Tabungan

14 May 2011

sana sini orang buat entri pasal hari guru

makanya, aku pun nak menyibuk juga lah hehe.

kalau cakap pasal hari guru, memang banyak kenangan sebenarnya.
sebab aku sendiri pernah pegang title Cikgu satu ketika dulu. pernah juga la menyambut hari guru hee.

ceritanya begini.
selalunya bila cuti semester, student selalunya akan sibuk cari kerja part time kan. tapi aku, memang sibuk cari peluang untuk jadi cikgu ganti. dan selalunya memang rezeki selalu ada. dapat sesaja heee.

aku pernah ajar budak darjah 3 untuk subjek sains, matematik dan kemahiran hidup. dan macam korang semua sedia maklum, kecik2 lagi diorang ni dah kena belajar subjek2 tu dalam bahasa inggeris.

dulu zaman2 kiter kan ke bahasa melayu ajer. terkontang kanting gak la aku nak mengajar hehe. nasib baik sukatan darjah 3. reti jugaklah aku kelentong bebudak kecik tu hee..

paling best ialah ajar matematik. sebab aku suka buat cara baru untuk bagi diorang paham. tapi diorang paham ke tak entahla. sebab aku ajar bebudak kelas pandai. kekadang takyah ajar, diorang dah tau buat pun heee.

paling tak tahan ialah masa zaman aku dah habis degree. time tu memang mami tak berapa nak bagi aku kerja kat KL. melata-lata aku cari kerja elok kat Ipoh tu. tak dapat la wei. last resort aku jadi cikgu sekolah swasta. sekolah antarabangsa. student dia kebanyakannya anak2 orang kaya, pastu ada foreigners dari korea, jepun dan myanmar. so bahasa perantaraan memanglah bahasa inggeris dan kekadang bebudak ni sendiri tak reti pun  nak speaking.

sekolah yang aku ajar ni sekolah cina, sekolah menengah. dan oleh kerana aku melayu yang mengajar diorang, mereka sangat2lah tidak menghormati aku.

pernah aku ditanya oleh student tingkatan 2, 'what qualification do you have to teach us computer?' hampeh betul. aku cakap, for sure i have something that you don't have yet.

tapi sekeras-keras aku, memang aku banyak kali nangis ngajar kat situ. tak tahan beb. tak tahan. mungkin aku memang bukan dilahirkan untuk jadi cikgu. tak dapat nak meneruskan kerjaya ayah. aku berhenti notis seminggu. masa tu memang aku berhenti tanpa ada back-up kerja lain. memang stress betul time tu.

last2 Public Bank panggil aku kerja. opis pertama kat SS2. but that is another story heee.

ayob, abang aku, sekarang ni dah habis DPLI. makanya dia lah yang berjaya meneruskan kerjaya ayah sebagai seorang guru. dia memang berkebolehan nak jadi cikgu. sisi sabar dia tinggi. pandai lak tu nak kawal bebudak. kalau aku nangis je la lebih kottt :))

oleh itu, selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru di luar sana.
tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.
tanpa guru siapa nak ajar ilmu2 dunia ni.
tanpa guru siapa juga nak ajar ilmu2 akhirat.
sebab itulah kita kena hormat guru macam kita hormat mak ayah kita.
secara tidak langsung, guru ni memang berkait rapat dalam proses pembesaran kita.
banyak juga pengaruh cikgu dalam hidup kita ni wehhh. :))

jangan melawan. walau pun sekarang ni kes pukul cikgu adalah BIASA!!
dengar cakap cikgu. walau pun sekarang ni dah terbalik, cikgu lak kekadang lebih dengar cakap murid sebab takut kena pukul hee.

tugas cikgu pada zaman ni, sangatlah mencabar.

jadi guru-guru sekalian, anda memang manusia terpilih. anda manusia terhebat. banggalah dengan kerjaya anda. :))


p.s.
selamat malam.


.ita kata.
tetiba rindu kat cikgu bahasa inggeris saya masa form 4 dan form 5,
Mrs.Chandra dan Ms.Dena.

2 comments:

  1. rindu cikgu bahasa english ceri gak...
    puan asiah...
    she great...
    hehhee...

    ReplyDelete
  2. hehehe, akak kelentong budak darjah tiga tu.. haha bgtau dpa.. hehehe... kak raja alia suhaila akk ingat x??

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...