Tabungan

18 December 2012

jom semak saman AES

aku, suka pandu kereta laju-laju.
tambah-tambah tengah marah.
tambah-tambah tengah period--!

tapi, sejak ada anak, aku sedikit insaf.
setiap kali ter----tekan pedal minyak, mata terus pandang anak, rasa insaf terus menyerap, terus masuk lane kiri, ---- paling kiri.

tapi, pagi tadi status adik aku berkaitan speeding.
iya, aku pun mengaku, pagi tadi cubaan membawa laju usai hantar Cha ke taska.
sebab musabab ialah kerana --- sudah lambat.

konon, dengan sedikit bantuan kelajuan, bolehlah masuk on time.
ptuiii!

2 minit lambat. 8.37 pagi punch in. diakan, bila kita lewat 2,3 minit itu lagi menyakitkan hati, daripada lewat 20, 30 minit kan kan.

okey.

balik kepada topik.

bila adik aku up status pasal speeding, adalah yang mengomen usik topik AES. aku pun teringat, aku tak pernah cek saman AES walaupun aku adalah pemandu yang sangat berhemah tinggi, berbudi bahasa dan bersopan santun serta cantik budi pekerti.

---bunyi cengkerik---

jadi aku pun google-lah cara nak semak saman AES.

terima kasih kepada link ini.

tapi untuk kemudahan semua, mari aku tepek di sini juga ya.


adik-adik yang dikasihi sekalian, untuk menyemak saman AES, kita ada dua cara yang sangat mudah. semudah makan ais-krim, dan semudah sebut A E S.

satu cara ialah dengan melalui SMS. aku pun tadi baru semak melalui SMS.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aaaa.... nasib baik Alhamdulillah.
rahsia-nya??
di mana ada AES, di situ kita berhemah. ngahahahaha. bawa ikut kelajuan yang ditetapkan. tak rugi apa pun. jiwa selamat, duit tak melayang. kan.

oke. dari gambar tu pun kau orang dah boleh tahu caranya kan.

taipkan POLIS SAMAN (NOMBOR PLAT KERETA) dan hantarkan ke 32728.

tak sampai lima minit (bergantung pada keadaan aku rasa), SMS anda akan dibalas. masa tu, berdoa sajalah anda dikalangan pemandu yang berhemah.


cara yang kedua adalah melalui atas talian atau online. pada aku yang ini renyah : leceh sikit sebab --------- mengelirukan. dekat homepage tiada button friendly user yang link kan terus ke semakan saman. pada aku, kalau benda tu kita selalu nak pakai, apa salahnya buat short-cut button kan.

eh, itu jajahan mereka, kita jangan sibuk. ngahahaha.

kesimpulannya adik-adik, marilah kita menyemak saman AES beramai-ramai.
bagi yang tiada saman, jangan rasa selesa kerana AES ada dimana-mana (jaga-jaga ada yang meratiiiii)..
bagi yang ada, bonus dah keluar ni, jom la pakat-pakat pi bayaq ramai-ramai.

:)






1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...