ku sorokkan jua.

aku tidak pasti sampai bila dia begitu.
kalian faham bukan?
maksud aku, aku tidak pasti sampai bila umurnya.
dengan keadaan dia yang begitu.

sekarang ini yang berhempas pulas menjaganya ialah ayahku.
makan, minum, pakaian, berak, kencing, semua ayahku yang menjaganya.

kesian.
dia sendiri sudah tua.
saat aku melihat ayah mengangkat ibu tuaku.
sayu hati aku.
saat aku melihat ayah menyediakan makanan untuk si ibu tua.
sedih hati aku.

begini jadinya putaran alam.

dulu sihat.
sekarang kurang.

dulu sediakan makanan untuk suami.
sekarang suami pula yang berhempas pulas untuk si isteri.

sesungguhnya banyak pahala ayahku.
dengan kesabarannya yang tinggi.

aku doakan yang terbaik untuk ibu tiriku.
dan juga untuk ayahku.

p/s ~
baik atau buruk.
ibu dan ayah.
adalah permulaan kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...