Tabungan

22 December 2012

It was a Disaster!

Semalam, aku kata aku akan up-date gambar sepanjang majlis berjalan kan. Tapi tidak. Aku tak up-date apa-apa pun. Sebabnya -------- it was a DISASTER!!

Teruk benar bunyinya kan. Tapi itulah kebenaran. Bukan senang jadi Pengacara Majlis ya anak-anak. Itu sebabnya Pengacara Majlis pun boleh jadi satu profession. Macam Dato' Mahadzir Lokman, dia ada dibayar RM20,000 sekali show. Itu yang Dato' cerita. Harga yang lain? Gila kentang-kan?! Dan aku sebenarnya bertuah sebab aku pernah berguru dengan dia. Banyak ilmu dia bagi. Terima kasih Dato'.

Antaranya, menjadi seorang pengacara majlis, kita sepatutnya dihormati. Sebab kita ialah Master of Ceremony! Kalau nak ber-comunicate dengan kita pun, hanya Stage of Manager saja yang boleh sampaikan maklumat.

Ini tidak, terjadi semalam kami kena 'tegur' dengan seorang audience apabila ada seorang penerima anugerah tidak dipanggil ke atas pentas. Kalau 'tegur' saja tak apa, ini 'tegur' dengan cara yang sangat-lah 'sopan'. Kami tahu kami ni pengacara amatur, tapi sebagai kawan sepejabat, tak ada cara lainkah untuk menegur?

Itu baru satu.

Terjadi juga semalam, kami tak di-update dengan info terkini. Untuk memanggil penerima anugerah, kami seharusnya tahu siapa yang hadir dan siapa yang tak hadir. Semasa rehearsal tiada masalah sebab kami panggil semua nama. Tapi pada waktu kejadian, kami kena bersedia dengan senarai nama yang fresh. Maknanya senarai nama siapa yang hadir dan siapa yang tak hadir. Bila kami dapat senarai nama tersebut, kami sebut sajalah nama yang sudah bertandatangan. Malangnya, ada penerima yang tidak menandatangani senarai nama tersebut. Disebabkan itulah, nama penerima tersebut tidak disebut dan menimbulkan 'kemarahan' kawan kami yang 'sopan' itu tadi.

Pada kami, si pengacara-pengacara majlis, kami sepatutnya hanya menerima arahan daripada Stage Manager. Jika kami tak di-update dengan maklumat terkini, macam mana kami nak tahu siapa yang datang dan siapa yang tak hadir. Kami sedang mengacarakan majlis. Mana sempat kami nak fikir siapa ada siapa tak ada.

Pendek kata, semalam kami kelihatan sangat tidak ber-kredibiliti. Caca marba. Hancur. Hanya kerana loose sana dan loose sini. Info tidak sampai. Dan ya, yang nampak buruk adalah kami si Pengacara Majlis.

Tapi, hmmm ia takkan melemahkan semangat aku untuk jadi pengacara majlis hokey! I love holding mic! Hahahaha. 

Lagipun, disebalik kekalutan itu semalam, aku seronok kerana semakin banyak aktiviti dibuat, semakin kuat ikatan silaturrahim antara kami.

Bayangkan, selepas semua sudah selesai, kami para uusetia, orang belakang tabir majlis, kawan-kawan AJK lepak beramai-ramai di dalam dewan yang indah itu, bercerita kekalutan yang kami hadapi, berkongsi kisah sebalik tabir, mengutuk depan-depan dan ketawa beramai-ramai.

Indah!

Majlis tamat pukul 6 petang,kami balik pukul 8 malam lebih. 

Dalam hal ni, Cha paling banyak berkorban sebenarnya sebab dalam minggu ni saja mami ambil dia lambat. Cian anak mami. 

Tak apa sayang, minggu depan mami balik on-time. Boss semua cuti, event pun dah tak ada.

Fuh.

Penangan buat event.








Sent from my iPhone

2 comments:

  1. pn ita...saya bertuah, dapat mendengar anda berkata-kata di hadapan...dan slideshow semalam begitu meruntun jiwa...terasa begitu sukar utk saya terus bangkit dan kuat....
    walau apapun, anda dah lakukan yg terbaik utk event semlm...teruskan ya...:-)

    ReplyDelete
  2. luahan hati ..biarlah rahsia..
    sabar ya ..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...