Tabungan

24 December 2012

manusia perlukan perubahan - Pesanan dari Shaklee

diam tak diam, umur aku dah meningkat. dah 30 tahun dah. sujud syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi Mu ini Ya Allah.

tapi, dalam pada umur dah meningkat ni, boleh terasa dah badan ni semakin tua. dah tak fit macam dulu-dulu lagi. dan perubahan ni makin ketara lepas aku bersalinkan Cha 2 tahun lepas.

disebabkan itu, aku mula terfikirkan supplement. bila kita dah semakin meningkat umur, dah banyak zat-zat besi yang semakin berkurangan. makanan sehari-harian memang tak boleh nak supply zat-zat besi yang dah hilang tu. jadi nak tak nak, memang kena makan supplement.

kalau pergi jumpa doktor pun, memang doktor advise untuk ambil supplement. bila ditanya brand apa, doktor kata tak kisah, janji supplement!

nak dijadikan cerita, tahap kesihatan aku sangat-sangat teruk bermula pada akhir tahun lepas. ya, time tu, aku selalu rasa pening, selalu rasa berdebar. bila buat ujian darah semua, memang tak ada apa. dan masa tu doktor dah start suggest untuk ambil supplement Vitamin E dan vitamin C. masa kat hospital tu, memang dia bagi ubat dia lah. bila dah habis, aku sendiri google, cari maklumat, Vitamin E dan Vitamin C mana yang terbaik untuk aku.

dan aku jumpa ini.


yang ini memang aku bawa ke mana-mana.
jadi selalu ada dalam beg.

yang ini aku ambil gambar dari google.
sebab botol sebenar ada di rumah.

Alhamdulillah. sejak aku makan dua vitamin ni, kesihatan aku makin baik. semua dengan izin-Nya. kenapa vitamin C dengan Vitamin E kan? meh aku cerita kepentingan dua vitamin ni.

Vitamin C dulu kay.
Selalu, kita dengar kalau orang nak cantik, dia orang cucuk Vitamin C kat muka. kan kan kan. oke itu betul, ianya sebab Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

selain dari nak cantik, aku ambil Vitamin C juga sebab yang rasa berdebar segala tu kan. disebabkan itu, aku takut kot-kot manalah tau kan aku ni dah nak menjurus ke darah tinggi ke, sakit jantung ke, jadi itulah sebab kenapa aku ambil Vitamin C. penjelasan? macam ni --- Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

satu lagi sebab kenapa aku ambil Vitamin C? sebab - sebab - sebab - aku selalu stress. jadi, Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doktor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

aaa. banyakkan kelebihan makan supplement Vitamin C ni. ada banyak lagi, tapi itu kendian pula aku cerita ya. sekarang ni nak cerita pasal Vitamin E yang aku ambil pulak.

Vitamin E, macam ni kisahnya.
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
aaa gitu, buat point senang mak nak cerita haha. 

tapi yelah, pendek kata, sekarang ni Alhamdulillah dengan izin Tuhan, rasa berdebar, rasa pening berkurangan daripada dulu. aku tak kata hilang terus ya anak-anak. aku tegaskan, ianya berkurangan. kalau nak buat perbandingan, aku tak berani sebab aku tak ada makan lagi brand lain. sebab masa makan yang ini, memang rasa selesa sangat. mungkin rasi dengan aku.

disebabkan selesa dengan Shaklee, aku cuba juga produk-produk lain. antaranya --

yang ini memang aku minum tiap-tiap hari.
Alhamdulillah, aku sentiasa bertenaga.
syukur.

yang ini pun aku selalu campur kalau aku nak minum ESP.
yang ni mealshakes, kalau buat susu Cha pun kadang-kadang aku bubuh juga sudu kecil.
Cha suka sangat lah kalau ada mealshakes ni,
memang habis sebotol susu dia.

yang ini aku letak kat pejabat.
sebab yang ini untuk membantu badan tak terhidrat sangat.
aku selalu minum sebelum buat kerja dan sewaktu nak balik dari kerja.
sengaja aku minum sebelum balik, sebelum keluar pejabat, sebab serius, aku rasa segar sangat!

untuk yang lain tu, next time aku cerita ya. cuma, aku nak bagitahu kau orang, sekarang aku tengah try collagen shaklee ni. kalau oke gak, nanti aku kongsi dengan you all kay.

owh lagi satu.

saya pengedar Shaklee yang sah :)

kalau nak info lagi pasal Shaklee, boleh la contact mak. PM mak, nanti kita roger-roger!!














2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...