Entri terdahulu, aku teragak-agak nak cerita. Sebab macam tak seram sangat. Tapi asyik rasa nak kongsi. Jadi kalau rasa tak seram ataupun, ia tak apa-apa, abaikan sajalah yer. Haha.
Okey. Bagaimana nak mula? Okey begini..
Jumaat lepas, aku ke Kuching Sarawak - bekerja luar kawasan. Flight aku seharusnya pukul 8 malam dari Kuching namun ditangguhkan sehingga 9.25 malam. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Bermakna tambah tolak aku akan sampai ke KLIA pada pukul 11 lebih.
Dari KLIA ke Semenyih pula akan mengambil masa lebih kurang sejam juga. Oleh kerana pemandu aku pada malam itu tak berapa mahir jalan ke Semenyih, kami ambil keputusan untuk potong ikut Dengkil, keluar di Putrajaya dan masuk semula ke SILK.
Masa aku sampai ke KLIA adalah lebih kurang 11.10 malam. Nak sampai ke balai pelepasan hampir 10 minit juga. Nak berjalan dari balai pelepasan ke tempat bagasi terus ke pintu keluar pun lebib kurang 10 minit juga. Jadi tambah tolak kami mula keluar dari KLIA adalah lebih kurang 11.30 malam.
Maka, semasa kami sampai ke jalan Putrajaya, adalah kira-kira tepat 12 malam................. Bermula pengalaman aku, atau dia, atau kami, entahlah. Yang pasti.... Ahh, biar aku khabarkan dulu.
Semasa kami sampai di laluan tersebut, ada sesetengah laluan yang gelap kerana lampu jalan tak berfungsi. Kami (merujuk kepada aku dan pemandu) mula bercerita tentang kemalangan yang sering berlaku di situ. Itu namanya kegatalan tahap melampau. Sudah tahu kawasan di situ sering berlaku kemalangan, masih sibuk mahu bercerita. Kegilaan apakah aku malam itu!
Aku mula menambah - 'aaaa kat sini la eksiden selalu jadi kan? Kita selalu juga nampak kereta terbalik kat tengah-tengah pembahagi jalan ni. Tapi bukan nak salahkan kereta tu sendiri, kadang-kadang ada saja yang rajin cross kat tengah pembahagi ni kan.'
Tengah sibuk-sibuk kami berbicara tentang itu, di kawasan yang sering berlaku kemalangan itu pun, gelap juga, tiada lampu jalan yang berfungsi. Tiba-tiba kami ternampak, ada kereta tersadai di tengah-tengah jalan dan ada seorang lelaki sedang berdiri di sisi kereta itu sambil memandang ke jalan. Aku masih ingat, dia pakai baju putih belang merah dan berseluar putih. Lelaki. Aku yakin lelaki kerana dia berseluar. Mungkin baju warna lain, mungkin sebab gelap, aku tak pasti.
Kami terkejut.
Pemandu - eh, rosak ke apa tu? Kenapa stop dekat situ? Eksiden ke? Takde orang berenti pun?
Aku - haah, kenapa nak berenti tempat gelap? Banyak aje tempat terang ni ha. Kalau nak tunggu kawan pun kenapa tunggu situ. Kenapa takde orang berenti kalau eksiden. Yang peliknya, tempat gelap juga yang dia pilih.
Tiba-tiba pemandu aku diam. Aku juga diam.
Tiba tempat yang terang, yang ada lampu jalan, pemandu aku terus tukar topik.
Pemandu - kat sini selalu banjir kan.
Aku - haah! Kita kalau banjir memang tak lalu dah sini...bla bla bla bla bla...
Dan kami terus tak sambung cerita pasal jalan tu sampai rumah.
Persoalannya -
Kenapa seorang saja disitu.
Kenapa pilih tempat gelap.
Kalau kemalangan tak kan tiada yang membantu.
Kalau tunggu orang, kenapa tunggu disitu.
Dan yang paling penting, seingat aku, betul-betul tempat dia berdiri itu, pernah terjadi kemalangan.
Kemalangan maut.
Seingat akulah, kalau salah, maafkan aku.
Sent from my iPhone
Alamak! meremang bulu roma kakcik!
ReplyDeleteerkk...agak seram yg ni...
ReplyDeleteErrrrr....
ReplyDeleteMeremang suda...
Cik ta ngan driver x berenti nk tolong?
Kete die.rosak truk.x?
Die x pggl2@lambai2 kt korg?
Sereeeemmmm
mjur... semuanya selamat..
ReplyDeleteErrrr seramnya! ><
ReplyDeleteNi citer aku plak...aku duk di apartment yg dekat dgn tasik brhampiran dgn kompleks kerajaan..satu mlm tu (aku lupe la plak mlm ape) dlm kul 12.30..tgh aku duk syok lyn PC..chatting ler tuuu..tetiba je aku dgr suara panggil (tp bkn panggil nma aku).mula2 tu lembut jer..pastu lama kelamaan suara tu brtukar jd keras..mcm marah pd seseorang..yg seramnye..suara tu dtg dari arah koridor dpn umah aku..kebetulan koridor tu luas la jgk..agak2 boleh buat mjlis open house/knduri doa selamat..dek krn luasnya koridor tu..jd suara yg memanggil td kedengaran bergema..aku pn ape lg...pecut la..trus terjun atas katil...lps tu tak berani dh nk tido lewat2..amacam..seram tak???
ReplyDeleteNi citer aku plak...aku duk di apartment yg dekat dgn tasik brhampiran dgn kompleks kerajaan..satu mlm tu (aku lupe la plak mlm ape) dlm kul 12.30..tgh aku duk syok lyn PC..chatting ler tuuu..tetiba je aku dgr suara panggil (tp bkn panggil nma aku).mula2 tu lembut jer..pastu lama kelamaan suara tu brtukar jd keras..mcm marah pd seseorang..yg seramnye..suara tu dtg dari arah koridor dpn umah aku..kebetulan koridor tu luas la jgk..agak2 boleh buat mjlis open house/knduri doa selamat..dek krn luasnya koridor tu..jd suara yg memanggil td kedengaran bergema..aku pn ape lg...pecut la..trus terjun atas katil...lps tu tak berani dh nk tido lewat2..amacam..seram tak???
ReplyDelete