Assalamualaikum.
Hai readers.
Hai.
Hai.
Hai...... Kalau ada readers-lah. Haha.
Sebenarnya, aku plan nak buat v-log, nak ucap selamat hari raya. Tapi bila dah pasang video, tengok muka sendiri sambil mengarut dalam video, rasa sangat mengarut haha. Kalau muka tu lawa, tak apalah kan. Ni muka pun sendu aje. Haha.
Jadinya, mak nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Pada sesiapa sahajalah, kalau ada kata-kata yang menguris hati, tak kisahlah kat mana pun mak menulis, kat blog ni ke, kat FB ke, kat Instagram ke, kat Twitter ke, kat mana-manalah, maafkanlah makcik ini ya.
Sesungguhnya kita ini manusia biasa. Tak lepas dari salah dan silap. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula mulut yang 24 jam tak reti nak tutup. Mesti ada punyalah yang tersilap cakap. Jadi maafkan mak ye.
Dari segi penulisan pula, aku sejujurnya cuba kurangkan untuk menulis dalam bulan puasa sebab itulah, sebab takut terkurang pahala puasa. Maklumlah, pahala pun kalau ada, adalah..kalau tak ada, teruklah kita nak cover balik salah silap mak tu kan. Jadi, maafkanlah mak ye :)
Sempena nak menyambut hari raya ni, rata-rata semua akan balik kampung. Jadi mak harapkan kita semua berhati-hatilah walau dimana kita berada. Semoga kita dapat berjumpa lagi -- one piece ya! haha.
Okey -- again, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)
selamat Hari Raya maaf zahir batin...;)
ReplyDelete