Tabungan

04 December 2012

Suamiku bukanlah orang yang romantik

Tajuk pasrah gitew.

Oke begini.

Kadang-kadang, aku kasihan dengan suami aku, kerana dia berusaha *gila* untuk menjadi seromantis boleh untuk aku. Salah aku juga, selalu bising bagai kenapa dia tidak romantis macam Adam Mukhriz *tangan ke dada mata ke atas*.

Ya. Terus-terang, dari 'couple' sampai kahwin, dia bukanlah semulajadi romantis. Tapi usaha dia, ya usaha dia itu yang menjadikan dia sangat comel dan sangat Adam Mukhriz.

Macam baru-baru ini, aku berguling bagai melihat si Adam Mukhriz berbaju pink. Namun, tak semua lelaki segak berbaju pink. Siap aku bersetuju dengan mana-mana status di FB yang menyokong Adam Mukhriz berbaju pink.

Rupa-rupanya, kegilaan aku disedari dia. Dan hanya kerana nak kelihatan Adam Mukhriz di mata aku, dia beli sehelai baju pink untuk dia pakai.

Nazri berbaju pink. Kegilaan apakah ini? Jangan ketawa wahai kawan.

Kelakar di mata kalian, namun indah di mata aku.

Love you!!

Ku tahu kamu membaca, bila ku sudah lelapkan mata.

Sent from my iPhone

2 comments:

  1. Kata kawan kakcik, lelaki berbaju nmerah jambu adalah lelaki yang tegas pendirian. :)

    ReplyDelete
  2. hubby lynn pun x romantis juga...tp dia sangat penyayang...hehehe...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...