Minggu ini minggu cabaran.
Mata sakit bertaik.
Hidung tersumbat ketat.
Tekak sakit bila menelan.
Kepala sakit berdenyut.
Badan rasa tak sedap.
Batuk sibuk tumpang sekaki.
Pakej lengkap.
Aku mohon pakej lengkap ini juga didatangkan dengan keampunan dari Dia atas semua dosa aku. Ameen.
Minggu depan bakal berpisah dengan Qalesya selama seminggu. Fikir pun dah sedih. Macam mana la nak menghadapi ni?
Esok, Sabtu, aku akan hantar Cha balik Ipoh, minta tolong Opah jagakan. Ahad dah terbang ke Langkawi. Berkampung di Awana Porto Malai Langkawi sehingga hari Khamis. Khamis, inshaAllah akan terbang balik ke KLIA. Jumaat pagi baru pulang ke Ipoh jumpa Cha. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis.. 5 hari, mampu ke aku bertahan ni? Mampu ke Cha bertahan?
Moga Tuhan permudahkan urusan kami anak-beranak.
Saya Yang Menurut Perintah.
Sent from my iPhone
Mampu..belajar kuat semangat dari skrg puan... :)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye :)
ReplyDeletesemoga rindu sikit-sikit je :)
ReplyDelete