Tabungan

08 December 2012

Pagi-pagi lagi dah bergaduh!

Ya. Encik suami dah keluar! Terus bawa motor, keluar! Nasib baik sempat baca doa perjalanan..

.
.
.
.
.
.
.





Bukan. Bukan gaduh dengan suami. Haha. Encik suami keluar sebab pagi ni dia kena bekerja. Nasib baik separuh hari je. Tengahari ni nak pergi ambil mak di Jenderami, lepas tu terus pergi ambil Nazri di Mid Valley dan terus pergi ke rumah kak di Ampang.

Mak dengan ayah aku pula, akan bertolak dari Ipoh pukul 1 nanti sebab esok mereka nak pergi kenduri di Selayang.

Walaupun Sabtu, jadual tetap penuh. Tapi tak mengapa. Penuh kerana keluarga adalah sangat manis! Peluh ketiak pun tak bau hamis! Aceeah macam pantun.

Okey, yang pasal gaduh tadi pun bukan sebab apa. Lepas hantar Nazri kat muka pintu tadi, teruslah masuk bilik nak tengok anak. Sekali 'cepet' bunyi benda jatuh dari atas. Ada cicak sudah 'join' Cha atas katil lah!

Mana la tak aku berperang nak menghalau cicak durjana tu.

Cha pula, masih sedap tidur.
Halahai anak.

2 comments:

  1. Hari ini kakcik nak pergi ke kenduri perkahwinan teman blogger di Rawang. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dia sedar mesti dia melenting dah:)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...