Tabungan

27 June 2012

bila mak bawa kereta.

bila mak bawa kereta, mak boleh buat macam-macam benda.

1. mak boleh berangan.
oke, masa ni la mak nak berangan macam-macam.
berangan bawa kereta peugot.
berangan jadi perempuan hot.
berangan jadi awek Fahrin Ahmad. apakah?

tapi serius, berangan masa bawa kereta, memang layan. korang pernah try tak?
layan kan?
tapi kan, kalau bawa kereta yang nak habis minyak kereta macam mana?
memang macam haram perasaan tersebut kan?
masa tu berangan la pulak jadi perempuan hot yang kereta peugot tersadai tepi jalan sambil tunggu Fahrin Ahmad datang membantu.
eh?
sempat lak ko berangan macam tu ehhh. dasarrr.
dan bila ko dah isi minyak...

pffffttt.... Alhamdulillah.
berangan balikkkk.

2. mak buat dosa.
oke. ini adalah apa yang kita panggil, mencarut, mengutuk, mencarut, mengutuk orang-orang disekeliling kita.
iya anak-anak. perkara ini berlaku sekiranya:
a. kereta dihadapan kita membelok tanpa memberi signal.
b. ada mamat-mamat motorsikal yang boleh bersembang ikut suka hati di jalan besar. *bersaing bersama* apa ingat cerita sembilu ker??
c. kereta yang dibawa slow di lane palinggggggg kanan.
d. pakai kereta besar tapi otak kecil. maksud mak, tak pandai bawa kereta.

3. karaoke.
iya.
bila membawa kereta sendirian, kita akan cenderung membuka radio. dan kadang-kadang akan kedengaran lagu-lagu feveret all time kita. dan sekali lagi, berangan menjadi penyanyi tersohor akan terjadi dan kita pun akan mula menyanyi dengan bersemangatnya.
itu dinamakan karaoke, kerana kita akan nyanyi ikut suka hati kira oke saja.
wahhhhhh.

eh.
ada lagi tak menda yang boleh kita buat masa memandu.
share yuk??
heeee.

5 comments:

  1. Kakcik tak bawa kereta walaupun lesennya ada! ;-)

    ReplyDelete
  2. kakcik - takpe, kakcik ada driver :)

    uncle - yang itu tak yah cte, sendiri faham.. lalalalala :p

    ReplyDelete
  3. mak, aku selesa dengan karaoke. feel habis tu...

    ReplyDelete
  4. akak x bawa kete sbb 'driver' ada.... isshhhh bergantung betul akak ni dgn 'dia' ek..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...